Kenapa saya tidak membalas email anda

Saya tahu tulisan saya kali ini pasti akan mencetuskan kontroversi tetapi saya rasa saya perlu tulis mengenainya. Semenjak blog ini wujud lebih setahun yang lalu, saban hari banyak email yang saya terima melalui contact form. Apakah tujuan saya meletakkan contact form tersebut? Antaranya ialah untuk memudahkan pihak yang ingin meletakkan iklan di blog saya (setakat ini belum ada lagi :( ), memberitahu sebarang masalah tentang blog, memberikan cadangan topik untuk saya tulis dan juga lain-lain cadangan berkaitan dengan blog webmaster Malaysia. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menghubungi saya untuk tujuan-tujuan lain.

Di sini saya senaraikan jenis-jenis email yang saya tidak balas pada masa lepas dan tidak akan balas pada masa hadapan.

1. Email yang mengajak saya berjumpa. Untuk makluman, saya bukannya sombong atau tidak sudi berjumpa dengan anda tetapi kalau boleh, biarlah kenal melalui internet terlebih dahulu. Saya tidak kenal siapa anda jadi apabila dalam email pertama kepada saya sudah mengajak berjumpa, saya wajar untuk berwaspada. Buat pengetahuan, sepanjang 4 tahun saya menjadi webmaster, saya hanya pernah berjumpa saudara kidino. Jadi, jika anda ada perkara yang ingin dibincangkan atau ditanya kepada saya, lakukan melalui email sahaja.

2. Email yang meminta saya mengajar daripada A hingga Z tentang cara bagaimana hendak menjana pendapatan di internet secara percuma. Saya bukanlah kedekut ilmu, jika saya tidak mahu berkongsi ilmu, sudah tentu saya tidak mewujudkan blog ini di mana saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya. Tetapi sudah lumrah manusia agaknya, semuanya nak jalan yang mudah cepat dan percuma. Buat pengetahuan ini bukan lagi zaman sekolah di mana semuanya disuap kepada anda sama ada oleh cikgu atau rakan-rakan yang lebih bijak. Bisnes internet ini adalah alam perniagaan sebenar di mana anda perlu berusaha keras untuk mendapat pulangan. Dan ianya juga sama dengan bisnes sebenar. Saya bagi contoh di sebuah kampung ada seorang makcik yang mempunyai gerai menjual laksa yang paling sedap. Dan memang gerainya mempunyai ramai pelanggan dan makcik tersebut memperolehi pendapatan lumayan. Jadi bila anda melihat perkara tersebut anda pun berfikir untuk membuka gerai laksa tetapi masalahnya anda tidak tahu untuk memasak laksa. Jadi anda pun pergilah bertanyakan kepada makcik tersebut bagaimana hendak membuat laksa kerana anda ingin membuka gerai laksa di kampung yang sama dan akan bersaing dengan makcik tersebut. Anda fikir adakah makcik tersebut akan sudi meluangkan masa mengajar anda secara percuma di mana bila anda pandai nanti anda akan membuka gerai yang sama dan bersaing dengan makcik tersebut lantas menjejas pendapatannya. Saya rasa tidak. Kecualilah makcik tersebut memang ada menjual buku resepi membuat laksa ataupun membuka kelas memasak laksa. Jadi kesimpulannya di sini, untuk memulakan perniagaan internet, anda tidak boleh mengharapkan seseorang mengajar anda secara percuma. Anda yang perlu berusaha sendiri mencari ilmu tersebut. Janganlah hanya kerana anda menganggap seseorang itu sebagai mentor anda, maka dia mestilah berkongsi semua ilmu pengetahuannnya dengan anda secara percuma dan meluangkan masa kerjanya untuk menjawab segala pertanyaan anda.

3. Saya juga menerima banyak bisnes proposal untuk menjadikan saya partner dan sebagainya tetapi semua proposal tersebut hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja, iaitu pihak yang membuat proposal tersebut. Dalam dunia bisnes sebenar, jika anda ingin membuat proposal, jangan langsung sebut tentang keuntungan anda. Apa yang perlu anda tekankah ialah bagaimana proposal tersebut akan lebih menguntungkan pihak yang ingin anda propose. Kalau bisnes proposal anda tidak menguntungkan saya, kenapa saya perlu menerima? Sekali lagi saya tekankan, lupakan zaman sekolah kerana ini adalah bisnes sebenar. Jadi segalanya hendaklah berlandaskan bisnes.

4. Email yang bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dengan kerjaya saya. Saya juga banyak menerima email yang bertanyakan tentang skim-skim pelaburan dan juga MLM. Saya tidak pernah melibatkan diri dalam skim pelaburan dan juga MLM jadi saya tidak dapat memberikan jawapan untuk perkara tersebut.

5. Email yang mengajak saya berkenalan. Saya memang suka berkawan tak kira lelaki ataupun perempuan tetapi jika email tersebut ingin mengajak saya berkenalan untuk tujuan lain memang saya tidak akan layan kerana saya sudah berkeluarga. Lagipun, saya pun tak pasti sama ada penghantar email tersebut betul perempuan ataupun lelaki yang banyak menyamar sebagai perempuan. Selain itu, saya juga banyak mendapat SMS untuk tujuan yang sama.

Jadi, jika anda rasa email anda tergolong dalam antara email-email di atas harap anda faham kenapa saya tidak membalas email anda. Tetapi jika tidak, mungkin saya tidak membalas email anda kerana ia sudah masuk SPAM, saya terlepas pandang, terlalu sibuk dan sebagainya, jadi harap maafkan saya.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


12 Comments »

  1. Galadriel Says:

    Hmm… mesti banyak juga email Alang terima setiap hari, mungkin beratus-ratus sehari ye?

    Oh well, sekurang-kurangnya Alang ramai peng-email setia dan itulah buktinya Blog Alang memang popular dan dibaca ramai.

    Mungkin Alang patut amik pembantu untuk uruskan email ke?

    comment-bottom
  2. alang Says:

    kalau dari blog webmaster malaysia sahaja, tak sampai 20 email sehari, tapi kalau campur dgn web saya yg lain, memang beratus-ratus la jugak. Priority tentulah kepada email dari client dan juga potential client sebab mereka memberikan duit kepada saya. Tapi rasanya belum sampai masanya utk pakai assistant. Kecualilah kalau saya dah ada office sendiri ;)

    comment-bottom
  3. Robotys Says:

    lupakan zaman sekolah kerana ini adalah bisnes sebenar. Jadi segalanya hendaklah berlandaskan bisnes.

    Yup, lupakan zaman tersebut. Dah berlalu jauh dah. Bisnes is bisnes!

    ps: Ramai ke yg email suruh ajar A-Z tuh Alang?? Leceh la ngan melayu yg masih ader mindset subsidi nih.. :(

    comment-bottom
  4. alang Says:

    mungkin kerana kebanyakan yg bertanyakan soalan kepada saya itu masih lagi bersekolah. Jadi mentaliti mereka masih macam kat sekolah la, tak tau sikit tanya kawan, tak tau sikit tanya cikgu. Bukan saya nak melemahkan semangat, tetapi kalau macam ni punya mentaliti, baik habiskan dulu sekolah sebelum nak buat bisnes tak kira la bisnes internet atau bukan. Jadi takde la mereka ni menyusahkan orang lain dgn karenah mereka.

    Saya tak kata semua budak sekolah macam tu, contohnya labanon, masih lagi bersekolah tetapi kerana dia rajin dan kuat berusaha, tak bergantung kepada orang lain, saya rasa pendapatan bulanannya sudah melebihi RM 1000 sebulan.

    comment-bottom
  5. Azahari Says:

    Sejak kebelakangan ni banyak juga saya dapat email kononnya mengajak join menjana pendapatan melalui perniagaan internet. Rata-rata semuanya berkisarkan skim cepat kaya. Ada juga yang mengajak join MLM dengan produk mereka adalah ebook lapuk yang diletakkan sebagai syarat menunjukkan ada produk yang dijual. Yang sedihnya mereka meletakkan sendiri hukum halal haram sesuatu skim untuk memperdaya orang ramai. Sampai bila mereka ni nak berubah.

    Alang buka pengiklanan ikut CPI atau Flat Rate?…saya rasa ramai yang berminat tu :)

    comment-bottom
  6. yang nombor 5 tu saya suka.. hehehe .. ada lagi ‘peminat’ yang dok ngurat2 alang jer.. masih ada saham lagi tu.. :D

    comment-bottom
  7. alang Says:

    yg no 5 tu muncul selepas saya bagitau berapa pendapatan saya dlm artikel di NST dan juga senarai pendapatan Paula Mooney. Jadi saya dah boleh agak la macam orgnya tu. Kalau 10 tahun yg dulu, mungkin saya pertimbangkan tetapi skrg ni I am a happily married man :)

    comment-bottom
  8. alang Says:

    iklan yg saya jual skrg adalah flat rate. Nanti saya buat post baru tanya berapa org yg berminat utk nak beli ruang iklan di sini. Kalau ramai yg berminat, saya akan buang iklan TLA, nuffnang dan advertlet dan saya akan buka ruangan baru utk menempah iklan di sini

    comment-bottom
  9. Farizal Says:

    Ya, saya sudah masak sgt dengan email² yg meminta ajar dari A sampai Z. Tapi, kalau ada masa terluang, saya cuma balas “terima kasih kerana melawat website saya dan sila datang lagi…”. Saya balas kalau email yg diterima x banyak. kalau banyak, kirim salam… :)

    comment-bottom
  10. MYBlog Says:

    kalau da famous mcm tu lah Alang. Ramai yg ingin belajar.

    comment-bottom
  11. [...] kurang seminggu yang lepas, saya ada menulis penjelasan kenapa saya tidak membalas sesetengah email. Tujuan saya memberi penjelasan tersebut adalah supaya mereka yang tidak mendapat balasan email [...]

    comment-bottom
  12. hehehe.. Memang ramai yang nak berkenalan jika banyak duit.. Nasib baik alang ni bukan jenis womanizer.. Harapnya berkekalan begitu..

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment