Setelah agak beberapa lama tidak menulis, di sini saya rangkumkan beberapa perkembangan terkini diri saya dan juga perniagaan internet.
Google telah pun habis mengemaskini pagerank. Seperti yang saya tulis sebelum ini google telah mempertingkatkan sistem pagerank mereka untuk memerangi penjualan text link dan akibatnya terdapat banyak blog-blog yang popular seperti www.probogger.net, engadget.com, copyblogger.com yang telah menurun pagerank mereka walaupun ada di antaranya tidak pernah menjual text link. Untuk laman web saya, ada yang naik dan ada yang turun.
www.osx-e.com - menurun dari PR5 ke PR3
www.50pageswebsite.com - menurun dari PR5 ke PR4
www.dare2bid.com - meningkat dari PR0 ke PR4
www.daredirectory.com - meningkat dari PR0 ke PR4
www.dirten.com - meningkat dari PR3 ke PR4
www.szab.net/blog - menurun dari PR4 ke PR3
www.szab.net - meningkat dari PR4 ke PR5
www.szabnetwork.com - meningkat dari PR0 ke PR4
www.ventedoy.com - meningkat dari PR4 ke PR5
Saya telah menjual beberapa laman web di bawah SZAB Network (8 kesemuanya) dan laman web tersebut adalah
www.featured-reviews.com/digitalcamera
www.moorec.com
www.mobilephone-reviews.com
www.mp3player-review.com
www.pclaptop-review.com
www.pdasreview.com
www.toptenbid.com
www.tvsreview.com
Pada mulanya, saya hanya berniat untuk menjual tiga laman web sahaja tetapi individu yang membeli blog www.tvsreview.com berminat untuk membeli kesemua blog saya.
Setelah 4 tahun mengidam, akhirnya pada hari Ahad lepas saya telah memiliki komputer mac. Saya hanya menunggu versi terkini Mac OS X Leopard keluar dan saya terus membelinya di Plaza Lowyat (sebenarnya, saya telah booking seminggu sebelum itu dan hanya mengambilnya setelah ia dimasukkan Mac OS X Leopard). Saya telah membeli MacBook Pro 15″ 2.4Ghz Dual Core 2 processor, 4GB ram (2GB asal dan 2GB lagi saya upgrade), 160GB internal hard disk, 500GB external hard disk, apple wireless mighty mouse, notepal infinite notebook cooler dan beberapa aksesori lagi yang berkaitan.
Saya memang telah lama meminati Mac OS X dan ia adalah antara faktor utama yang menyebabkan saya menceburi bidang pembangunan web. Malah lama web pertama saya www.osx-e.com adalah berkaitan dengan bagaimana ingin mengubah windows kepada Mac OS X.
Walaupun sebelum ini saya sudah biasa dengan rupa Mac OS X tetapi menggunakan Mac OS X yang sebenar agak mengelirukan dan saya seperti belajar menggunakan komputer semula. Banyak perisian-perisian yang perlu saya cari untuk meggantikan perisian yang saya gunakan dalam windows. Misalnya dulu saya menggunakan Windows Live Writer untuk menulis blog, sekarang saya menggunakan Ecto. Walaubagaimanapun, banyak fungsi-fungsi yang saya suka pada Windows Live Writer tidak terdapat pada Ecto. Ini juga adalah antara faktor kenapa saya tidak mengemaskini kesemua laman web saya dalam tempoh seminggu lepas kerana saya masih lagi mencari perisian-perisian untuk Mac OS X.
Seperti yang anda semua ketahui, Google telah memperkenal kaedah pembayaran baru iaitu melalui Western Union dan pada hari Khamis lepas, saya telah menerima bayaran untuk bulan September. Sehari sebelum itu, cek untuk bulan Ogos juga telah masuk ke dalam akaun Maybank saya. Jadi boleh dikatakan saya menerima 2 pembayaran dari google untuk bulan ini :). Untuk menerima bayaran dari Western Union memang mudah, saya pergi ke CIMB, isi borang penerimaan wang Western Union, bawa salinan IC dan isikan maklumat ke dalam borang tersebut sebagaimana yang diberi oleh Google. Hanya dalam masa beberapa minit sahaja saya sudah menerima bayaran.
Saya juga sudah beberapa kali mengeluarkan wang dari paypal menggunakan kad kredit visa. Ia mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk dikreditkan. Tetapi saya tidak pernah mengeluarkan wang tersebut sebaliknya hanya menggunakan kad tersebut untuk membeli barang jadi saya tidak tahu adakah sebarang caj dikenakan jika kita mengeluarkan cash. Saya menunggu kad debit Public Bank saya untuk tujuan pengeluaran wang.
Jadi, itu sedikit sebanyak perkembangan terkini dan InsyaAllah, apabila saya sudah betul-betul menyesuaikan diri dengan Mac OS X, saya akan kembali menulis di blog ini seperti dulu.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
mengikut maklumat yang saya tahu..kalau cash ke mesin tuan punya kad kredit tidak dikenakan bayaran sebagai contoh kalau kad kebit ambank keluarkan duit menggunakan mesin atm ambank.
kita’s last blog post..Kapal Selam Pertama Malaysia
Wahh..semua 8 website dah dijual..just curious..kalau maklumat ni tak sulit, saya nak tau berapa harga keseluruhan lapan2 website ni? Tahniah atas jualan yang besar tu.
eches’s last blog post..FeedBurner Integrates AdSense
terima kasih kita atas maklumat tersebut.
saya dah agak soalan ni mesti keluar punya
Jumlah keseluruhan yg saya dapat dari hasil jualan kesemua laman tersebut adalah $16000 USD.
pergh..cuba saya kira (kalau salah bgtau)
$16000 x 3.4 = 54 400
Modal kalau satu Rm5000 x 8 = RM 40 000
54000 - 40 000 = untung RM14 000 lah alang untung jual tu paling kurang. Hebat2.
And tahniah alang sebab dah dapat mac os satu. Saya pun ngidam jugak satu sejak 3 tahun lepas tapi lambat lagilah nak dpat, huhu..
Walla..
Untung jugak kalau jual laman web ni ek..
tapi laman web alang suma dah memang well established, no wonderla suma terjual laku…
=)
SyedHafidz’s last blog post..Penerima Komisen eBook Raja Affiliate Bulan Oktober
actually modal sebenar tak sampai RM40,000. Tapi sebab kebanyakan laman web tersebut dah lama dan ada revenue dan pelawat yg konsisten sebab tu boleh jual.
You kena tunggu cukup 4 tahun mengidam baru boleh dapat kot
Wow banyak tu alang tahniah. Kalau Mac ni rasanya susah sikit nak kene serang Virus rasanya.
Maizul’s last blog post..Rumah untuk di jual
Oh.. betul ke camtu?? Sebab kalau camtu tak perlulah saya membuat debit card lagi….
zool’s last blog post..Hari Jumaat yang kenyang dan Arsenal vs MU
patutla tgk dalam web szab network takde dah 8-8 web tu..selamat mengguna komputer baru alang
vangardx’s last blog post..Advertlets.com rocks!
salam,
bestnya guna Mac tu. PC saya yang pertama tahun 97 adalah MAC. sampai sekarang masih menggunakan MAC. Kalau dah guna MAC ni suruh tukar ke Windows memang tak mahu, sebab windows memang tak best.
suhaimy’s last blog post..Rahsia memikat wanita secara saintifik
Tahniah dengan jualan BESAR
kalau tgk website2 yang alang masih ada, macam lebih tumpukan kepada directory..www.osx-e.com tuh mmg tak mungkin dijual, website trump card
selamat pakai computer baru..skrg ni tgh pasang angan2 nak pakai MAC gk
off topic - harap tak kena delete..skrg nih ada jualan site ( http://blogohblog.com )..kalau PR6 mesti dah ribu2 dollar..
eches’s last blog post..Flock 1.0: Browser for web savvy users
pergh…. 16 ribu USD.. byk giler tu…..kayo kau Alang….
Isk… Bile la aku bleh jadi cam alang…
haha…4 years? maybe gak kot. Maybe it only a dreams~ hehe
alang, can i know total cost of osx-e with all those integration? dengan vb and macam2 lagi tu..
RajaBlog.info’s last blog post..M-Blogger.net telah disahkan!
Mac guna Unix… memang stabil dan Unix tak kenal cecacing virus ni…hehehehe
Azahari’s last blog post..Bukti perisian percuma setanding perisian berbayar
Masa mula-mula saya mengenal Mac, ingatkan susah nak guna… rupanya lagi senang dari guna Windows… Contoh kalau kita ada digital camera, just plugin je camera tu lepas tu dia akan buka sendiri program apa yang patut… tak macam Windows kita kena klik sendiri baru nak bukak…
Kalau bab grafik atau video editing pulak memang laju walaupun Mac tu dah lama…sebab tu jugak banyak filem macam Lord of The Ring pakai teknologi Apple ni…
dulu company saya kerja pernah la jadi Authorized Reseller Mac ni…sebab tu tau la sikit-sikit.. tapi masa saya guna tu Mac OS 9 sampai OS X je… masuk versi baru ni dah taktau dah….
selamat explore Alang…. tak pakai Virtual PC ke? atau memang dah taknak pakai Windows terus?hehehe
Azahari’s last blog post..Bukti perisian percuma setanding perisian berbayar
total cost utk osx-e ialah lebih kurang $600 USD tak termasuk license utk vbulletin dan gallery.
memang ramai yg tanya pasa osx-e.com tapi harga yg ditawarkan terlalu rendah. Lagi satu osx-e.com tu macam ada sentimental value sebab tu website pertama saya
saya mungkin akan install windows guna bootcamp. Kena pakai jugak windows utk nak buat review file-file yg disubmit kat osx-e.com
eh? design and integrate all $600 je alang?
vb license $67. gallery pro $129. Total = $796
hurm…kena kumpul duit lagi nie
RajaBlog.info’s last blog post..M-Blogger.net telah disahkan!
kebanyakan integration process tu saya buat sendiri jer so boleh dikatakan no cost la. Designer yg saya gunakan memang dah biasa dgn saya jadi dapat harga lebih murah.
oh, patutlah. nampaknya kene kumpul duit lagi ler
saya nak buat web macam osx-e gak nnt
(lain niche)
RajaBlog.info’s last blog post..M-Blogger.net telah disahkan!
1 lagi, agak2 dah bape lame ye laman web saudara alang ni yek??
boleh kata macam suma dah well established je..
SyedHafidz’s last blog post..Penerima Komisen eBook Raja Affiliate Bulan Oktober
kebanyakan laman web tersebut dah lebih dari setahun. Paling kurang 6 bulan.
Kalau cash out duit kad kredit dari mesin ATM, itu dikira sebagai Cash Advance. Sama ada mesin ATM dari bank yang sama atau lain ianya dikenakan caj 5% dari jumlah pengeluaran atau minimum RM20. Contoh rate untuk kad kredit Public Bank sila rujuk :
http://www.publicbank.com.my/en/en_content/personal/rates/cards.html
Sukeri’s last blog post..Wordpress Theme : Zen 8 SEO and Adsense Ready
Alang, berita menarik.
BlogOhBlog.com, pemiliknya orang malaysia dah berjaya jual blog beliau pada harga $10K.
http://www.blogohblog.com/blog-oh-blog-for-sale/#comments
RajaBlog.info’s last blog post..BlogOhBlog.com Dijual Pada USD10 000! disahkan!
Giler..giler…org lain kalu tahu dok umah buat duit mcm alang nie..mau sume berenti..tapi tak sume ade commitment nak buat mcm tu atau tak tahu…tahniah. Usaha anda dah berbuah..
baru perasan..gambar ad adult finder to agak dot..dot..dot gak..
wahhhhh alang .. banyak tu….
bob punya blog oh blog pun terjual USD10k .. power tu…
Noorizam Shah’s last blog post..Saya menang contest! Bob dapat USD$10k!
orang-orang kita tahu nak jadi cepat kaya.. letak duit.. goyang kaki.. ohoho
Noorizam Shah’s last blog post..Saya menang contest! Bob dapat USD$10k!
Tahniah diucapkan kepada Brother Alang..
kawan_cyber’s last blog post..Kisah Pak Pandir Dan Pak Kaduk
fuh..dah pakai Mac skang alang…improvement..:)memang itu salah satu idaman saya selain Sony Vaio..:)
saya suka MacBook ni pasal specnya memang power dan bagi saya ni yang ceburkan diri dalam dunia grafik kena la ade space yang besar utk simpan gambar,video,psd file dan mcm2 lagi untuk rujukan..
wow..terkejut gak Alang beli 500GB External hard disk.Alang beli kat Lowyatt kan?erm..bape harga Externak Hard Disk tu erk?rasa cam minat nak beli satu..:)
anyway alang..thanks for the good info..
saya memang dah lama minat mac. Itulah antara faktor kenapa osx-e.com wujud. Actually saya nak beli macbook pro masa mula2 keluar lagi, tapi masa tu tak ada 3g data card yg compatible. Baru tengah tahun ni keluar 3g card baru tu yg saya terus beli.
Memang banyak la perbezaan macbook pro compare dgn laptop lama saya acer aspire.
Saya beli 500GB external hard disk tu sebab nak buat backup. Lagipun nak guna kelebihan time machine dalam mac os x leopard. Saya beli brand lacie dgn harga RM1099. Kalau beli western digital, mungkin dapat dalam RM800 kot. Saya beli lacie sebab ia dibina khusus utk mac.
First Time saya masuk blog Alang ni..Kecut perut bila tengok blog nih.. amat kagum..dan rasa excited nak jadi cam bro alang ni..terasa diri nih lebih kecik dari semut dalam dunia Internet marketing..Sekali pandang web2 kepunyaan alang memang saya tak paham ape produk yg dijual…
menuju alaf usahawan cyberia
[...] dengan sistem operasi yang baru ini. Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada saudara Alang kerana memberi saya senarai perisian yang boleh saya gunakan untuk notebook saya ini. Mungkin di [...]
[...] dinamakan dari Windows ke Mac. Siri artikel ini merupakan pengalaman saya sebagai seorang pengguna Windows sebelum ini yang baru beralih ke Mac. Dari apa yang saya lihat, saya rasa kurang (atau tidak ada langsung) artikel / tips / panduan [...]
[...] saya beralih ke Mac OS X, saya mula menghadapi masalah kerana perisian Quicken untuk Mac amat berbeza dengan Quicken untuk [...]