Domain .my percuma
TL.MY ataupun nama lainnya Top Links.my adalah satu-satunya website dari Malaysia yang menawarkan
secara percuma untuk mendapatkan percuma _domain @ subdomain.
Apakah gunanya website ini?
Ringkasnya, anda boleh menukar sebagai contoh nama blog anda yang panjang
SayaSukaBola.blogspot.com = Bola.tl.my
blog.friendster.com/siput82 = Siput.tl.my
TL.MY juga dilengkapi pelbagai ciri-ciri tambahan seperti cloaking dan redirection domain.
Lamanweb ini tidak menghostkan website anda tetapi membolehkan anda untuk mendaftarkan nama yang digemari seperti
directory.tl.my dan didirectkan kepada website anda. Maka anda boleh mengakseskan website anda munggunakan nama itu.
Anda boleh mengguna dengan www.directory.tl.my mahupun directory.tl.my
Antara beberapa contoh adalah seperti Google.tl.my yang akan membolehkan anda mengakses Google.com.
Jika anda sebarang masalah untuk mendaftar bolehlah rujuk di Blog Admin TL.MY
Domain yang diregister juga bisa untuk disenaraikan di search engine seperti Yahoo dan Google tanpa bersusah-payah.
Selamat Mendaftar Nama Anda di TL.MY !! ~ Sokonglah laman web tempatan ~
Oops! He did it again

Anak muda dari Kelantan ini sungguh aktif. Usianya belum lagi 18 tahun tetapi sudah mampu menjana pendapatan melebihi RM 10,000 sebulan daripada internet. Malah, pelbagai projek dibuat bersama team FlareBiz dan antaranya ialah MajalahIM
Terkini, beliau baru sahaja menyiapkan Temubual Ekslusif Bersama Labanon di mana dalam temu bual ini beliau berkongsi beberapa perkara antaranya ialah
- Rahsia dan strategi yang digunakan untuk mendapat 5 angka sebulan!
- Membongkarkan kenapa produk tip adsense menjadi tumpuan orang ramai.
- Penerangan mengenai perniagaan Internet yang sebenar.
- Bagaimana ingin menjadi usahawan yang bertenaga oh!
- Bagaimana ingin belajar tentang perniagaan Internet.
- Tip management dalam menyiapkan sesuatu kerja.
- Menerangkan potensi perniagaan Internet.
Temu bual tersebut turut disertakan dengan transkrip dalam format PDF, jadi kalau anda agak kurang jelas mendengar audio yang disertakan, anda hanya perlu membacanya sahaja.
Apa yang saya boleh katakan setelah mendengar dan membacanya, temubual ini begitu bersahaja dan dapat dijadikan pendorong kepada remaja-remaja yang baru tamat belajar, dan masih tercari-cari arah tuju dalam karier mereka.
Dan besok, 10hb Jun, satu lagi produk akan dilancarkan oleh Labanon iaitu Rahsia bagaimana beliau menjana RM10K sebulan. Saya akan memberi ulasan terperinci tentang produk ini setelah ia dilancarkan.
Sebelum itu, sila dapatkan temubual tersebut di sini
JomBincang, satu lagi forum khusus untuk usahawan internet Malaysia

JomBincang merupakan satu forum yang diwujudkan khusus untuk membantu peserta-peserta JomSeminar. Walau bagaimanapun ia juga membuka keahlian kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya, cuma terdapat beberapa kategori yang hanya boleh diakses oleh peserta JomSeminar sahaja. Tetapi pihak pengurusan JomBincang tidak melupakan kategori-kategori yang lain di mana banyak ilmu-ilmu yang dikongsi di situ.
Semasa berita ini ditulis, JomBincang mempunyai 248 ahli aktif, 171 thread dan juga 1254 posts. Sebagai speaker untuk JomSeminar, saya turut menjadi mentor di situ di mana saya akan berkongsikan beberapa tips dan juga cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli.
Perbincangan di dalam forum ini hampir 95% dalam Bahasa Melayu jadi saya rasa JomBincang boleh menjadi satu lagi tempat terbaik untuk para usahawan internet berbincang, bertukar-tukar idea dan sebagainya selain dari forum yang sudah sedia ada seperti WangCyber dan juga Webmaster Malaysia
Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet
Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet
oleh Zamri Nanyan
Jika anda perhatikan dengan teliti, perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit menjadi satu keperluan sekiranya anda mula menjual produk di internet, terutamanya bila anda mula menjual produk anda pada pasaran antarabangsa.
Sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan penerimaan bayaran melalui kad kredit, anda akan kehilangan beberapa peratusan pembeli yang bakal menjadi pelanggan anda. Tetapi bagaimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini?
Baiklah, sebelum saya jawab soalan tersebut, mari kita renung satu kandungan emel yang saya terima.
Ianya datang daripada sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak di dalam perniagaan internet. Jelas sekali perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah sistem pemprosesan bayaran kad kredit. Kos permulaan untuk menggunakan perkhidmatan mereka ialah RM5,000 dan saya kurang pasti sekiranya ada kos tambahan atau bulanan.
Walaupun syarikat ini baru, saya rasa baik saya lawati laman web mereka. Produk tempatanlah katakan. Jadi, kalau kena caranya, mengapa tidak? Mungkin saya boleh pertimbangkan untuk memberi sokongan.
Namun, selepas melawati laman web syarikat ini, saya sedikit kecewa.
Kenapa?
Sebab laman web ini belum siap sepenuhnya. Ouch! Beberapa pautan (link) yang penting mempunyai “error message” dan maklumat lanjut mengenai syarikat ini pun tidak boleh diperolehi daripada laman web mereka.
Hmmm… saya terus ambil keputusan yang syarikat ini mungkin belum bersedia lagi untuk bersaing di bidang perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit. Buat pengetahuan anda, saya memang cerewet sedikit apabila memilih perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini. Ini penting kerana anda perlukan sekuriti yang tinggi apabila melibatkan pembayaran kad kredit. Jika laman web syarikat pun tidak memberikan impresi yang baik, agak sukar untuk saya meletakkan kepercayaan terhadap servis yang ditawarkan.
Di antara kriteria yang anda perlu pertimbangkan untuk melanggan perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit adalah seperti berikut:
- Berapakah kos atau yuran yang perlu dikeluarkan? Adakah sekali sahaja atau bulanan?
- Berapakah caj yang dikenakan bagi setiap transaksi kad kredit?
- Adakah syarikat perkhidmatan penerimaan bayaran kad kredit ini mempunyai reputasi (track record) yang baik.
- Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga yang menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini?
- Siapakah yang menguruskan syarikat tersebut?
- dan beberapa perkara lagi.
Jadi, untuk syarikat yang saya bincangkan di sini, saya batalkan hasrat saya untuk mengetahui servis yang mereka tawarkan dengan lebih lanjut.
Selama ini saya menggunakan beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit antarabangsa dan saya rasa mungkin belum masanya saya mencari perkhidmatan yang baru.
Sekiranya berminat untuk menambahkan fasiliti penerimaan bayaran kad kredit di laman web anda, berikut adalah perkhidmatan yang saya guna dan syorkan.
2Checkout.com - yuran USD$49 sekali sahaja dan anda boleh gunakan servis ini untuk menjual barangan fizikal dan digital. Mempunyai sistem affiliate sendiri. Caj 5.5% + $0.45 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
ClickBank.com - yuran pengaktifan USD$49.95 sekali sahaja tetapi usahawan internet Malaysia mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan servis mereka. Ebook “Missing Chapter” ada membincangkan masalah ini. Mempunyai sistem affiliate sendiri dan cuma membenarkan peniaga menjual barangan digital sahaja. Caj 7.5% + $1 USD daripada setiap nilai jualan dikenakan.
PayPal.com - percuma dan sekarang anda boleh mengeluarkan wang dari PayPal anda terus ke dalam kad kredit Visa anda. PayPal memang banyak digunakan kerana ianya percuma tetapi pada masa yang sama, terdapat juga masalahnya yang tersendiri. Tidak mempunyai sistem affiliate sendiri tetapi anda boleh gunakan service dari PayDotCom.com untuk tujuan pemasangan sistem affiliate. Caj 2.9% + $0.30 USD daripada nilai jualan dikenakan .
Ketiga-tiga servis di atas telah saya gunakan bertahun-tahun lamanya. Anda juga boleh pertimbangkan perkhidmatan yang diberikan di atas untuk kemudahan pembayaran pembelian produk yang anda jual di Internet.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Ulasan JomSeminar
Rasanya saya yang paling lewat tulis pasal JomSeminar. Pada hari kedua JomSeminar, saya demam dan terus tak bangun-bangun sehingga pagi ni apabila mendapat bayaran JV JomSeminar sebanyak RM 194 (untuk dua conversion).
JomSeminar kali pertama ni telah berlangsung dengan jayanya di Petaling Jaya (Hotel Armada). Kenapa saya kata berjaya? Sebab tak ada apa-apa masalah besar sepanjang dua hari seminar tersebut dan kalau setakat masalah teknikal yang kecil-kecil tu biasa la. Selain itu terdapat juga komen-komen yang mengatakan masa yang diberikan untuk setiap speaker tidak mencukupi malah ada yang mencadangkan supaya setiap satu sessi seminar di adakan selama 2 hari.
Di JomSeminar ini juga saya pertama kali memberanikan diri keluar berhadapan dengan lain-lain usahawan internet. Walaupun sebelum ini sudah banyak perjumpaan untuk usahawan internet diadakan, saya tidak pernah hadir walau satu pun. Dan sebelum JomSeminar, saya hanya pernah berjumpa dua orang usahawan internet lain di luar iaitu Kidino dan juga alhafiz (terjumpa di pasar malam). Tetapi semasa 2 hari JomSeminar, ramai nama-nama yang sebelum ini saya hanya tengok di internet berjumpa, berbual, beramah mesra macam dah lama kenal. Baru saya tahu seronok rasanya bila berjumpa dengan orang yang sealiran dengan kita. Jadi lepas ni kalau ada lagi seminar atau gathering, confirm saya pergi.
Bercakap tentang seminar itu sendiri, sebenarnya sudah 3 tahun saya tidak bercakap di depan orang ramai. Kali terakhir ketika saya masih bekerja di mana saya hanya bercakap di dalam bilik meeting yang kecil di hadapan 20 - 30 orang tentang ISO. Memang terdapat banyak perbezaan dengan bercakap di JomSeminar kerana peserta JomSeminar semuanya membayar untuk menyertainya dan sedang berkobar-kobar untuk belajar. Jadi saya yakin mereka ingin dapatkan pulangan yang terbaik dari pelaburan mereka. Apa pun saya harap semuanya berpuas hati dengan penyampaian saya kerana pada hari pertama tu, nervous saya masih belum hilang dan pada hari kedua pula saya demam. Tapi perkara tersebut tak dapat la dijadikan alasan dan saya sedia menerima sebarang komen-komen yang membina.
Untuk gambar-gambar sekitar JomSeminar, rasanya dah ramai yang post kot. Gambar yang diambil dengan kamera saya masih belum diimport ke dalam komputer. So, untuk gambar rasmi JomSeminar sila ke blog Syed Ikhwan dan di situ terdapat semua link-link ke blog lain yang juga mempunyai gambar sekitar JomSeminar.




















