Archive for November, 2007


Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)

By Zamri Nanyan on November 30, 2007, 02:25 PM | 5 Comments »

Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
oleh Zamri Nanyan

“Alamak! Macam susah je buat ‘internet business’ ni. Siap kena faham matematik lagi.”

Tapi janganlah anda risau - sebab tajuk yang kita bincangkan di sini tidaklah sesusah pelajaran matematik di tahap pengajian PhD.

Saya meletakkan tajuknya sebegini supaya anda mudah mengingati keseluruhan kandungan mesej yang saya tulis supaya anda boleh terus aplikasikan di dalam perniagaan Internet anda hari ini.

Terlebih dahulu, saya andaikan anda sudah mengetahui apakah yang dikatakan blog dan bagaimana untuk membinanya. Jika belum, saya cadangkan anda melawati http://simurl.com/blogging-steps untuk mempelajarinya.

Sekiranya anda adalah pembaca sesetengah blog usahawan internet, anda akan merasakan ada perbezaannya dengan blog yang lain. Walaupun terdapat unsur-unsur atau cerita peribadi, namun di dalam sesetengah paparan, anda akan dapati gaya penulisannya adalah ala-ala sebuah artikel yang ditulis untuk sesebuah bab di dalam buku.

Inilah yang saya katakan “multi-purpose writing” atau “penulisan pelbagai” - kerana anda akan menyiapkan sesuatu kerja yang boleh digunakan bagi lebih daripada satu tujuan.

“Bagaimana?”, anda bertanya.

Begini… Blog anda perlukan kandungan yang berguna untuk pembaca anda. Jadi, anda akan menulis sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan pada masa yang sama, anda boleh berfikir beberapa langkah ke hadapan.

Untuk memudahkan anda, di sini saya berikan beberapa tip.

1. Tulis artikel yang sesuai untuk dimuatkan di dalam pelbagai situasi seperti dipaparkan di dalam blog, diletakkan di dalam forum, disebarkan ke direktori artikel lain, dijadikan “mini e-report”, dijadikan sebuah atau sebahagian bab di dalam ebook dan sebagainya.

Dalam ertikata lain, artikel ini dapat disesuaikan untuk pelbagai keadaan.

2. Tulis artikel yang berkaitan dengan tajuk yang anda bincangkan. Contohnya, anda boleh fikirkan tajuk sebuah ebook yang berkaitan dengan memperolehi pendapatan dengan perniagaan Internet MLM.

Jadi, sekiranya anda mempunyai ebook seperti ini, tajuk artikel yang anda boleh tulis ialah seperti “Bagaimana memilih perniagaan internet MLM yang sesuai”, “5 cara mempromosikan MLM di Internet”, “Salah faham mengenai internet MLM” dan banyak lagi. Tajuk-tajuk artikel ini boleh ditulis terlebih dahulu dan kandungannya boleh ditulis pada bila-bila masa.

Akhirnya, selepas semua artikel tersebut ditulis, secara tidak langsung, anda juga telah menyiapkan satu ebook.

3. Kekalkan gaya penulisan artikel anda bagi sesebuah tema atau tajuk utama yang anda ingin liputi. Ini penting kerana sekiranya gaya penulisan anda berbeza-beza, anda tidak mungkin dapat mencipta sebuah ebook yang mantap dan mempunyai ‘flow’ atau gaya bahasanya yang konsistent.

Praktikkan tip-tip yang diberikan di atas untuk memulakan penulisan artikel anda yang pertama, dan kita akan sambung semula dengan bahagian II pada masa akan datang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut. Zamri juga ada menyediakan tawaran khas kepada anda di laman web http://imran.zamrin...anyan.com/offer.html untuk “Kids Fund” anak-anak beliau. Anda pasti mahukan pakej yang beliau tawarkan ini.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Link ke tawaran khas boleh ditukarkan kepada link affiliate anda selepas anda menyertai affiliate program beliau di http://imran.zamrin...nyan.com/share.html. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.

Posted in: Artikel



Panduan menjual laman web

By alang on November 21, 2007, 10:59 AM | 19 Comments »

Jika dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bilakah waktu yang sesuai untuk menjual laman web anda, dalam tulisan kali ini saya akan memberikan panduan bagaimana untuk menjual supaya anda mendapat hasil yang maksimum dari usaha anda selama ini.

Seperti yang diketahui, sudah banyak laman web yang saya jual di mana ada di antaranya saya jual kerana tidak memberikan pulangan yang memuaskan, ada yang saya jual kerana mendapat tawaran yang baik dan ada juga yang saya jual kerana saya yakin, langkah tersebut akan memberikan lebih faedah daripada meneruskannya.

Apabila saya sudah membuat keputusan laman web mana yang akan saya jual, saya akan menganggarkan pula berapakah harga yang saya akan jual. Walaupun seboleh-bolehnya kita ingin menjual dengan harga yang semaksimum mungkin tetapi harus diingat apakah ada orang yang sanggup membelinya. Jadi kebiasaan kaedah yang digunakan untuk menganggarkan harga ialah dengan mengira berapa jumlah pendapatan sebulan yang diperolehi dari laman web tersebut. Dan kebiasaannya juga, harga yang sanggup dibeli ialah sebanyak 8 hingga 12 kali ganda dari jumlah pendapatan sebulan laman web tersebut. Untuk mengira jumlah pendapatan anda, ambil jumlah purata pendapatan untuk 3 - 4 bulan terakhir kerana pendapatan tersebut dianggap yang terkini.

Tetapi ada juga kes di mana ada laman web yang dijual dengan harga yang lebih rendah atau tinggi daripada anggaran tersebut. Faktor-faktor lain yang tidak kurang pentingnya juga ialah nama domain, kesesuaian laman web dengan domain tersebut, jumlah pelawat, kesukaran mengemas kini laman web, keunikan laman web, jumlah backlinks, jumlah muka surat dan juga kualiti keseluruhan laman web tersebut.

Apabila anda sudah menentukan berapakah harga yang ingin anda jual, anda perlu mengumpulkan bukti-bukti pendapatan, bukti pelawat dan lain-lain lagi bukti yang boleh membantu dalam proses jualan laman web anda. Semua bukti-bukti ini perlu disediakan tanpa diminta oleh pembeli supaya anda dianggap jujur di dalam berurusniaga.

Tempat terbaik untuk menjual laman web ialah di SitePoint Marketplace iaitu di dalam kategori Premium Sites for Sale atau Established Sites for Sale. Untuk menyenaraikan laman web anda disitu, anda perlu membayar sebanyak $40 USD untuk Premium Sites atau $20 USD untuk Established Sites. Walaupun terdapat banyak forum webmaster lain yang mempunyai marketplace, tetapi saya anggap SitePoint Marketplace sebagai tempat yang terbaik untuk menjual laman web. Banyak nama-nama besar seperti Joel Comm, WebProNews dan lain-lain lagi yang menjual-beli laman web disitu.

Proses menjual laman web di SitePoint Marketplace adalah menggunakan konsep bida iaitu anda membiarkan pembeli-pembeli yang menentukan berapakah harga yang mereka sanggup bayar untuk laman web anda. Semasa menyenaraikan laman web, anda perlu menetapkan berapa harga terendah untuk dibida (minimum bid), harga yang sanggup anda jual (reserve price) dan juga harga untuk mereka yang ingin terus membeli tanpa melalui proses bida (BIN atau Buy It Now price).

Untuk harga minima, anda boleh meletakkan jumlah pendapatan sebulan ataupun letakkan nilai kosong untuk menggalakkan orang membuat bidaan. Untuk reserve price pula, letakkan harga berapa yang anda sanggup jual iaitu anggaran pendapatan untuk 8 - 12 bulan. Untuk BIN price, biasanya saya letakkan harga untuk 18 - 24 bulan jumlah pendapatan.

Terdapat beberapa kaedah pembayaran iaitu Stormpay, PayPal, Western Union, 2Checkout dan juga Escrow.com. Tetapi kaedah yang paling popular ialah melalui PayPal. Bagi urusniaga yang berjumlah melebihi $5000 USD, saya menasihatkan anda menggunakan Escrow.com

Berikut adalah beberapa lagi tips bagaimana untuk menjual laman web anda dengan berkesan di SitePoint Marketplace

  • Sentiasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan cepat dan jujur. Pastikan anda tidak terikat dengan urusan lain pada waktu tersebut.
  • Bersikap profesional walaupun laman web yang ingin anda jual itu menerima kritikan. Jangan melenting atau bersifat terlalu defensive kerana itu akan memberikan gambaran yang tidak elok kepada bakal-bakal pembeli.
  • Lampirkan bukti-bukti pendapatan, trafik dan sebagainya melalui ruangan attachment yang disediakan. Jika tidak cukup, letakkan bukti-bukti tersebut di tempat lain dan pastikan semual bakal pembeli boleh melihatnya dengan mudah.
  • SitePoint Marketplace memberikan tempoh selama sebulan untuk anda menyenaraikan laman web anda. Pastikan anda menggunakan tempoh tersebut sebaik-baiknya. Jangan meletakkan tempoh jualan terlalu singkat kerana anda mungkin tidak dapat menjual dengan harga yang anda ingini.

Saya harap panduan ini dapat digunakan jika anda mempertimbangkan untuk menjual laman web anda. Ada sesetengah individu yang menjana pendapatan dengan hanya membina dan menjual laman web yang sudah established kerana cara itu lebih menjimatkan masa dan tenaga. Anda hanya perlu memikirkan idea untuk laman web, bekerja keras dalam tempoh enam bulan dan selepas itu jual dengan anggaran pendapatan untuk masa hadapan.

Technorati Tags: ,

Posted in: Artikel



Perjumpaan webmaster / blogger Malaysia

By alang on November 14, 2007, 03:01 PM | 15 Comments »

Pihak Forum Webmaster Malaysia telah menghubungi saya berkenaan dengan perjumpaan ini malangnya saya tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana mempunyai urusan perkaitan persekolahan anak saya. Limcs telah meminta saya mewarwarkan perkara ini di blog saya tetapi kerana terlalu sibuk (betul ke?) saya telah terlupa sehinggalah apabila saya terbaca tulisan di blog beliau hari ini. Saya harap saya belum terlewat untuk menyampaikan berita ini.

Perjumpaan ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh forum webmaster Malaysia dan setakat ini sudah 32 orang bersetuju untuk hadir antaranya ialah wakil dari Google, Gobala Krishnan dan juga Liewcf. Jadi jika anda ada kelapangan pada hari Sabtu ini 17 November 2007, di jemput beramai-ramai hadir ke Starbucks KL Sentral.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan perjumpaan ini dan mendaftar di http://getfound.com...tarbucks-kl-sentral/

Saya juga mungkin akan hadir jika segala urusan saya selesai lebih awal.

Posted in: Berita



10 sebab kenapa Shoemoney memadam email yang beliau terima

By alang on November 11, 2007, 03:56 PM | 9 Comments »

Jika sebelum ini saya telah menulis sesuatu yang agak kontroversi iaitu kenapa saya tidak membalas email anda. Nampaknya bukan saya seorang yang menghadapi dilema ini, saudara Smartzul juga saya lihat telah beberapa kali menulis di blog beliau tentang setakat mana bantuan dan pertolongan yang boleh beliau berikan dan beliau juga seperti saya tidak membalas email-email yang beliau rasakan hanya membuang masa beliau.

Terkini, seorang usawan internet yang memang dikenali iaitu Jeremy Schoemaker atau lebih dikenali dengan Shoemoney telah menulis 10 sebab kenapa beliau memadam email beliau terima. Bagi sesiapa yang tidak mengenali siapa Shoemoney, beliau pernah memperolehi pendapatan melebihi $100,000 USD sebulan dari Google Adsense. Di bawah ini adalah ringkasan 10 sebab tersebut.

1) Start it with “Dear Sirs,”

2) Spell my name wrong.

3) In the email tell me how your just a small blogger and how awesome I am.

4) Ask me what you should do to make money online.

5) Ask me what sites I own.

6) Make me read at least 4 pages before getting to your point

7) Send me a email after you have already used the contact form, messaged me on every forum I have an account in 30 mins

8 ) In the To: Field its addressed to “Undisclosed Recipients”

9) Tell me how other a-list bloggers love your site and have blogged it so I should to

10) Email me and tell me people are syndicating my content

Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini

Posted in: Artikel



Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma

By Zamri Nanyan on November 07, 2007, 07:04 AM | 22 Comments »

Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
oleh Zamri Nanyan

Ada banyak yang bertanyakan saya… macam mana nak bina blog secara percuma?

Saya anggap ini merupakan soalan daripada newbie… jadi saya tak sentuh mengenai blog yang dipasangkan di website sendiri (walaupun ini merupakan saranan terbaik saya).

Untuk permulaan, anda ada 2 pilihan.

1. www.Blogger.com

2. www.Wordpress.com

www.Blogger.com lebih baik sekiranya anda ingin mempromosikan produk sendiri, produk affiliate atau online MLM. Di sini anda juga boleh meletakkan kod Adsense anda di mana jika ada yang klik di iklan Adsense ini, anda akan mendapat bayaran daripada Google.

www.Wordpress.com juga adalah percuma. Versi yang anda boleh pasang di webserver lagi banyak kelebihannya tetapi untuk versi percuma di www.Wordpress.com, tak banyak ‘feature’ yang anda boleh tambah.

Kedua-dua perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik tetapi saya pernah mengharungi satu pengalaman buruk bersama www.Wordpress.com dan pernah juga dengar masalah dengan www.Blogger.com

Semasa pelancaran ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM, saya menggunakan www.Wordpress.com untuk pre-launch campaign. Banyak juga yang saya muatkan di situ dan banyak juga trafik ke laman blog tersebut.

Satu hari, saya dapat berita daripada seseorang yang mengatakan blog saya dah kena ‘banned’. Lepas membuat semakan sendiri, memang benar yang blog saya sudah dipadamkan.

Saya pun hantar satu email kepada support dan balasannya mudah - saya telah mempromosikan MLM di www.Wordpress.com. Ianya melanggar terma dan syarat mereka walaupun saya sebenarnya menggunakan blog tersebut dengan tujuan memberikan berita terkini mengenai pelancaran ebook saya dan bila dirayu untuk mendapatkan kembali kandungan blog tersebut, jawapannya “sorry”. :)

Ramai juga individu yang menyatakan blog dari servis www.Blogger.com yang mereka gunakan hilang walaupun saya belum pernah mengalaminya lagi.

Jadi, sebagai permulaan, gunakan www.blogger.com untuk percubaan atau membina blog untuk mempromosikan produk anda tetapi cepatlah bertukar ke blog yang dipasangkan di laman web anda sendiri selepas anda berjaya belajar menggunakan blog di servis percuma ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Laman web utama beliau ialah http://www.zamrinanyan.com dan sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.

*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.

Posted in: Artikel, Soalan Pembaca