Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian II)
oleh Zamri Nanyan
“Saya tak tau nak tulis artikel di dalam blog. Kalau tulis sesuatu yang berkaitan dengan diri saya… saya tahulah. Macam mana, ek?”
Jawapannya ada di dalam soalan yang diberikan - iaitu anda menulis sesuatu yang anda tahu!
Saya pasti jika anda terlibat dengan sebarang perniagaan internet, anda telah mempelajari pelbagai kaedah atau taktik perniagaan ini. Semakin lama anda belajar, semakin banyak ilmu yang anda perolehi. Jadi, jangan simpan ilmu yang anda pelajari tersebut. Luahkannya di dalam bentuk penulisan artikel dan paparkannya di dalam blog anda.
5 kaedah yang paling senang untuk menulis artikel ialah:
1. Tulis artikel yang mempunyai beberapa tip yang dapat membantu pembaca anda menyelesaikan sesuatu masalah. Kemudian, nomborkan atau senaraikan tip tersebut di dalam artikel anda (seperti yang saya lakukan di sini). Jika perlukan huraian yang panjang, berikan tajuk kecil kepada setiap tip yang anda hendak berikan.
2. Tulis artikel berbentuk cerita. Penulisan berbentuk cerita membuatkan pembaca berasa selesa dengan anda dan anda tahu bahawa penulisan artikel anda bermula dan berakhir apabila cerita anda juga bermula dan berakhir.
3. Tulis artikel yang merupakan jawapan kepada beberapa soalan yang berkaitan dengan topik yang anda tulis. Jika anda mempunyai 7 soalan untuk dijawab, dan setiap soalan yang anda jawab sudah menggunakan 100 patah perkataan, anda telahpun menulis keseluruhan artikel melebihi 700 patah perkataan.
4. Tulis semula artikel orang lain yang anda rasakan sesuai untuk diperbaiki. Percaya atau tidak, ramai penulis menggunakan kaedah ini kerana ianya mudah. Jika anda pernah menulis sesebuah karangan atau tesis semasa persekolahan anda, anda pasti mempunyai pengalaman menulis semula hasil tulisan orang lain di dalam ayat anda sendiri. Praktikkan semula di dalam penulisan anda di blog dan laman web anda.
5. Tulis artikel dengan tujuan untuk mengajar - dan bukannya untuk mengikuti kesemua tata-bahasa yang dipelajari di sekolah. Ada kalanya anda selitkan bahasa pasar atau ayat pendek di dalam penulisan anda. Contohnya, “Nak pegi mane?” boleh digunakan walaupun ayat sebenarnya ialah “Hendak pergi ke mana?” atau “Wanna go for a ride?” berbanding “Do you want to go for a ride?”. Sekiranya ayat anda menarik dan tidak terpesong daripada tujuan asal dengan maksud yang anda hendak sampaikan, anda boleh mencubanya.
Akhir sekali, saya lebih menyukai penulisan berbentuk “bullet-point” atau senarai idea yang hendak dibentangkan (seperti di dalam artikel ini) kerana ianya mudah untuk difahamai, dan sekiranya saya perlukan rujukan untuk sesuatu topik kecil di dalam artikel tersebut, saya cuma perlu semak sepintas lalu dan dapat mencarinya dalam beberapa saat.
Oh ya, jika anda analisa artikel saya ini, anda juga akan perasan yang saya juga memulakannya dengan sebuah soalan. Dan, sesekali anda akan dapati yang jika artikel ini diberikan kepada “Dewan Bahasa dan Pustaka”, mungkin saya akan dapat markah C+ untuk tata-bahasa. ![]()
Walaubagaimanapun, sudah tentulah penulisan berbentuk peribadi di blog anda juga dapat membantu untuk mendapatkan kepercayaan daripada pembaca anda. Dengan memberikan sedikit cerita peribadi anda, mereka akan berasakan seakan-akan anda juga adalah insan biasa seperti mereka juga.
Seterusnya, tunggu bahagian ketiga untuk topik yang menarik ini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut. Zamri juga ada menyediakan tawaran khas kepada anda di laman web http://imran.zamrinanyan.com/offer.html untuk “Kids Fund” anak-anak beliau. Anda pasti mahukan pakej yang beliau tawarkan ini.
*** Anda digalakkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Link ke tawaran khas boleh ditukarkan kepada link affiliate anda selepas anda menyertai affiliate program beliau di http://imran.zamrinanyan.com/share.html Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
Setiap blogger harus mempunyai style tersendiri. Dgn keunikan itulah maka akan wujudnya audiens tersendiri. Jgn copy & paste dan jgn tiru cara blogger lain.
Dalam menulis artikel, kita kena kenalpasti dahulu apa tujuan kita menulis. Kalau main tulis sahaja, tak ada masalah, tapi untuk blogger yg mahu monetize blog mereka, mereka harus pandai menulis dan ‘mempengaruhi/mempromosi’ dalam senyap.
Artikel yg bagus ialah artikel yg mana pembaca tak berasa mereka sedang dipromosikan sesuatu.
Kpd En Zamri, satu artikel yg bagus pada kali ini. Thanks also to Alang.
- zul
smartzul’s last blog post..RM340.00 Dalam Masa 45 Minit!
trimas en zamri… Untuk tip sebelumnya,saya dah mula aplikasikan dalam penulisan saya sebelumnya. InsyaAllah,dalam penulisan seterusnya saya akan lebih fokuskan kepada penulisan gaya point. Itu lebih mudah kepada pembaca seperti post ni.
Untuk menulis seperti abg zul smartusaha atau en shuth,rasanya saya belum ada gaya penulisan macam tu, apapun saya sedang mencari rentak dalam menulis ni. trimas sekali lagi
ps: rindu pada penulisan alang. hohoho
naem’s last blog post..Nah,Percuma Squeeze Page Template!