Archive for the ‘Soalan Pembaca’ Category
Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
oleh Zamri Nanyan
Ada banyak yang bertanyakan saya… macam mana nak bina blog secara percuma?
Saya anggap ini merupakan soalan daripada newbie… jadi saya tak sentuh mengenai blog yang dipasangkan di website sendiri (walaupun ini merupakan saranan terbaik saya).
Untuk permulaan, anda ada 2 pilihan.
1. www.Blogger.com
2. www.Wordpress.com
www.Blogger.com lebih baik sekiranya anda ingin mempromosikan produk sendiri, produk affiliate atau online MLM. Di sini anda juga boleh meletakkan kod Adsense anda di mana jika ada yang klik di iklan Adsense ini, anda akan mendapat bayaran daripada Google.
www.Wordpress.com juga adalah percuma. Versi yang anda boleh pasang di webserver lagi banyak kelebihannya tetapi untuk versi percuma di www.Wordpress.com, tak banyak ‘feature’ yang anda boleh tambah.
Kedua-dua perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik tetapi saya pernah mengharungi satu pengalaman buruk bersama www.Wordpress.com dan pernah juga dengar masalah dengan www.Blogger.com
Semasa pelancaran ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM, saya menggunakan www.Wordpress.com untuk pre-launch campaign. Banyak juga yang saya muatkan di situ dan banyak juga trafik ke laman blog tersebut.
Satu hari, saya dapat berita daripada seseorang yang mengatakan blog saya dah kena ‘banned’. Lepas membuat semakan sendiri, memang benar yang blog saya sudah dipadamkan.
Saya pun hantar satu email kepada support dan balasannya mudah - saya telah mempromosikan MLM di www.Wordpress.com. Ianya melanggar terma dan syarat mereka walaupun saya sebenarnya menggunakan blog tersebut dengan tujuan memberikan berita terkini mengenai pelancaran ebook saya dan bila dirayu untuk mendapatkan kembali kandungan blog tersebut, jawapannya “sorry”.
Ramai juga individu yang menyatakan blog dari servis www.Blogger.com yang mereka gunakan hilang walaupun saya belum pernah mengalaminya lagi.
Jadi, sebagai permulaan, gunakan www.blogger.com untuk percubaan atau membina blog untuk mempromosikan produk anda tetapi cepatlah bertukar ke blog yang dipasangkan di laman web anda sendiri selepas anda berjaya belajar menggunakan blog di servis percuma ini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Laman web utama beliau ialah http://www.zamrinanyan.com dan sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.
*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.



















