Panduan menjual laman web

Jika dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bilakah waktu yang sesuai untuk menjual laman web anda, dalam tulisan kali ini saya akan memberikan panduan bagaimana untuk menjual supaya anda mendapat hasil yang maksimum dari usaha anda selama ini.

Seperti yang diketahui, sudah banyak laman web yang saya jual di mana ada di antaranya saya jual kerana tidak memberikan pulangan yang memuaskan, ada yang saya jual kerana mendapat tawaran yang baik dan ada juga yang saya jual kerana saya yakin, langkah tersebut akan memberikan lebih faedah daripada meneruskannya.

Apabila saya sudah membuat keputusan laman web mana yang akan saya jual, saya akan menganggarkan pula berapakah harga yang saya akan jual. Walaupun seboleh-bolehnya kita ingin menjual dengan harga yang semaksimum mungkin tetapi harus diingat apakah ada orang yang sanggup membelinya. Jadi kebiasaan kaedah yang digunakan untuk menganggarkan harga ialah dengan mengira berapa jumlah pendapatan sebulan yang diperolehi dari laman web tersebut. Dan kebiasaannya juga, harga yang sanggup dibeli ialah sebanyak 8 hingga 12 kali ganda dari jumlah pendapatan sebulan laman web tersebut. Untuk mengira jumlah pendapatan anda, ambil jumlah purata pendapatan untuk 3 - 4 bulan terakhir kerana pendapatan tersebut dianggap yang terkini.

Tetapi ada juga kes di mana ada laman web yang dijual dengan harga yang lebih rendah atau tinggi daripada anggaran tersebut. Faktor-faktor lain yang tidak kurang pentingnya juga ialah nama domain, kesesuaian laman web dengan domain tersebut, jumlah pelawat, kesukaran mengemas kini laman web, keunikan laman web, jumlah backlinks, jumlah muka surat dan juga kualiti keseluruhan laman web tersebut.

Apabila anda sudah menentukan berapakah harga yang ingin anda jual, anda perlu mengumpulkan bukti-bukti pendapatan, bukti pelawat dan lain-lain lagi bukti yang boleh membantu dalam proses jualan laman web anda. Semua bukti-bukti ini perlu disediakan tanpa diminta oleh pembeli supaya anda dianggap jujur di dalam berurusniaga.

Tempat terbaik untuk menjual laman web ialah di SitePoint Marketplace iaitu di dalam kategori Premium Sites for Sale atau Established Sites for Sale. Untuk menyenaraikan laman web anda disitu, anda perlu membayar sebanyak $40 USD untuk Premium Sites atau $20 USD untuk Established Sites. Walaupun terdapat banyak forum webmaster lain yang mempunyai marketplace, tetapi saya anggap SitePoint Marketplace sebagai tempat yang terbaik untuk menjual laman web. Banyak nama-nama besar seperti Joel Comm, WebProNews dan lain-lain lagi yang menjual-beli laman web disitu.

Proses menjual laman web di SitePoint Marketplace adalah menggunakan konsep bida iaitu anda membiarkan pembeli-pembeli yang menentukan berapakah harga yang mereka sanggup bayar untuk laman web anda. Semasa menyenaraikan laman web, anda perlu menetapkan berapa harga terendah untuk dibida (minimum bid), harga yang sanggup anda jual (reserve price) dan juga harga untuk mereka yang ingin terus membeli tanpa melalui proses bida (BIN atau Buy It Now price).

Untuk harga minima, anda boleh meletakkan jumlah pendapatan sebulan ataupun letakkan nilai kosong untuk menggalakkan orang membuat bidaan. Untuk reserve price pula, letakkan harga berapa yang anda sanggup jual iaitu anggaran pendapatan untuk 8 - 12 bulan. Untuk BIN price, biasanya saya letakkan harga untuk 18 - 24 bulan jumlah pendapatan.

Terdapat beberapa kaedah pembayaran iaitu Stormpay, PayPal, Western Union, 2Checkout dan juga Escrow.com. Tetapi kaedah yang paling popular ialah melalui PayPal. Bagi urusniaga yang berjumlah melebihi $5000 USD, saya menasihatkan anda menggunakan Escrow.com

Berikut adalah beberapa lagi tips bagaimana untuk menjual laman web anda dengan berkesan di SitePoint Marketplace

  • Sentiasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan cepat dan jujur. Pastikan anda tidak terikat dengan urusan lain pada waktu tersebut.
  • Bersikap profesional walaupun laman web yang ingin anda jual itu menerima kritikan. Jangan melenting atau bersifat terlalu defensive kerana itu akan memberikan gambaran yang tidak elok kepada bakal-bakal pembeli.
  • Lampirkan bukti-bukti pendapatan, trafik dan sebagainya melalui ruangan attachment yang disediakan. Jika tidak cukup, letakkan bukti-bukti tersebut di tempat lain dan pastikan semual bakal pembeli boleh melihatnya dengan mudah.
  • SitePoint Marketplace memberikan tempoh selama sebulan untuk anda menyenaraikan laman web anda. Pastikan anda menggunakan tempoh tersebut sebaik-baiknya. Jangan meletakkan tempoh jualan terlalu singkat kerana anda mungkin tidak dapat menjual dengan harga yang anda ingini.

Saya harap panduan ini dapat digunakan jika anda mempertimbangkan untuk menjual laman web anda. Ada sesetengah individu yang menjana pendapatan dengan hanya membina dan menjual laman web yang sudah established kerana cara itu lebih menjimatkan masa dan tenaga. Anda hanya perlu memikirkan idea untuk laman web, bekerja keras dalam tempoh enam bulan dan selepas itu jual dengan anggaran pendapatan untuk masa hadapan.

Technorati Tags: ,


    • No Related Post
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


19 Comments »

  1. Bisnes laman web ni memang menguntungkan, tapi memerlukan banyak idea dan kekreatifan. Tak banyak guna tenaga fizikal tapi banyak guna otak(pening).

    kawancyber’s last blog post..Cerita Alexander Graham Bell.

    comment-bottom
  2. shuth Says:

    hmm.. menarik.. kalau nak jual web yg berbahasa melayu macam mana alang? boleh ke kat situ atau ada tempat lain yang lebih sesuai? lagi satu.. apabila kita jual website.. apa yang kita serahkan kepada pembeli tu yer?

    comment-bottom
  3. saiful Says:

    TQ Alang diatas panduan ini..selama ni tak tahu pun boleh jual website online… semenjak jual USD 16ribu memang memberi inspirasi…tapi kena buat web+blog yang bagus dari segi income+traffic+ranking dll. Satu lagi modal pun agak besar…pening woo….

    comment-bottom
  4. Norfazli Says:

    Tajuk ini memberi semangat kepada saya untuk terus meningkatkan kualiti laman web saya.

    Terima kasih Alang

    Norfazli’s last blog post..Laman Web KLpay.Com Ke Pasaran Global

    comment-bottom
  5. vangardx Says:

    bnyk tips2 yg diberi..ringkasnya..ada satu domain..bina dan isi dgn kandungan yg unik..tarik pengunjung..jual bila sampai masanya :D
    vangardx’s last blog post..Top commentator contest - secure your position now!

    comment-bottom
  6. alang Says:

    saya tak pasti pulak tentang laman web BM sebab biasanya ia hanya khusus utk market Malaysia jer. Mungkin boleh cuba jual di forum-forum seperti webmastermalaysia.com atau wangcyber.com

    Bila website kita dah jual, kita akan serahkan domain (tukar ownership di registrar), semua isi kandungan laman web, (biasanya pembeli akan transfer account ke server lain), file2 yg berkaitan seperti web template, theme dan sebagainya.

    comment-bottom
  7. alang Says:

    konsep ni lebih kurang macam kita jual idea kita. Mungkin kalau idea shj org tak pandang tapi bila kita dah laksanakan dan terbukti membuahkan hasil, pasti ada yang berminat.

    comment-bottom
  8. 1 panduan yang agak menarik..
    walaupun pda waktu sekarang saay bleum lagi samapi pdtahap nak menjual laman web sendiri..
    tapi mungin boleh dijadikan panduan pd masa akan datang

    SyedHafidz’s last blog post..Buat Duit Dengan Panduan Mudah FTP Dari SmartZul

    comment-bottom
  9. alang Says:

    kalau idea bagus, tak perlu modal besar. Semua laman web yg saya jual sebelum ini tak memerlukan modal besar, malah modal hanya utk register domain dan design shj.

    comment-bottom
  10. megat Says:

    idea + ranking = hasil

    erm… rasanya perlu seimbang untuk mendapat tempat di hati pelanggan. nampak mudah tapi perlukan usaha juga.

    megat’s last blog post..Hargai Hidup

    comment-bottom
  11. ajacx Says:

    kena bayar ke kalu nk jual? xde tempat jual free??? leh x kalu jual blog?

    comment-bottom
  12. alang Says:

    kalau kat sitepoint marketplace memang kena bayar. Kalau kat tempat lain macam forums.digitalpoint.com tak kena bayar tapi susah sikit nak jual kat situ.

    Tak ada masalah utk nak jual blog asalkan blog tersebut guna domain sendiri bukan blog yg guna blogger, wordpress.com dan sebagainya.

    comment-bottom
  13. kita Says:

    saya nak bagi pandangan sedikit…saya tengok banyak blog malaysia yang dah expired n tak di renew.Maybe blog or website tersebut merugikan kot.so saya nak tanya saudara alang, kalau kita rasa rugi dengan sesuatu website adakah kita patut hapuskan or renew sedangkan domain tu dah lama kita beli n rasa sayang pulak.

    kita’s last blog post..Ubuntu Muslim Edition

    comment-bottom
  14. tips yang bagus dari alang.. tq for the info!

    Noorizam Shah’s last blog post..Nuffnang Berwajah Baru! Tarik Traffik ke Blog Anda Guna Innit!

    comment-bottom
  15. Thank alang. Dah bookmark untuk kegunaan masa depan, insyaAllah.

    Alang, saya nak tanya skit. Kalau guna phpld utk directory, macam mana nak edit template phpld nak bg sama ngan wp macam header? letak kat template .tsl tu ke?

    p.s: bagitau idea n konsepnya, nanti saya google lepas faham tu. Skang tak jumpa :( Thanks alang :D

    comment-bottom
  16. alang Says:

    edit file yg berakhir dgn extension .tpl, saya tak pasti senang ke susah sebab semuanya saya bayar designer utk buat sebab wordpress dan phpld menggunakan sistem template yg berbeza.

    comment-bottom
  17. itulah…diorang guna file type yang berbeza :(
    anyway thanks alang :D
    RajaBLog.info’s last blog post..Vote M-Blogger.net now!

    comment-bottom
  18. saiful Says:

    Jual website spt Alang buat ni boleh dijadikan sebagai Azam Baru Tahun 2008..ho ho ho janji boleh datangkan duit..ha ha

    saiful’s last blog post..Pemimpin Sebenar Dan Hakikat Harta Di Dunia.

    comment-bottom
  19. catzer Says:

    erm insya-allah dlm perancangan dah ni..cuma kena pulun cukup2 bab visitor and revenue site tersebut. :D
    catzer’s last blog post..Friendship Indeed

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment