Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, pada hari ini saya ingin berkongsi senarai bahan bacaan yang bagus untuk dibaca di dalam memberi idea baru, inspirasi dan motivasi buat kita semua di dalam arena blogging. Sebenarnya kejayaan itu ada dimana-mana cuma kita sahaja yang tidak berusaha untuk mengecapinya bak kata Gobala Krishnan ketika ditemuramah oleh Majalah IM Edisi Ke-3 - Janganlah kita menjadi seorang pengemis.

Bahan bacaan yang saya maksudkan itu ialah 30 Blogging Heroes, buku ini saya jumpa secara kebetulan ketika bersiar-siar di kedai buku Borders, Berjaya Times Square. Pengarang buku ini, Michael A. Banks telah memberi kebenaran kepada individu-individu yang ditemuramahnya untuk memberi pdf secara percuma bagi chapter masing-masing di blog mereka. (salah satu teknik mempromosikan buku yang wajar dicontohi)
Saya menulis entri ini ketika sedang berehat setelah membuat ulangkaji, maklumlah sekarang kan musim peperiksaan. Jadi saya tak cukup masa nak kumpulkan link hero-hero blog yang lain. Saya amat berbesar hati jikalau saudara/saudari sekalian turut sama mencari dan berkongsi pdf mereka di sini. Jangan lupa doakan kejayaan saya di dalam peperiksaan akhir ini ya. Sekian, Wassalam
Entri ini ditulis oleh Syamsulariff Mohamed, pelajar jurusan Sumber Manusia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
oh..lupa plak aku nak beritau..harga dia kat borders time tu..RM79.90
vangardx’s last blog post..I will stop writing
Ermmm….ramai gak heroes nie…sume mat salleh..org jepun ke india ke korea ker tak de ker….blogger kat malaysia nie aku ingat irfan khairi dah buleh listed skali k….bagi aku bukan income penentunya tapi commitment dan cara mcm maner bloger tu grow..i adore alang…coz the way he climb his journey..bukan bodek…fact! Aku rase kita pun kena ada listing sendiri..bukan nak menunjuk nunjuk tapi supaya jadi teladan..
abeku’s last blog post..World Health Day 2008
mungkin itu personal list Michael A Banks tu..tunggu aku buat yg malaysian punya..ahaha..itupun kalau ade masa la
vangardx’s last blog post..I will stop writing
bukan apa secara tak langsung ia memainkan peranan psikologi untuk membentuk cara pemikiran baru seorang blogger!
inspirasiku
megat’s last blog post..Rehatkan Minda, Hati
Wah!
Semangat naik selepas membaca entri kali ni. Impian mahu menjadi seorang pro blogger kini semakin jelas ..
Thanks sbb berkongsi list ni ..tq
-Shueqry-
kalau diberi peluang, aku akan buat 30 kisah hero blog malaysia pulak kot
vangardx’s last blog post..Short interview with 5 chinese online money maker
thanx syamsul for the info. x tahu plak buku ni wujud. tapi kalu tengok list, blog2 tu mmg berpengaruh giler. - semangat kearah problogger nih - ^^P
Pergh..sakit mulut aku nak sebut nama semua mamat-mamat nih. Takde pun pempuan..
titan’s last blog post..Make Money with Shutterstock Fototage
heroin x muncul lagi…. tggu episod akan datang kot
Pahlawan Malaysia takde ke? ejeje
Firdauzs last blog post..Konvokesyen Datang Lagi