Salam & hello buat semua pembaca Blog Webmaster Malaysia sekalian, pada entri kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai faedah-faedah yang akan atau telah kita perolehi dengan menghadirkan diri di mana-mana seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Contoh yang paling dekat adalah seminar yang dianjurkan oleh Team Jom Seminar, salah seorang speakernya terdiri daripada pemilik blog ini sendiri iaitu saudara Alang. Mari kita lihat 5 faedah menghadiri seminar pada pandangan saya.
1. Pengetahuan - Kebanyakkan individu yang menghadiri seminar adalah atas dasar minat dan sifat ingin tahu. Sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu ilmu yang baru dan tidak mudah diperolehi di luar dewan seminar. Yuran penyertaan yang mahal? Itu soal nombor dua jika mahu dibandingkan dengan konsep pencarian ilmu.
2. Networking - Ada diantara mereka yang sering berhubung secara dalam talian tetapi tidak pernah bersua muka. Jadi di kesempatan inilah mereka beramah-mesra dan mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama insan. Secara tidak langsung ia akan menjurus kepada perkara yang lebih serius contohnya menjadi rakan kongsi perniagaan dan sebagainya.
3. Pengukuhan - Jangan terkejut ada yang menghadiri sesuatu seminar itu terdiri dari kalangan mereka yang sudah pakar dan arif dalam bidang tersebut. Kadangkala ia membuatkan ahli panel di dalam seminar itu sendiri tidak senang duduk mana kan tidak, sifu atau tok guru mereka hadir sebagai peserta. Sebenarnya inilah konsep pembelajaran yang cemerlang kerana apabila kita membuat latihan ulangkaji yang berterusan bukan sahaja ilmu itu akan kekal malahan ia boleh mencetus atau menjana suatu idea yang baru dan lebih baik.
4. Linkback - Bagi mereka yang mengutamakan aspek SEO dan juga rangking website mereka di dalam carta enjin carian popular ia mungkin sedikit sebanyak membantu bagi tujuan promosi dan pemasaran produk atau program-program affiliate. Sebagai contoh anda menanyakan satu soalan yang agak intelligent kepada seorang pakar yang mempunyai blog yang bertrafik tinggi. Mana tahu ia akan berkongsi jawapan kepada pembacanya pula berserta dengan link anda secara percuma. Bayangkan pakar itu mempunyai blog PR7, 10000 Feed Reader dan berpuluh ribu unique visitor sehari. Menarik bukan?
5. Jalan-jalan - Bagi mereka yang gemar bercuti, menjelajah dan merantau ke negeri orang inilah satu kaedah yang dipanggil Sambil Menyelam Minum Air. Jika seminar itu diadakan pada waktu kerja silap hari bulan anda mendapat cuti bergaji. Selain daripada itu anda juga berpeluang mencuba resipi makanan yang popular di kalangan penduduk sekitarnya. Bertambah menarik apabila juadah itu dibelanja oleh bakal rakan kongsi perniagaan anda?
Itulah 5 perkara yang ingin saya kongsikan pada hari ini, anda pula bagaimana? Apa pula faedah yang anda perolehi?
Jika ada permintaan saya mungkin akan menulis entri yang bertajuk Seminar Itu Merugikan. Entri ini ditulis oleh Syamsulariff Bin Mohamed pemilik blog Syamsulariff.com
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
[...] Bagaimana mendapatkan kelulusan pinjaman kewangan di blog Noorizamshah 2. 5 faedah menyertai dan menghadiri seminar di blog [...]
vangardx seorang penulis yang bagus.. saya suka artikel dia.
Saya setuju tang no 5 tu..jalan-jalan. Masa hari tu saya pun bawak family jalan-jalan kat KL, dah dekat 2 tahun tak naik KL.
blalang’s last blog post..Tip SEO
saya pinjam post abg ni utk blog saya k.
rahimis last blog post..Testimoni Lagi