Ruangan soalan pembaca

Oleh kerana terlalu ramai pembaca yang menghubungi saya bertanyakan pelbagai soalan saya bercadang untuk mewujudkan ruangan baru di sini iaitu ruangan soalan pembaca. Melalui ruangan ini, saya akan menjawab soalan yang dihantar kepada saya melalui contact di mana bukan saya orang yang bertanyakan soalan yang memperolehi jawapan tetapi setiap pembaca blog ini juga akan mendapat manfaat daripadanya. Harap dengan cara ini, saya tidak perlu menjawab sesuatu soalan berulang kali dan juga dapat memberikan saya idea untuk menulis dengan lebih kerap di sini. Tetapi sebelum itu ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan berkaitan dengan perkara ini

1. Tolong jangan tanya soalan mengenai sesuatu topik yang sudah saya tulis di sini. Sebelum bertanyakan soalan, sila semak dahulu tulisan-tulisan saya yang lepas. Tetapi, anda boleh meminta penjelasan lanjut tentang tulisan-tulisan tersebut

2. Soalan yang hendak ditanya mestilah berkaitan dengan pembangunan laman web dan bagaimana menjana pendapatan melalui laman web. Tetapi jangan tanya saya soalan berkaitan dengan web design, web programming dan sebagainya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan teknikal dalam hal tersebut dan saya sendiri menggunakan khidmat designer dan programmer profesional untuk semua laman web saya

3. Mana-mana soalan yang saya tidak dapat jawab, saya akan maklumkan melalui email dan mana-mana soalan yang akan saya jawab, saya akan maklumkan melalui blog. Mungkin seminggu atau sebulan sekali saya akan menyenaraikan semua soalan-soalan yang ditanya dan memberikan jadual bila saya akan menulis jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

4. Oleh kerana ilmu pengetahuan saya yang agak terhad, saya akan memberikan jawapan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya. Dan mungkin saya akan membuat sedikit research jika saya berkesempatan. Jadi, janganlah nanti ada yang mempertikaikan jawapan yang saya beri itu tidak tepat dan sebagainya.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment