Ulasan panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang
Rakan kita saudara Noorizam baru sahaja siap menulis satu panduan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang dan saya antara orang yang terawal diberi peluang untuk membaca panduan ini. Rasanya semua dah tahu apa itu Nuffnang dah hampir kesemua anda sudah mendaftar akaun. Tetapi saya yakin hanya sebahagian dari anda yang benar-benar dapat menjana pendapatan dengannya.
Saya adalah antara orang yang tidak bernasib baik, setakat ini hanya menjana RM 1.20 sahaja pendapatan dari Nuffnang. Sebenarnya saya memang dah berputus asa dan terus membuang iklan Nuffnang dari blog saya. Tetapi selepas membaca tips-tips yang ditulis Noorizam di forum JomBincang, saya mengambil keputusan untuk memberi Nuffnang peluang kedua. Walau bagaimanapun saya masih tidak dapat menjana apa-apa pendapatan malah iklan pun jarang-jarang keluar. Setelah membaca panduan yang ditulis Noorizam barulah saya tahu apa sebabnya.
Di dalam ebook ni Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Ebook ini akan dilancarkan pada hari Selasa 24hb Jun dan yang paling menarik sekali, ianya akan diberikan secara percuma. Ya, PERCUMA, FREE, GRATIS. Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke laman web Noorizam dan masukkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan sebagaimana gambar di bawah

Selamat membaca.
.

Domain .my percuma
TL.MY ataupun nama lainnya Top Links.my adalah satu-satunya website dari Malaysia yang menawarkan
secara percuma untuk mendapatkan percuma _domain @ subdomain.
Apakah gunanya website ini?
Ringkasnya, anda boleh menukar sebagai contoh nama blog anda yang panjang
SayaSukaBola.blogspot.com = Bola.tl.my
blog.friendster.com/siput82 = Siput.tl.my
TL.MY juga dilengkapi pelbagai ciri-ciri tambahan seperti cloaking dan redirection domain.
Lamanweb ini tidak menghostkan website anda tetapi membolehkan anda untuk mendaftarkan nama yang digemari seperti
directory.tl.my dan didirectkan kepada website anda. Maka anda boleh mengakseskan website anda munggunakan nama itu.
Anda boleh mengguna dengan www.directory.tl.my mahupun directory.tl.my
Antara beberapa contoh adalah seperti Google.tl.my yang akan membolehkan anda mengakses Google.com.
Jika anda sebarang masalah untuk mendaftar bolehlah rujuk di Blog Admin TL.MY
Domain yang diregister juga bisa untuk disenaraikan di search engine seperti Yahoo dan Google tanpa bersusah-payah.
Selamat Mendaftar Nama Anda di TL.MY !! ~ Sokonglah laman web tempatan ~

Ulasan JomSeminar
Rasanya saya yang paling lewat tulis pasal JomSeminar. Pada hari kedua JomSeminar, saya demam dan terus tak bangun-bangun sehingga pagi ni apabila mendapat bayaran JV JomSeminar sebanyak RM 194 (untuk dua conversion).
JomSeminar kali pertama ni telah berlangsung dengan jayanya di Petaling Jaya (Hotel Armada). Kenapa saya kata berjaya? Sebab tak ada apa-apa masalah besar sepanjang dua hari seminar tersebut dan kalau setakat masalah teknikal yang kecil-kecil tu biasa la. Selain itu terdapat juga komen-komen yang mengatakan masa yang diberikan untuk setiap speaker tidak mencukupi malah ada yang mencadangkan supaya setiap satu sessi seminar di adakan selama 2 hari.
Di JomSeminar ini juga saya pertama kali memberanikan diri keluar berhadapan dengan lain-lain usahawan internet. Walaupun sebelum ini sudah banyak perjumpaan untuk usahawan internet diadakan, saya tidak pernah hadir walau satu pun. Dan sebelum JomSeminar, saya hanya pernah berjumpa dua orang usahawan internet lain di luar iaitu Kidino dan juga alhafiz (terjumpa di pasar malam). Tetapi semasa 2 hari JomSeminar, ramai nama-nama yang sebelum ini saya hanya tengok di internet berjumpa, berbual, beramah mesra macam dah lama kenal. Baru saya tahu seronok rasanya bila berjumpa dengan orang yang sealiran dengan kita. Jadi lepas ni kalau ada lagi seminar atau gathering, confirm saya pergi.
Bercakap tentang seminar itu sendiri, sebenarnya sudah 3 tahun saya tidak bercakap di depan orang ramai. Kali terakhir ketika saya masih bekerja di mana saya hanya bercakap di dalam bilik meeting yang kecil di hadapan 20 - 30 orang tentang ISO. Memang terdapat banyak perbezaan dengan bercakap di JomSeminar kerana peserta JomSeminar semuanya membayar untuk menyertainya dan sedang berkobar-kobar untuk belajar. Jadi saya yakin mereka ingin dapatkan pulangan yang terbaik dari pelaburan mereka. Apa pun saya harap semuanya berpuas hati dengan penyampaian saya kerana pada hari pertama tu, nervous saya masih belum hilang dan pada hari kedua pula saya demam. Tapi perkara tersebut tak dapat la dijadikan alasan dan saya sedia menerima sebarang komen-komen yang membina.
Untuk gambar-gambar sekitar JomSeminar, rasanya dah ramai yang post kot. Gambar yang diambil dengan kamera saya masih belum diimport ke dalam komputer. So, untuk gambar rasmi JomSeminar sila ke blog Syed Ikhwan dan di situ terdapat semua link-link ke blog lain yang juga mempunyai gambar sekitar JomSeminar.

Urus akaun anda dengan MoneyDance
Bagi seorang usahawan, amat penting untuk anda menguruskan akaun pendapatan dan perbelanjaan anda dengan baik untuk mengetahui sama ada anda mengalami keuntungan atau kerugian. Selain itu, ianya juga penting untuk mengetahui dari mana sumber pendapatan anda dan ke mana perbelanjaan anda. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi seorang usawahan internet.
Saya mula membuat akaun pendapatan dan perbelanjaan saya semenjak tahun 2005 apabila saya mula menjadi usahawan internet sepenuh masa. Pada mulanya, saya hanya menggunakan Microsofoft Excel sahaja. Tetapi kemudiannya saya mula mencari satu perisian yang lebih sofistikated di mana saya tidak perlu melakukan segalanya secara manual. Akhirnya, saya menggunakan perisian Quicken Home & Business di mana walaupun harganya agak mahal tetapi ia mempunyai segala fungsi yang saya perlukan.
Apabila saya beralih ke Mac OS X, saya mula menghadapi masalah kerana perisian Quicken untuk Mac amat berbeza dengan Quicken untuk windows di mana banyak fungsi-fungsinya tiada. Setelah beberapa minggu mencari dan beberapa puluh perisian dicuba, akhirnya saya berpuas hati dengan perisian MoneyDance. Walaupun fungsi-fungsinya tidak sebanyak Quicken Home & Business, tetapi semua fungsi yang saya perlukan seperti multiple account, split transaction, multiple currency dan income & expense report terdapat pada perisian ini. Antaramuka (interface) perisian ini juga tidaklah secantik Quicken tetapi apa yang penting ialah fungsinya.
Gambar dibawah menunjukkan bahagian homepage perisian ini di mana anda dapat melihat keseluruhan akaun anda, bil-bil yang perlu dibayar, kalendar dan sebagainya. Anda boleh mengubahsuai bahagian homepage ini mengikut kesesuaian anda.


Fungsi split transaction yang terdapat pada perisian ini membolehkan anda merekodkan transaksi akaun paypal anda. Sebagai contoh seperti gambarajah di atas, apabila saya menerima bayaran melalui akaun paypal, saya cuma perlu memasukkan maklumat bayaran diterima seperti nama pembayar di ruangan description, untuk apa bayaran tersebut di bahagian kategori, dan berapakah jumlah yang dibayar. Kemudiannya dengan menggunakan split transaction, saya boleh memasukkan jumlah PayPal fee yang dikenakan di mana akhirnya saya terus mendapat jumlah bersih pendapatan saya.
Semua transaksi direkodkan mengikut urutan tarikh secara automatik jadi anda tidak perlu melakukannya secara manual. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengubah tarikh tersebut mengikut bilakah sebenarnya tarikh transaksi berlaku.
Selain itu, fungsi multipe account membolehkan anda menguruskan kesemua akaun anda termasuklah PayPal, Maybank, CIMB, kredit kad dan sebagainya. Fungsi multiple currency membolehkan anda memindahkan wang dari akaun PayPal ke akaun bank tempatan mengikut nilai kadar tukaran semasa. Kadar tukaran ini boleh ditukar pada bila-bila masa melalui setting dan juga semasa anda hendak merekodkan transaksi tersebut. Sebagai contoh apabila saya menjual wang di dalam akaun paypal saya dengan kadar tukaran $1 USD = RM2.95, saya cuma perlu memasukkan kadar tukaran tersebut (2.95( dan secara automatik jumlahnya di dalam RM, akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya.

Terdapat pelbagai report yang boleh dihasilkan melalui perisian ini sama ada carta, graf ataupun report biasa. Anda boleh menghasilkan report mengikut tahun, bulan, tahun semasa, bulan semasa dan sebagainya. Jika kaedah report sedia ada tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh menghasilkan report sendiri dan seterusnya menyimpan format report tersebut untuk digunakan di masa hadapan.

Perisian ini bukan hanya terdapat dalam platform Mac OS sahaja tetapi terdapat juga untuk platform Windows dan juga Linux. Walaubagaimanapun, perisian ini bukanlah percuma di mana anda perlu membelinya dengan harga $39.99 USD.

Ulasan Kedai Karikatur
Sebelum ini saya pernah memaklumkan tentang perkhidmatan melukis karikatur ini disini dan selepas lebih kurang 2 bulan, semalam saya mengambil keputusan untuk mencuba sendiri perkhidmatan mereka. Saya terus klik pada link yang terdapat di blog saya dan saya mendapati bahawa mereka telah memindahkan laman web mereka dari http://rm10karikatur.blogspot.com/ ke domain sendiri iaitu http://www.karikatur4u.com/. Bagi saya, ini merupakan satu langkah yang bijak untuk meyakinkan pelanggan tentang perkhidmatan mereka dan meluaskan sasaran perkhidmatan mereka.
Saya menempah pakej avatar berwarna yang berharga RM 25.00 dan melalui apa yang saya baca di laman web tersebut tempoh untuk menyiapkan satu karikatur mengambil masa 3 hari dan ini merupakan satu tempoh masa yang sangat munasabah. Saya membuat bayaran melalui Maybank2u dan menjangkakan paling cepat hari Rabu baru karikatur saya akan siap. Tiba-tiba 10 minit yang lalu saya mendapat email dari mereka yang mengatakan karikatur saya sudah siap dan ia hanya mengambil masa satu hari sahaja.
Dari segi kualiti memang saya betul-betul berpuas hati dengan kerja mereka, dan kelebihan menempah karikatur secara online ini adalah anda tidak perlu menunggu. Selain format jpg, anda boleh mendapatkan karikatur anda dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 dan akan dihantar ke rumah anda.
Bagi saya, Karikatur4u.com memang mempunyai potensi yang sangat besar. Bidang ini sebelum ini dikuasai oleh pelukis dari luar negara dan harga yang paling rendah ialah US$50 atau lebih kurang RM 172.00 Harga yang ditawarkan oleh Karikatur4u.com jauh lebih rendah dan saya percaya mereka memang mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Inilah rupa saya di dalam bentuk karikatur
![]()




















