Selamat datang pembaca Kosmo!

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelawat baru yang mengenali blog ini melalui akhbar Kosmo!. Semenjak artikel semalam diterbitkan, saya menerima beberapa email daripada pembaca Kosmo! yang meminta saya memberi penerangan lanjut tentang bagaimana saya memperolehi pendapatan melalui iklan yang diletakkan di laman web.

Bagi mereka yang belum mempunyai laman web atau blog, anda perlu membinanya terlebih dahulu. Terdapat banyak panduan-panduan bagaimana untuk membina laman web / blog sama ada melalui buku, artikel di internet dan juga ebook. Jadi saya tidak akan menerangkan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Selepas anda mempunyai laman web / blog, anda perlu mempromosikannya supaya ada pelawat yang masuk. Hanya laman web yang mempunyai pelawat sahaja yang boleh menjana pendapatan. Laman web yang tidak ada pelawat samalah seperti kedai makan yang tidak ada pelanggan. Saya telah memberikan beberapa tips tentang cara-cara mempromosi laman web sebelum ini jadi anda boleh membaca artikel-artikel saya yang lepas.

Selepas laman web anda mempunyai pelawat yang konsisten, anda boleh mula memohon program pengiklanan yang paling mudah digunakan dan paling popular iaitu Google Adsense. Jika laman web anda mempunyai isi kandungan yang baik dan pelawat yang konsisten, anda akan diterima masuk ke program pengiklanan tersebut dimana anda hanya perlu meletakkan kod pengiklanan yang diberikan oleh Google Adsense di dalam laman web anda.

Selepas itu, iklan Google Adsense akan muncul di laman web anda dan iklan yang akan keluar itu adalah berkaitan dengan isi kandungan laman web anda. Apabila pelawat yang masuk dan klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat pendapatan sekurang-kurangnya $0.03 untuk setiap satu klik. Jadi untuk mendapat pendapatan yang lebih, anda perlu menarik lebih banyak pelawat ke laman web anda. Perlu diingatkan yang anda tidak boleh klik sendiri pada iklan tersebut kerana ia akan menyebabkan anda disenaraihitamkan oleh Google Adsense.

Saya harap penerangan ringkas saya di atas menjawab persoalan anda tentang bagaimana untuk menjana pendapatan di internet. Anda digalakkan untuk membaca semua artikel yang saya tulis di sini. Selain itu, sertailah laman web komuniti untuk usahawan internet iaitu WangCyber untuk mendapat lebih banyak tips-tips yang dikongsi dan juga bertanyakan soalan.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


12 Comments »

  1. saiful Says:

    Apa yang Alang tulis ni memang basic..tak gitu Alang?…sesiapa yang masih baru kat blog ni boleh lihat artikel yang lepas…he he …..

    saiful’s last blog post..Lokasi Dan Tarikh: Bengkel Gerak Perang Langkah Tiga Labah-Labah

    comment-bottom
  2. alang Says:

    ye, memang basic, ditujukan khas kepada pembaca Kosmo! yang bertanyakan soalan kepada saya.

    comment-bottom
  3. saya pembaca harakah..takde pun ucap slamat datang..diskriminasi nih..haha gurau je

    syamsulariff.com’s last blog post..Small business idea - Selling movie ticket

    comment-bottom
  4. alang Says:

    tunggu la nanti harakah interview saya pulak baru saya ucap slamat dtg kepada pembaca harakah :)
    Btw, saya pun baca harakah jugak.

    comment-bottom
  5. Azahari Says:

    Mungkin terlalu excited sebab tu diorang terus email Alang tanya tu…. kalau ikutkan, memang banyak info dalam blog ni… kalau nak senang, rujuk je Sitemap

    http://www.szab.net/blog/sitemap/

    comment-bottom
  6. JimieRay Says:

    Huhuuu….Alang semakin glamour sekarang nih.
    Nampak Alang hamsem la kat dalam Kosmo semalam.

    Tahniah! alang.

    comment-bottom
  7. [...] berita ini melalui blog syedhafidz.Siapa mereka yang saya maksudkan ? Saudara Dr Irfan Khairi dan Alang.Kalau ingin baca maklumat lanjut mengenai mereka berdua boleh layari lama web Kosmo atau link yang [...]

    comment-bottom
  8. Maizul Says:

    Tahniah Alang & Irfan masuk akhbar lagi. Semalam sempat juga baca artikel alang di ruangan kosmo.com.my

    Maizul’s last blog post..Formula Luar Biasa Pro

    comment-bottom
  9. Nampaknye Alang dah makin ramai “peminat” sekang nie..
    Tak mustahil la nanti ada yang akan hantar surat cinta.. :) ahaks..

    SyedHafidz’s last blog post..Kisah Usahawan Internet Diberitakan?

    comment-bottom
  10. harap artikel nie dapat membuka mata jiran aku yang kata aku menganggur.. cehh, dia tak tahu yang income kita 3 kali ganda dari income dia… bestlah alang… lagi banyak artikel sebegini, lagi bagusss..!!!!

    rohaizad dot com’s last blog post..Try email marketing now.

    comment-bottom
  11. titan Says:

    semoga seminar tesebut mendapat banyak sambutan. Ehm, nak pegi. Tapi kene cek jadual..:(

    macam busy je..

    titan’s last blog post..Edisi Siasat : AWsurvey Juga SCAM!

    comment-bottom
  12. hanep Says:

    Alang sudah dikenali di mata dunia ni… dah jadi selebriti! er.. mintak autograf sket~ ^^ . haha..

    hanep’s last blog post..Is it so hard to be ourselves?

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment