Saya pernah mendapat gelaran itu dulu pada tahun 2005 ketika pendapatan saya dari adsense mencecah ke US$3000 - US$4000 sebulan. Ketika itu, belum ramai yang mengenali apa itu adsense dan kalau ada pun kebanyakannya agak sukar untuk mendapat pendapatan walau US$100 sebulan.
Dan ketika pendapatan dari adsense saya kini hanya tinggal 30% dari jumlah tersebut (sehingga tidak lagi layak digelar otai) muncul otai-otai baru antaranya saudara Syed Ikhwan, saudara RinggitHit (hmmm, kedua-duanya orang Kelantan, KELATE BOLEH
dan yang terkini saudara Naem.
Saudara Naem merupakan pengunjung setia blog ini dan aktif meninggalkan komen, tetapi daripada komennya saya sangkakan beliau seorang yang baru nak belajar. Sebab tu ada pepatah yang mengatakan "air tenang jangan disangka tiada buaya" begitulah juga dengan rakan kita Naem yang bagi saya memang begitu merendah diri.
Dalam tulisan terbaru di blog beliau memberitahu yang jumlah pendapatan adsense untuk bulan Ogos ialah US$ 2746.56 dan beliau akan berkongsi tips yang beliau gunakan secara percuma jika ada pengunjung meninggalkan komen di artikel tersebut. Oleh kerana saya pun teringin mengetahui tips tersebut dan belajar dengan beliau (tabik SIFU), maka saya bukan sekadar meninggalkan komen malah menulis artikel ini khusus untuk beliau.
Lihatlah jumlah pendapatan sehari Naem daripada adsense.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
tahniah utk naem, hasil usaha yg berterusan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya thn ini muncul seorang lagi sifu adsense selepas aston dan ringgithit. Sy harap sebelum thn ni berakhir akan ramai lagi yg menyusul berkat perkongsian ilmu otai2 di forum.
ishh..saya ni bukan sifu la..takde pun teknik2 yang nak dibanggakan..apa yang saya buat adalah dari apa yang saya berlajar dari lain2 sifu dan senior2 lain
insyaAllah, sama2 la kita semua menggapai paling kurang USD$1000 sebulan selepas ni..
Betul tu naem, nak berjaya ni tak payah pening kepala.. ikut je cara yang digunakan oleh org yang dah berjaya.Irfan Khairi pun ada cakap camtu. Apapun abg tabik la kat naem…. kalau tak bersungguh dah tentu tak jadi ye tak? Boleh buat kelas kat Univ nanti naem…hehehe
[...] seketika.. Oppss..terlupa nak maklumkan, terima kasih kat Alang sebab telah menulis satu artikel khas berkenaan saya ni.. Terharu saya. Tak lupa saya pada saudara suhail, bro affuan, akak galadriel , [...]
Pengajarannya, kena la rajin praktik apa yang dipelajari.
rezeki masing2 la…mmmm sentiasa biasakan diri bersyukur ketika “hujan tgh turun ni”..nanti dah kemarau takde la merana…he he he…
rajin usaha..tu berjaya tu
Makin ramai ya otai2 ads.. apapun semoga semuanya berjaya.
[...] komen yang ke 56, trackback dan artikel khas yang saya sendiri tak jangka pun datangnya dari Alang Szab ( blog webmaster Malaysia ) ..Terima kasih banyak-banyak [...]