Saya menerima 2 email yang meminta saya mengulas tentang perkara ini.
p_zi wrote:
Alang, sebagai pemilik direktori boleh tak explain sikit ttg apa yg terjadi ni..
tadi baru terbaca kat DP
http://forums.digitalpoint.com/showthread.php?t=468082
kot-kot Alang ada nak komen apa2 ker.. atau boleh buat post kat blog jugak..
Ok terima kasih..
skyjuice wrote:
Hi alang.
apa kabar, just nak tahu apa step alang selepas ni lepas banyak paid directory
kena penalised dengan google atau mungkin alang boleh blogging 1 topik pasal
benda ni
yang ingin tahu
faizan
Semenjak perkara ini heboh dibincangkan di forum-forum dan blog-blog, saya sentiasa mengikuti perkembangannya. Tetapi oleh kerana direktori saya tidak terjejas saya tidak memberikan apa-apa pandangan kerana masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
Senarai direktori-direktori yang terjejas ialah seperti dibawah:
Jika diperhatikan daripada senarai tersebut, kebanyakannya boleh dikatakan direktori yang mempunyai ranking yang baik dalam search engine dan memang merupakan direktori yang menjadi pilihan untuk mereka yang ingin mempromosikan laman web melalui direktori. Kebanyakan dari direktori tersebut juga disenaraikan di sini Strongest Directories.
Boleh dikatakan semua direktori di atas melaku promosi secara agresif (terlalu agresif) dengan pembelian banner, text link, signature di forum dan juga direktori. Apakah faktor ini yang menyebabkan google memberikan penalti kerana sebelum ini, banyak laman web yang terlibat dalam promosi yang agresif terutamanya yang mempengaruhi ranking search engine, google akan mengenakan penalti (antaranya ialah blog JohnChow.com selepas beliau menganjurkan Review Karma dengan tujuan untuk mendapat ranking yang baik bagi keyword "make money online")
Untuk mengetahui sama ada direktori tersebut dikenakan penalti atau tidak, cuba lakukan carian di google untuk nama direktori tersebut dan jika ia tidak berada di tempat pertama (atau di muka pertama sekurang-kurangnya), maka dapat dibuat kesimpulan yang ia dikenakan penalti.
Contoh di bawah ialah carian untuk nama direktori saya yang tidak dikenakan penalti
Apabila direktori tersebut tidak disenaraikan untuk nama sendiri, bermakna mereka juga tidak disenaraikan untuk keyword-keyword yang lain yang dulunya mereka mendapat ranking yang baik seperti keyword "web directory". Selain itu, jumlah muka surat yang diindeks oleh google juga menurun malah ada direktori yang langsung tidak diindeks.
Jadi, apakah direktori dihukum kerana terlibat dalam jual beli text link kerana beberapa bulan lepas Matt Cutt (google engineer) telah menyatakan dalam blognya yang google akan memerangi jual beli text link dan menggalakkan semua orang membuat laporan mana-mana laman web yang terlibat dalam perkara ini. Walaupun beliau mengatakan yang direktori tidak termasuk dalam senarai laman web yang menjual text link, tetapi ramai yang beranggapan sebaliknya di mana mereka menganggap tujuan direktori wujud hanyalah untuk menjual text link bagi mempengaruhi kedudukan ranking search engine.
Jika benar direktori dihukum oleh google kerana terlibat dalam jual beli text link, saya rasa Google akan menjadi "public enemy" seperti Microsoft di kalangan webmaster. Selepas pengumuman tentang google memerangi text link, ramai webmaster dan juga pakar-pakar SEO menerima berita tersebut dengan nada yang sinis kerana google sendiri juga terlibat dalam jual beli text link melalui program Adwords / Adsense. Tetapi, kebanyakan webmaster / blogger yang profesional lebih memilih untuk menjual text link sama ada melalui broker seperti Text Link Ads ataupun menjual sendiri kerana text link nampak lebih kemas dan pemilik laman web / blog tersebut boleh menentukan harganya sendiri. Perkara ini sedikit sebanyak memberikan ancaman kepada google terhadap program Adwordnya kerana ramai yang beranggapan program tersebut terlalu banyak kelemahan.
Jadi, apabila pemilik laman web / blogger sudah tidak boleh lagi mempromosikan laman web mereka melalui pembelian text link, maka mereka terpaksa menggunakan Adword (walaupun banyak kelemahan, tetapi masih lagi terbaik berbanding format iklan lain seperti banner) dan ini akan menambahkan lagi monopoli google dalam dunia internet.
Tindakan google untuk memerangi text link juga dilihat tidak kena kerana mereka masih lagi gagal memerangi laman web spam / splog yang menguasai rangking search engine. Kebanyakan laman web spam / splog ini juga menguasai iklan Adword kerana kebanyakannya menggunakan konsep Adsense Arbitrage untuk menarik pelawat memasuki laman web mereka yang hanya penuh dengan iklan adsense (made for adsense site atau MFA). Walaupun google mengumumkan untuk memerangi laman web MFA, tetapi ianya hanya dilihat tidak serius kerana laman web MFA ini adalah pelanggan google sendiri.
Walaupun direktori saya tidak dikenakan penalti oleh Google, tetapi sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan saya melalui direktori kerana jumlah laman web yang dikemukakan berkurang. Ini adalah kerana setiap orang beranggapan yang semua direktori sudah tidak mempunyai nilai lagi walaupun direktori tersebut tidak dikenakan penalti.
Adakah isu ini akan menyebabkan saya keluar dari industri ini? Setakat ini saya mempunyai 7 direktori di mana saya telah melaburkan sekurang-kurangnya RM 30,000 untuk kesemua direktori tersebut. Jadi untuk berundur sekarang sudah tentulah satu kerugian bagi saya. Tambahan pula, walaupun jumlah pendapatan dari direktori berkurang, tetapi ia masih lagi melebihi $1500 USD untuk bulan ini. Apa yang akan saya lakukan sekarang ialah mengurangkan jumlah direktori di mana saya akan menjual beberapa direktori saya. Selain itu, saya juga akan menjadikan direktori ini sebagai salah satu seksyen di dalam laman web yang mempunyai pelbagai lagi maklumat untuk menarik pelawat.
Untuk membaca pendapat / pandangan lain tentang isu ini, anda boleh melawat link di bawah
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
Rasanya Google memerangi jual-beli text links sebab aktiviti macam tu menjejaskan ke-relevan-an result search engine google, bukan sebab anggap jualbeli textlinks ni satu ancaman pada program adwordsnya. Google lebih mementingkan kualiti result yg dipaparkan bila user buat carian di google. Dan kualiti ni google kire daripada link backs (valid link-backs, bukan linkbacks yang dibeli). Macam yang kita tahu, google menganggap link backs sebagai vote. Lebih bnyk linkback, lebih relevan satu2 laman web tu dengan keyword yg di-link tu. Malangnye ramai pakar2 SEO ambik kesempatan ke atas teknik ni utk buat bisnes. bila org mula jualbeli link, jualbeli keyword, makin bnyk la linkback yg tak valid. Dan ni plak menyebabkan result2 kat page google tercemar dengan website2 yg tak relevan yg ada bnyk keyword pointing pada website tu, padahal laman2 web yg lebih relevan tertolak ke page 2 disebabkan aktiviti jualbeli links ni.
AdWords tak boleh dibandingkan dengan jual beli link sebab link2 pada AdWords adalah link javascript yg dah diobfuscate.. dengan kata lain, link2 yg keluar pada iklan adwords tak beri sebarang efek pada search engine ranking dan ia tak dikira sebagai linkback/vote. sebab tu google tak ban ppc lain cam YPN, bidvertiser, etc.
ho..ho..pakcik google semakin menggila semenjak penghujung 2006 hingga skrg ni….mula2 adsense google kenakan smart pricing….duplicate content kena penalti…pastu banned…jual beli text tak boleh…dan skrg ni directory lak kena penalti kat search engine….
2007 memang mencabar……..
kalau betul google mementingkan kualiti, kenapa blog ini http://moneymakerinfo.blogspot.com/ boleh berada #1 utk keyword make money online. Adakah kerana blog tersebut menggunakan blogger? Dan iklan adwords yg keluar utk keyword tersebut adalah iklan berkaitan dgn HYIP dan juga lain-lain program yg meragukan.
Memang link backs dianggap sebagai vote, tetapi konsep tersebut hanya boleh digunakan utk blog ataupun laman web yg tidak berasaskan keuntungan. Ini adalah kerana, utk laman web perniagaan, adakah mana-mana laman web lain memberikan linkback dgn percuma tambahan pula jika laman web tersebut adalah saingannya. Google hanya mengira backlink dari laman web yg berkaitan jadi jika laman web tersebut menjual komputer, tentulah sukar mendapat linkback dari laman web lain yg berkaitan dgn komputer tanpa sebarang bayaran.
Bagi saya, membeli text link itu dianggap sebagai salah satu bentuk promosi dan dimana hanya laman web yg benar-benar serius sahaja yg sanggup melabur utk mendapatkan rangking yg baik.
Walaupun adwords tidak boleh dibandingkan secara langsung dengan text links, tetapi dari pengalaman saya sendiri, ramai yg lebih memilih utk menjual text links berbanding meletakkan google adsense kerana ia nampak lebih profesional. Selain itu, bagi pembeli pula, mereka boleh mengawal kos pengiklanan melalui pembelian text link kerana kosnya adalah tetap, tidak seperti adwords yg bergantung kepada jumlah klik sedangkan jumlah klik tersebut banyak yg fraud dan tidak memberi sebarang manfaat kepada pengiklan.
Tentang search result yg tercemar, saya rasa ia dah cukup tercemar dengan tindakan google menerima laman web yg berkualiti rendah dan mempromosi program yg meragukan sebagai pengiklan adwords mereka.
tu la, semua tu sumber income saya. Rasanya google dengki dgn saya kot
Mula2 saya byk dpt income dari adsense, kena smart pricing, pastu jual text link dah tak boleh dan skrg ni direktori pun tak boleh.
kena lebih berhati2 lepas ini..kepada yg agresif jgn pk anda boleh kuasai internet haha
Saya pun beranggapan sedemikian rupa dgn alang. Cth John Dow.com walaupun satu ketika terjejas teruk maka utk dia mengalah tidak semata. I like your spirit alang.
Perniagaan internet berasaskan jual beli link akan menjadi tidak relevan sedikit masa lagi. fenomena social media dalam internet dapat membuktikan teori ini.
Social media ini dalam bahasa yang kita faham adalah kehendak pengguna internet.
Mungkin gergasi internet akan menawarkan vote/bury feature pada system mereka berikutan semakin giatnya penyelidikan artificial intelligence dijalankan(eg. Powerset dan Sphere). Digg.Com sebagai contoh hanya memaparkan berita/maklumat/video yang dirasakan pengguna sebagai berkualiti.
Perniagaan internet yang berkaitan jual beli link ini sering dikaitkan dengan ‘mashup’, mengambil berita dari sumber primer atau lebih teruk copy paste, mahupun melakukan ‘aggregation’ RSS.
Berkaitan Powerset dan Sphere ini, mereka yang mahu terus hidup dalam perniagaan internet berasakan maklumat dan jual beli link perlu mula mengkaji sistem bijak seperti ini. Sistem ini bukan lagi berasaskan META data sahaja seperti Google dan Yahoo!.
Langkah terakhir untuk mereka yang mahu lakukan perniagaan internet tapi mula susut pendapatan. Bina sebuah aplikasi web yang solid dan berguna, ini adalah masa depan. Mint, http://www.mint.com kini membuktikannya.
Walaupun pendapatan Alang agak berkurang, tapi ianya tetap lebih dari gaji Alang masa makan gaji tu kan? Biasalah tu turun naik, kita tak boleh nak jangka apa @ bila akan berlaku ye tak…
Saya nak tanya sikit, kalau kena hukum dengan Google ni takde pengampunan ke? atau ada tempoh tertentu ?
Promosi melalui sosial media juga turut ada kelemahannya. Pertama sekali, oleh kerana ia percuma maka lebih terbuka utk dispam contohnya macam2 ebook yg org jual mengajar cara-cara utk spam youtube. Selain itu, seolah-olah terdapat satu pakatan tersendiri dalam setiap sosial media di mana hanya laman web tertentu sahaja yg mendapat peluang utk dipromosi melaluinya.
itu la, jgn semua org ingat bisnes online ni senang. Kita harus bersedia dgn sesuatu cabaran yg tak dijangka.
Laman web saya http://www.osx-e.com pernah dihukum tahun lepas dan tempoh hukuman tersebut lebih kurang satu tahun.
Ramai directory owner akan kene efek tu.. Susah gak ye..Nasib baik saya just ada 1 directory..
hmm, sekarang nie pula semakin ramai pemilik direktori popular telah membuat keputusan untuk menjual direktori mereka seperti noble directory & zorg-links … apa pandangan Alang dalam situasi nie? Adakah satu langkah bijak untuk menjual direktori & mulakan satu projek lain? atau, terus bertahan dan mengambil langkah berhati-hati serta tunggu & lihat?
baru aje…tgh selidik2 psl paid derectory nih, tetiba google dah start ban…tp xper…tgk ajelah ape yg akan berlaku seterusnye
langkah utk menjual direktori terpulang kepada individu. Tapi jangan bertindak seperti pemilik zorg-links di mana beliau menjual direktorinya setelah ia dikenakan penalti oleh google dan beliau tidak memaklumkan kepada bakal pembeli tentang perkara tersebut.
Saya sendiri kalau bukan disebabkan perkara ini pun akan menjual beberapa direktori tetapi yg pasti, http://www.szab.net dan http://www.ventedoy.com memang saya tidak akan jual walau apa yg berlaku.
susah juga ye kalau takde preparation..tahap saya ni cuma bergantung pada adsense je, bila naik satu tahap bergantung pada bisnes sendiri..naik satu tahap lagi bergantung pada paid directory dan macam2 lagi..semuanya ada kebergantungan masing2..
ps: tengah menanti rakyat malaysia wujudkan enjin carian yang lebih hebat dari Google..maybe 2057 kot..hehehehe
Mike telah melakukan kesilapan kerana mempromosikan zorg-links dengan cara ‘tersangat agresif’ … adakah penalti yang google kenakan bersifat ’sementara’ atau ’selamanya’? … apa pandangan Alang?
berdasarkan pengalaman saya dulu, ia hanya bersifat sementara tetapi memakan masa 1 tahun.
Alang, Thanks a lot for the post… Moga terus berjaya as full time webmaster..
dia nak pertahankan adwords dia laaa tu. kalo nampak terjejas sikit kena penalti laa. kenapa directory tak buat seardh enjin sendiri aje… itu lebih mudah agaknya dari menumpang google semata-mata?
eh… kat mana lagi nak kena indeks kalo bukan di google? takkan nak mengharapkan google semata-mata…
google dengki agaknya… hahahaa….
google dengki tu… google taknak kalah dengan pesaingnya…
ahahaa… kita tunggu search enjin malaysia. peduli apa dengan adwords google. kan tak pasal2 google marahkan saya pulak… kena ban nanti naya laa saya.. hihiii… jangan jelus laaa google weiiiii……….. maaf banyak2…
wah… begitu sekali hukumannya yang diberikan? takpe laa kena hati2 laa kalo dah begitu peraturannya… kena hambik iktibar dari apa yang berlaku..
kelakar tul dengan google nih… lepas satu-satu hal diserangnya… maklumlah ekonomi tidak memihak kepada google. jangan ingat google akan bertahan lama… nanti tak pasal2 ada saingan yang terlebih dari google pulok lepas nih… manalah kita tahu masa depan akan datang….
alahai google…