Sempena Ramadhan yang bermula besok, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam.
Sebagai seorang yang bukan makan gaji, puasa tidak boleh dijadikan alasan untuk kurang bekerja. Malah saya rasa pada bulan puasa ni kena bekerja lebih keras sebab pada musim perayaan perbelanjaan keluarga saya memang agak tinggi. Bukanlah bermaksud saya beraya secara berlebihan tetapi oleh kerana kedua-dua kampung saya (Kedah) dan isteri saya (Kelantan) yang agak jauh dan hanya sesekali pulang ke kampung, jadi biasanya saya dan isteri akan mengeluarkan perbelanjaan untuk persiapan perayaan.
Tetapi apa yang seronoknya, saya tak perlu risau memikirkan untuk memohon cuti dan sebagainya.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
Selamat Berpuasa Alang!
Memang, bulan puasa ni time bekerja sebab banyak masa (tak perlu makan tengahari, prepare makanan) … harap tak ngantuk je lah…
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan selamat balik ke kampung nanti.
Pandulah dengan selamat!
Galadriel.
waaaaa… dia tak payah apply cuti… mestila… orang biz besar2 mana payah nak apply cuti… kita yang masih mengira sehari adsense masuk 50sen ni lah kena mencongak2 berapa hari lagi cuti tinggal…. selamat berpuasa…
Jauh jugak perjalanan nak balik ke kampung tu…. kos minyak dan tentu. Belum lagi masuk kos duit raya lagi… apa-apa pun Selamat berpuasa Alang.
Selamat bersahur… rasa macam baru lagi puasa…dah puasa balik… Tahun ni balik mana Alang? Kedah ke Kelantan? atau dua-dua sekali? Jauh jugak tu, satu pantai timur, satu lagi kat utara…
Memang seronok kerja sendiri sebab cuti bila-bila pun tak kisah..tak perlu tunggu kelulusan bos, tak perlu buat perancangan cuti.Macam saya ni puasa tak lagi tapi kena apply dulu cuti raya..itu pun tak tentu lulus lagi tu… silap-silap kena pilih nak cuti sebelum raya ataupun selepas raya… camni la keje makan gaji…hehehe
selamat bersahur…ops,,dah habis waktu..solat dulu ye.
tahun ni balik kedah dulu, raya ketiga balik kelantan. Saya tiap2 tahun raya di dua2 kampung, cuma gilir2 mana yg dulu.
SELAMAT BERPUASA..
Semoga Ramadhan tahun ini memberikan keberkatan kepada kita ..
Dan semoga kita akan dapat menempuh ibadah dengan jayanya..AMIN
oh ya..sebab saya depan laptop time ni, saya nak ucapkan selamat berbuka puasa ye…
makan jangan gelojoh..mulakan dengan manisan dulu ye..
selamat berpuasa kpd semua….xlama lg nih kang masuk waktu sahur
[...] ketibaan Ramadhan. Yang mana dok mengira berapa hari lagi nak beraya tu, insaf-insaf la..Hohoho..Alang baru nak raikan Ramadhan dia dah over up to date nak beraya. Isikan hati dan diri dulu sebelum terisi yang jasmani. [...]