Jika anda menyertai beberapa program pengiklanan seperti Adsense atau ValueClickMedia
anda mesti terfikir apakah iklan yang akan memberi pulangan yang maksimum untuk anda. Walaupun kedua-dua iklan di atas boleh dipaparkan bersama, tetapi ia hanya akan menambah jumlah iklan di laman web anda yang mungkin menyebabkan pelawat merasa kurang selesa. Anda boleh menggunakan beberapa program untuk memaparkan iklan tersebut bersilih ganti tetapi iklan yang dipaparkan mungkin bukan iklan yang memberi pulangan yang maksimum untuk anda.
Di seminar TechCrunch40 semalam telah diumumkan satu program yang mendakwa mampu menaikkan pendapatan di laman web anda sebanyak 90% iaitu PubMatic. Walaupun sebelum ini sudah ada program yang serupa iaitu RMX Direct tetapi PubMatic dikatakan lebih baik kerana ia menyokong program-program pengiklanan seperti Yahoo Publisher Network (untuk US dan Canada sahaja), Google Adsense, ValueClickMedia, Komli dan juga BlueLithium (buat masa sekarang, akan ditambah lagi di masa hadapan) sedangkan RMX Direct hanya menyokong program-program pengiklanan yang kurang popular. ![]()
PubMatic merupakan satu server iklan yang akan memaparkan iklan yang membayar harga yang paling mahal untuk laman web anda berdasarkan eCPM (earning per one thousand impression). Jadi, mengikut teori ini, iklan yang dipaparkan di laman web anda adalah iklan yang paling tinggi bayarannya dengan itu anda akan dapat memaksimakan ruang iklan tersebut. Laman web Sportsvite menggunakan PubMatic dan dikatakan jumlah pendapatan mereka telah meningkat sebanyak 90%.
Terpesona dengan dakwaan tersebut, saya pun telah mendaftar di PubMatic dan telah diterima serta merta. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah memasukkan url laman web yang ingin saya gunakan dengan PubMatic dan memilih program iklan. Oleh kerana saya sudah mempunyai akaun Adsense dan ValueClickMedia, maka saya akan mencuba kedua-dua program tersebut dengan PubMatic. Jika anda masih belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Apa yang paling saya suka tentang PubMatic ialah ia mempunyai satu fungsi yang akan memilih kombinasi warna iklan teks yang terbaik untuk dipaparkan di laman web anda. Kombinasi warna ini merupakan kombinasi warna yang memberikan jumlah klik yang tinggi untuk laman web anda. Lagi satu fungsi yang menarik ialah anda boleh melihat statistik tanpa perlu login ke akaun melalui widgets yang dipaparkan di desktop anda (memerlukan program Yahoo Widgets Engine).
Setelah mencuba PubMatic selama dua hari, saya dapati apa yang digembar-gemburkan tidaklah sebaik realitinya. Jumlah pendapatan yang dipaparkan melalui PubMatic jauh lebih tinggi dari jumlah pendapatan yang sebenar diperolehi melalui Adsense dan ValueClickMedia. Saya kurang faham bagaimana mereka boleh mendapatkan angka tersebut dan jika angka tersebut yang menjadi ukuran, memang jumlah pendapatan saya meningkat 90%. Tetapi yang sebenarnya ialah jumlah pendapatan Adsense saya hanya meningkat sebanyak 20% tetapi jumlah pendapatan ValueClickMedia menurun sebanyak 30%. Jumlah CTR untuk adsense juga menurun walaupun saya memilih untuk memaparkan kombinasi warna yang terbaik secara automatik seperti yang disarankan PubMatic.
Selain itu, kadang-kadang tiada iklan dipaparkan langsung di laman web anda dan ruang di mana iklan sepatutnya berada kosong. Perkara ini terjadi mungkin kerana PubMatic masih lagi dalam peringkat Beta dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
Hm, apa2 hal saya nak cuba dulu. Banyak sangat cara untuk dipilih sekarang ni. Pastikan usaha tidak menjadi sia2 sudah la.
macam2 omputih ni..hype dia je mampu menarik orang untuk beli..hehehe..kata orang gebang lebih…
ps: tapi tak semua la..yang banyak tu memang la..apa pendapat alang? banyak sangat produk diorang hingga naik kelabu mata nak pilih..hehehe
tetapi sementara benda tu percuma, tak rugi kalau kita cuba.
yup..betul..thanks alang..ni nak mencuba dah..opss..tak abis ngaji lagi..nak berbuka dah..selamat berbuka alang..
bro affuan pun sama, tapi kalo tak puasa tak boleh makan sama2 tau..dok tepi dulu.. ngehngehngeh
Nampaknya kena cuba …
tapi kadang2 banyak sangat program nie naik pening nak try plak..
Kalau betul naik, walaupun mungkin tak sampai 90%, dah tentu jadi bualan orang & menjadi salah satu tools wajib pula.
Terima kasih Alang dengan info tersebut. Insyaallah…. saya akan cuba letak kat blog BI saya nanti. Kalau ada akaun Adsense saja, tak pa kan? Saya tak ada akaun Value Click Media tu. Jadi, boleh ka mendaftar dengan PubMatic ni?
Betul alang, selagi depa bagi percuma kita sebat jer le..
benda percuma selalunya bagus kan..he2
[...] Saya ada membaca artikal didalam blog webmaster Malaysia iaitu saudara Alang mengenai salah satu cara untuk memaksimun pendapatan dengan program pengiklanan seperti Google Adsense yang menjadi pilihan nombor satu bagi webmaster blog/web.Cara yang saya maksudkan adalah menggunakan sistem yang disediakan oleh PubMatic.Selain sistem pengiklanan Google Adsense,PubMatic juga menyokong sistem pengiklanan Yahoo Publisher Network (untuk US dan Canada sahaja), ValueClickMedia, Komli dan juga BlueLithium.Sistem pengiklanan ini akan ditambah dari masa semasa.Klik pada movie dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem yang disediakan oleh PubMatic atau boleh baca di blog saudara Alang [...]