Laporan Penyelidikan Tentang Usahawan Siber

Laporan ini merupakan terjemahan kepada Introduction to Cyberpreneurship yang saya edarkan sebelum ini. Jika sebelum ini saya menyatakan terdapat beberapa orang yang berminat untuk menterjemahkan laporan tersebut tetapi hanya seorang yang telah berjaya menyiapkannya.

Laporan ini diterjemahkan oleh Ihsan Bahri @ Deen dan Hanisah Bahri.

Deen adalah seorang graduan kejuruteraan dari Liverpool University, UK (’98). Semasa beliau menuntut di sana ,  beliau gemar membuat terjemahan BM ke BI dan BI ke BM. Beliau juga sering menjadi penterjemah / juru cakap untuk pengunjung dari Malaysia dan Indonesia yang kurang fasih berbahasa Inggeris.

Manakala, Hanisah Bahri, graduan komputer sains dari UPM, mula bergiat aktif  di dalam penterjemahan sejak tahun 2005. Beliau mula menterjemah kerja-kerja pelajar universiti daripada pelbagai kursus.

Mereka berdua telah mengikuti Kursus Penterjemahan Am anjuran Institut Penterjemahan
Negara pada pertengahan tahun ini. Pencapaian mereka dalam kursus tersebut membanggakan, di mana Deen lulus dengan Kepujian dan Hanisah lulus dengan
Cemerlang.

Dulu khidmat mereka hanya boleh diperolehi di luar talian tetapi kini khidmat mereka
boleh di dapati dalam talian. Sekarang mereka sedang menjalankan promosi Merdeka
ke 50 dengan potongan harga sebanyak 50% untuk semua pakej  penterjemahan.
Jika anda memerlukan perkhidmatan terjemahan BM ke BI atau sebaliknya, anda boleh
mendapatkan khidmat mereka di http://www.simplytranslate.net

Saya merasa amat berbangga sekali kerana seorang penterjemah profesional telah sanggup menterjemahkan laporan tersebut secara percuma. Deen telah menghubungi saya melalui SMS untuk meminta kebenaran menterjemahkan laporan tersebut. Dan beliau telah menyiapkannya dalam tempoh kurang dari seminggu.

Saya rasa itu bukan satu tugas yang mudah kerana laporan tersebut melebihi 30 muka surat dan mempunyai banyak perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang berbentuk teknikal dan agak sukar diterjemahkan. Saya lihat ada beberapa perkataan yang mereka sengaja tidak terjemahkan dan saya rasa itu adalah langkah terbaik untuk mengelakkan kekeliruan.

Anda boleh mendapatkan laporan yang sudah diterjemah melalui link di bawah


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


6 Comments »

  1. wemer Says:

    Tahniah kepada Ihsan Bahri @ Deen dan Hanisah Bahri…betul kata alang. Bukan calang2 org buleh buat terjemaahan dlm masa singkat tu..Baru nak download.

    wemer’s last blog post..Selling Photo Online

    comment-bottom
  2. Han Says:

    terima kasih kepada penterjemaah laporan tersebut…

    han

    comment-bottom
  3. reezluv Says:

    tak sangka plak ade versi BM..thanks:)

    comment-bottom
  4. saiful Says:

    Satu laporan yang sangat menarik.. semoga setiap orang yang dah baca laporan ini lebih bersemangat untuk mencontohi Alang dalam bisnes internet ini.

    comment-bottom
  5. starline Says:

    saya dah baca dari mula sampai abis.Memang menarik perjalanan anak Malaysia ni.Tahniah.tahniah.tahniah.

    Tak sangka depa sampai camtu,bangga cek :)
    Apa yang dapat saya kuti kerja keras,ikhlas dan tunggu la pulangannya

    comment-bottom
  6. senangaje Says:

    Akhirnya saya jumpa juga apa yg saya cari.. penterjemah.

    senangajes last blog post..Kini Pendapatan di Internet bukan lagi mustahil

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment