Tambah jumlah pengunjung di blog anda dengan BlogRush

BlogRush merupakan satu servis yang baru dilancarkan dan sedang hangat diperkatakan oleh blogger-blogger profesional. Apaimage yang menyebabkan BlogRush hangat diperkatakan ialah kerana ia merupakan satu servis yang mudah untuk menambah pengunjung dan jumlah pembaca ke blog anda.

Caranya ialah dengan memasukkan widget BlogRush ke blog anda di mana ia akan memaparkan tajuk-tajuk artikel di blog lain yang berada dalam kategori yang sama dengan blog anda. Anda akan mendapat "syndication credit" untuk setiap kali widget tersebut dipaparkan dan "syndication credit" tersebut akan menentukan kekerapan tajuk artikel blog anda dipaparkan di blog-blog lain.

Contoh widget yang dipaparkan di blog anda adalah seperti gambar di sebelah.

Saya baru sahaja mencuba servis ini di osx-e.com dan saya masih belum boleh mengulas tentang keberkesanannya. Tetapi jika dilihat dari sambutan dan ulasan yang dibuat, kebanyakan blogger yakin dengan servis ini. Tambahan pula widget yang dipaparkan menggunakan javascript dan bukan url yang sebenar jadi ia tidak menyalahi etika google.

Apa yang saya harapkan ialah BlogRush membenarkan widget yang dipaparkan diubahsuai untuk disesuaikan dengan design blog seperti mana widget MyBlogLog.

Satu perkara lagi ialah, buat masa sekarang BlogRush hanya menerima blog di dalam Bahasa Inggeris sahaja. Jadi jika anda mempunyai blog di dalam Bahasa Inggeris dan ingin menambah jumlah pengunjung, daftarlah dengan BlogRush sekarang


    • No Related Post
bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


7 Comments »

  1. kita Says:

    ermmm..rugi a pada saya n pada mereka-mereka yang blog dalam bahasa melayu..bila ler agaknya bahasa melayu akan diterima dalam dunia internet.so sama-sama ler kita memajukan bahasa kita

    comment-bottom
  2. zool Says:

    Saya ada terjumpa juga tentang blogrush ni di blog johnchow..
    masih dalam peringkat review ..

    comment-bottom
  3. azam Says:

    Saya baru sahaja install widget BlogRush di salah satu blog english saya. Masih terlalu awal untuk melihat hasilnya. Macamana pun tak cuba tak tahukann..

    comment-bottom
  4. skyjuice Says:

    @Alang : ada 2 3 blog yang pakai blogrush ni memberikan respond yang negatif mengenai nya dan salah satu nya adalah onemansblog.com PR8

    dan ni serba sedikit quote dari website tersebut

    EDIT: I removed the widget referenced below because after a few people installed it (including me of course) it turns out that the links which were appearing were to sites that did not even have the widget installed.

    Additionally, the links were often extremely low quality since there was no quality control involved other than self-selection into the program. Bottom line: this service will take away more value than it will add. Sorry about the false start… it sounded great to begin with.

    http://onemansblog.com/2007/09/16/blog-rush-brings-your-blog-free-traffic/

    comment-bottom
  5. naem Says:

    menarik info ttg blogrush ni..boleh je mencuba..mana tahu ada untung timbullah sabutnya..kalo rugi tenggelamnya pula tak membuyut kan? hehehe

    comment-bottom
  6. [...] Tambah jumlah pengunjung di blog anda dengan BlogRush [...]

    comment-bottom
  7. bleh cuba blogrush ni..
    tapi saya tak blog bi..
    blog bm ada la..
    bile agaknya blogrush akan terima blog bm yek..

    SyedHafidz’s last blog post..Berhati-hati Dengan Blog Percuma

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment