Setiap laman perlu mempunyai identiti tersendiri supaya kehadiran laman web tersebut benar-benar dirasai. Identiti laman web mungkin terdiri dari topik, reka bentuk, gaya penulisan, fungsi dan sebagainya. Jika kita perhatikan, laman web yang mempunyai identiti tersendiri ini biasanya berjaya dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Contohnya YouTube, Flickr, Digg dan sebagainya. Banyak laman web lain yang cuba mengikut konsep yang diperkenalkan oleh laman web tersebut tetapi biasanya tidak dapat menandingi laman web yang asal kerana tidak mempunyai identiti tersendiri.
Jadi disitu dapat kita lihat betapa besarnya peranan identiti kepada setiap laman web. Proses menentukan identiti ini bermula daripada sebelum kita mendaftar domain. Sebelum membina satu laman web kita akan membuat perancangan tentang apakah topik laman web yang akan kita buat. Dan seterus domain yang didaftarkan juga mestilah bersesuaian. Selepas itu kita akan menentukan konsep rekabentuk dan juga ciri-cirinya sama ada laman web itu berunsurkan blog, forum, komuniti dan sebagainya.
Dalam identiti laman web, terdapat ciri-ciri yang mungkin berubah mengikut perkembangan dan terdapat ciri yang tidak boleh diubah. Antara ciri yang boleh diubah ialah reka bentuk dan juga konsep. Tetapi perubahan yang dilakukan janganlah terlalu radikal kerana pada awal pembinaan kita telah menentukan identiti laman web kita jadi perubahan yang radikal mungkin akan mengurangkan identiti tersebut. Walau bagaimanapun, ciri seperti nama domain dan juga topik laman web memang tidak boleh diubah. Kita mungkin boleh menambah topik-topik yang berkaitan ataupun lebih menumpukan kepada sesuatu topik tetapi jangan sesekali menukar sama sekali topik asal laman web. Tambahan pula apabila laman web tersebut mempunyai domain yang berkaitan dengan topik asal dan juga sudah mempunyai pengikutnya sendiri.
Sebagai contoh, kita lihat apa yang berlaku kepada SpyMac. Laman web ini diwujudkan pada tahun 2001 dan konsep asalnya ialah laman web yang memaparkan berita-berita (dan juga khabar angin) berkaitan dengan Apple dan Mac. SpyMac menjadi antara laman web komuniti Mac yang terbesar di mana ia mempunyai ahli melebihi sejuta orang. Ia kemudiannya mula menambahkan fungsi-fungsi laman webnya seperti memberikan ruang untuk ahlinya menyimpan file secara percuma, webmail yang bersaiz 1GB (ya, mereka yang pertama sebelum google) dan lain-lain servis tambahan. Servis-servis ini walaupun sudah tidak berkaitan dengan konsep asal laman web tetapi masih diterima oleh ahlinya.
Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2007 SpyMac telah mengambil langkah drastik dengan menukar keseluruhan konsep daripada laman web komuniti untuk pengguna mac kepada laman web untuk pelawat menghantar video, gambar dan juga mempunyai ciri-ciri seperti myspace. Laman web lama untuk pengguna mac telah ditukarkan ke http://classic.spymac.com dan walaupun ianya masih kekal, tetapi pihak pengurusan SpyMac telah memaklumkan yang mereka tidak lagi memberikan tumpuan kepada bahagian ini sebaliknya laman web utama yang diberi nama SpyMac LeapFrog yang akan diberi perhatian. Sekali imbas jelas dilihat bahawa SpyMac ingin menandingi YouTube, Flickr dan juga MySpace malangnya mereka bertanding dengan laman web yang sudah mempunyai identiti dan pengikutnya tersendiri dan lebih malang lagi, SpyMac meninggalkan terus identiti asal yang memberi kejayaan kepada mereka sebelum ini. Dan sekarang, kebanyakan ahli lama SpyMac telah meninggalkan laman web tersebut dan mereka masih lagi terkial-kial untuk menandingi kehebatan YouTube, Flickr dan juga MySpace dalam arena perkongsian video, gambar dan juga social network.
Jadi di sini kita dapat melihat apakah kesannya apabila kita menukar dengan drastik ciri-ciri yang menjadi identiti laman web kita. Jika kita mempunyai idea baru yang berlainan dengan laman web asal, sebaik-baiknya mulakan laman web baru dan gunakan pengalaman menguruskan laman web sebelumya untuk menjayakan laman web tersebut.
RSS feed for comments on this post.
waa.. good read. elightening, thanks ^^
saya dengan bangganye ingin mempertaankan tajuk blog saya agar tidak lari dari landasan asal… huhu
rightbrainer’s last blog post..Unstoppable Copier: Salin Fail Tanpa Gangguan
Memang jauh dari identiti sebenar untuk spymac tu… saya rasa kalau pihak spymac kumpul koleksi video terhasil dari menggunakan mac ok jugak…tak la lari sangat…
sekarang ni banyak video sharing website tumbuh macam cendawan….tapi masing-masing macam hilang haluan… semua macam terikut-ikut antara satu sama lain..
Azahari’s last blog post..Pemain media serba guna VLC
Kalau laman weblog,termasuk jugak tak? Contohnya blog abg azahari ni niche nya percuma. So kira identiti jugak la kan alang?
naem | DiariAdsense’s last blog post..Teknik Niche Dalam Adsense
Kalau untuk weblog, termasuk jugak tak alang? Contonhya abg azahari ni blog dia konsep percuma. So ada identiti la tu kan? Tak semesetinya website je kan? Ye tak Alang?
ps: saya ni lari kefahaman ke taknak faham ngan artikel.. Poning2…
Alang, saya beru je tau ttg SpyMap tu..Jahil sungguh diriku ini.
naem | DiariAdsense’s last blog post..Teknik Niche Dalam Adsense
tersilap hantar 2 kali plak..maaf alang
naem | DiariAdsense’s last blog post..Teknik Niche Dalam Adsense
bila saya sebut laman web tu termasuk blog. Tapi bagi blog personal takpe kerana ia bebas untuk sebarang topik. Tetapi bagi blog yg memang dari awal fokus atas sesuatu topik tetapi tiba2 tukar fokus ke topik lain ataupun bukan blog lagi.
Contoh disini blog engadget yg memang kita tau cerita pasal gadget jer. Kalau tiba2 semua topik post pasal politik atau artis mesti pembaca setia akan lari. Tapi kalau utk blog personal seperti liewcf, walaupun kebanyakan post beliau tentang gadget tetapi beliau masih bebas utk post topik2 lain kerana blog beliau masih dianggap blog personal. Kepada yg tidak tahu, masa mula2 dulu, blog liewcf memang blog personal. Saya antara orang yg menyaksikan perkembangan blog tersebut.
oo..blog personal dulu ek..sy tak sempat zaman2 awal..tau2 je dah dia dah popular
syamsulariff.com’s last blog post..Top 50 best goal ever scored