30 Kisah Hero Blog Dunia

By vangardx on April 21, 2008, 10:47 AM | 10 Comments »

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, pada hari ini saya ingin berkongsi senarai bahan bacaan yang bagus untuk dibaca di dalam memberi idea baru, inspirasi dan motivasi buat kita semua di dalam arena blogging. Sebenarnya kejayaan itu ada dimana-mana cuma kita sahaja yang tidak berusaha untuk mengecapinya bak kata Gobala Krishnan ketika ditemuramah oleh Majalah IM Edisi Ke-3 - Janganlah kita menjadi seorang pengemis. (more…)

Posted in: Artikel



Motivasikan diri anda

By alang on August 16, 2006, 03:44 AM | 16 Comments »

Tulisan saya kali ini tidak akan menyentuh tentang aspek pembangunan laman web langsung sebaliknya saya akan berkongsi pengalaman bagaimana saya memotivasikan diri saya. Selepas membaca ebook motivasi yang ditulis oleh saudara Noorizam Shah saya merasakan betapa benarnya apa yang ditulis di dalam ebook tersebut dimana saya pernah melalui detik-detik pahit dalam hidup saya sehingga hampir berputus asa.

Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang, berasal dari utara (Kedah) ibu bapa saya melakukan pelbagai kerja untuk mencari rezeki seperti menoreh getah, bekerja di kilang dan yang terakhir berniaga di gerai. Kesusahan saya semasa kecil sehinggalah ke peringkat di mana tiada sebutir beras pun di dapur dan bagi saya setiap detik tersebut terus saya ingat sehingga sekarang dan menjadi satu motivasi yang begitu kuat untuk saya berusaha lebih gigih. Tetapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang saya juga tewas dengan tekanan dan mengikut naluri jiwa muda. Saya pernah terlibat dengan masalah disiplin yang teruk semasa bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh, sehingga dikenakan tindakan disiplin dibuang sekolah. Tersentak dengan keadaan tersebut, saya bangkit semula dan kembali memotivasikan diri saya sehingga menjadi salah seorang pelajar terbaik dalam SPM tahun berikutnya. Dan dalam beberapa tahun berikutnya, saya berjaya mendisiplinkan diri dan memotivasikan diri saya untuk mendapat beberapa pencapaian yang agak membanggakan semasa saya di tingkatan enam sehinggalah saya berjaya diterima masuk ke Universiti Malaya dalam bidang ekonomi pada tahun 1995.

(more…)

Posted in: Artikel