Archive for August, 2007


Selamat Hari Merdeka dan Video Percuma!

By Zamri Nanyan on August 30, 2007, 10:48 PM | 4 Comments »

Selamat Hari Merdeka!

Di sini, Alang dan Zamri Nanyan ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 50 kepada semua warganegara Malaysia di mana jua and berada.

Semoga apa yang anda lakukan mendapat hasil yang memuaskan.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan satu produk Video Percuma yang dihasilkan oleh saudara Mohd Sufian dan Zamri Nanyan. Video Percuma ini mampu menjawab pelbagai soalan mengenai bagaimana anda boleh mendaftar nama domain sehinggalah kepada pemasangan blog, forum dan sebagainya.

Yang lebih istimewa ialah ianya diberikan percuma - walaupun produk sebegini boleh dijual pada harga melebihi RM50.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton video ilmiah dan penuh informasi ini. Klik ke grafik atau link yang diberikan di bawah.

http://simurl.com/video-percuma

Sekali lagi diucapkan - Selamat Hari Merdeka kepada semua!

Posted in: Berita



Tahukah anda?

By alang on August 26, 2007, 03:54 PM | 31 Comments »

Saya telah dipaksa untuk melayan tag yang dimulakan oleh shuth dimana saya perlu menulis 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri / perniagaan internet / laman web saya.

1. Asal usul nickname alang
Saya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan biasanya di Kedah, anak ketiga akan dipanggil alang ataupun Pak Lang oleh anak saudara. Saya telah menggunakan nickname ini semenjak tahun 1998 ketika saya baru menjinakkan diri di internet dan MiRC dimana saya menggunakan a|aNG sebagai nickname.

2. Domain pertama
Domain pertama saya ialah dotwac.com, iaitu laman web osx-e.com yang asal. Saya menggunakan domain tersebut selama beberapa bulan sebelum mendapat idea untuk menukarnya ke osx-e.com. Sekarang saya pun tak tahu apa nasib domain tersebut.

3. Handphone saya
Memandangkan shuth cerita pasal handphone, saya pun nak cerita pasal handphone saya. Bukan handphone baru, tetapi handphone lama. Handphone ini telah tiga tahun saya guna iaitu Sony Ericsson T630 yang saya beli dengan harga RM800 di Pertama Complex. Sebab kenapa saya tidak tukar handphone baru ialah, handphone ini tidak pernah memberi masalah kepada saya, tidak pernah dibaiki dan tak pernah tukar bateri. Mungkin tunggu iPhone masuk ke pasaran Malaysia baru saya tukar.

4. Projek terbengkalai
Saya mempunyai beberapa projek terbengkalai;
- deskmodr.com iaitu satu lagi desktop customization community dimana sudah tertangguh hampir setahun. Sekarang ini saya menunggu design siap sebelum melancarkannya.
- tworeview.com, merupakan blog yang memberikan ulasan tentang web2.0 website, produk dan servis. Tetapi selepas beberapa artikel, saya tidak ada masa (motivasi) untuk meneruskannya.
- theculturejammer.com, sebuah blog usahama saya dengan blogger dari UK. Blog ini adalah berkisarkan tentang dunia muzik, tetapi apabila blogger tersebut berhenti menulis, saya tidak dapat meneruskannya kerana ida dan konsep blog tersebut bukan datang dari saya.
- macreviews.net ialah blog yang memberikan ulasan tentang produk dan perisian untuk komputer Mac. Ini adalah projek usahama dengan blogger dari US dan saya akan meneruskannya apabila beberapa kerja saya sekarang siap.
- somesoul.com merupakan domain yang saya register untuk personal blog kerana dulu saya bercadang untuk memindahkan blog webmaster malaysia ke situ. Selepas menimbangkan beberapa perkara, saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya di sini dan saya pun tak tahu apa nak dibuat dengan domain tersebut.

5. Hobi
Saya suka membaca. Saya tidak boleh duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika zaman naik bas dulu, saya akan pastikan saya membawa sebuah novel atau majalah untuk dibaca ketika menunggu bas atau di dalam bas. Saya boleh menghabiskan novel setebal 500 muka surat hanya dalam masa satu malam. Penulis kegemaran saya ialah Sidney Sheldon dan John Grisham dimana saya memiliki semua novel tulisan mereka.

Ok sekarang masa untuk saya memilih lima blogger untuk menceritakan lima perkara pembaca blog anda tidak tahu tentang anda.

1. Azahari - pembaca setia blog ini dan paling banyak meninggalkan komen.

2. Zamri Nanyan - penulis undangan di Blog Webmaster Malaysia yang menyumbangkan artikel-artikel yang menarik.

3. Robotys - Seorang lagi penulis undangan di sini walaupun saya masih menantikan artikel pertama beliau :D

4. Noorizam Shah - dulu beliau selalu meninggalkan komen disini tetapi sekarang sudah lama tidak kelihatan.

5. Mohd Ismail - sebagai seorang jejaka tampan yang sukakan publisiti, saya rasa Mail tak ada masalah untuk menceritakan lima rahsia beliau.

Tag source: mohdsuhaimy.com

Posted in: Artikel



Satu lagi bukti

By alang on August 23, 2007, 08:46 AM | 28 Comments »

Saya rasa sudah berpuluh atau beratus kali saya menekankan perkara ini sama ada melalui tulisan saya di sini, melalui wawancara, forum ataupun email yang bertanyakan kepada saya apakah cara terbaik untuk memulakan perniagaan internet. Tetapi mungkin kerana kejayaan saya yang tidak seberapa menyebabkan sesetengah orang masih lagi sangsi untuk mengikut saranan saya tetapi yang peliknya mereka masih lagi bertanya kepada saya bagaimana untuk membina laman web yang berjaya.

Walaupun saya agak sibuk kebelakangan ini (mengubah suai www.osx-e.com) tetapi selepas membaca satu artikel saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua disini. Artikel tersebut berkenaan seorang gadis 17 tahun dari Detroit USA yang ditawarkan $ 1.5M dan sebuah kereta pilihan untuk membeli laman web beliau www.whateverlife.com

Apa yang menariknya ialah gadis tersebut Ashley Qualls telah menolak tawaran tersebut. Dan beliau menjadikan laman webnya sebagai satu perniagaan dimana ibu dan rakan-rakan sebaya beliau menjadi pekerja. Laman web Ashley yang menawarkan layout untuk myspace.com menarik beratus-ratus ribu pengunjung sehari terutamanya di kalangan gadis-gadis remaja yang ingin menukar layout personal page mereka di myspace.com. Kesemua layout tersebut ditawarkan secara percuma di mana Ashley menjana pendapatan daripada pengiklanan yang terdapat di laman webnya. Satu lagi bukti, tanpa produk juga anda boleh menjana pendapatan.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian saya ialah bagaimana beliau bermula.

It all started as a hobby. She began dabbling in Web-site design eight years ago, when she was 9, hogging the family’s Gateway computer in the kitchen all day. When she wasn’t playing games, she was teaching herself the basics of Web design. To which her mother, Linda LaBrecque, responded, “Get off that computer. Now!” For Ashley’s 12th birthday, her mother splurged on an above-ground swimming pool–”just so she’d go outside,” LaBrecque says.

Kini Ashley telah berhenti daripada sekolah untuk menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaannya yang menjana pendapatan lebih dari kebanyakan lulusan PHD dari Harvard.

Posted in: Artikel



Soalan pembaca: Bagaimana cara untuk register domain

By alang on August 17, 2007, 09:56 AM | 12 Comments »

Soalan ini saya terima dari Mohd Khaikal

asmekum alang saya student nk bejinak dalam perbikinan website boleh awk
tunjukannya kepada saya. lagi alang bagaimanakan cara untuk register nama
website kte sendiri seperti khaikal.net atau kaizer.com awk tau boleh tunjukan
kepada saya x, dalam masa yang terdekat nie kwn

Bagi orang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia internet, soalan ini mungkin tidak perlu ditanya. Tetapi oleh kerana sebelum ini kebanyakan panduan yang saya berikan kepada mereka yang telah mempunyai laman web sendiri, panduan kali ini adalah untuk mereka yang baru nak bermula. Dan mungkin sesetengahnya boleh juga digunakan oleh mereka yang sudah berpengalaman.

Untuk menjawab soalan Mohd Khaikal, cara untuk register nama website atau domain memang mudah. Biasanya, setiap laman web yang menyediakan perkhidmatan web hosting akan menyediakan perkhidmatan register domain. Ada yang menyediakan pakej harga yang menarik jika anda register domain dan memilih web hosting dengan mereka. Antara contoh web hosting di Malaysia yang membolehkan anda register domain ialah www.exabytes.com.my, www.sempoihosting.com dan www.mercumaya.net (sekadar menyebut beberapa nama).

Walaupun cara diatas mudah, saya sebenarnya kurang menggalakkannya. Ini adalah kerana domain yang diregister melalui web hosting biasanya berada di bawah kawalan web hosting tersebut. Mungkin ada sesetengah yang memberikan anda akses yang limited terhadap untuk anda mengawal domain anda tetapi ada sesetengah web hosting yang tidak memberikan anda akses langsung. Semuanya perlu dilakukan oleh mereka seperti untuk menukar name server, dns dan sebagainya. Dan domain anda juga didaftarkan atas nama pemilik web hosting tersebut jadi apabila sesiapa melakukan “whois” maka nama pemilik laman web yang akan keluar dan bukannya nama anda. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dengan sebuah web hosting tempatan. Saya tidak pernah menggunakan web hosting yang saya sebutkan di atas jadi saya tak pasti sama ada mereka mempraktikkan perkara yang sama.

Jadi kaedah yang terbaik ialah anda daftar sendiri nama domain anda dengan domain registrar. Contoh domain registrar ialah www.godaddy.com, www.enom.com, www.namecheap.com dan juga www.mynic.net. Anda akan mempunyai kuasa penuh terhadap domain-domain yang didaftarkan disini dan boleh menentukan siapa pemilik domain atau siapa yang perlu dihubungi untuk tujuan-tujuan teknikal. Selain itu, anda juga mudah untuk menukar hak milik domain jika satu hari nanti anda ingin menjual laman web anda ataupun menjual domain tersebut.

Jadi setelah mengetahui di mana anda boleh register anda juga perlu tahu apakah domain yang ingin anda daftarkan. Jika anda sudah mempunyai idea tentang laman web / blog yang ingin anda buat, anda cuma perlu mencari nama domain yang sesuai. Misalnya, anda ingin membuat laman web / blog tentang music sebaik-baiknya domain yang didaftarkan mempunyai perkataan music atau yang seerti dengannya. Di sinilah bergunanya domain suggestion tool di mana anda cuma perlu memasukkan keyword tentang topik laman web anda dan tool tersebut akan memberikan cadangan nama yang berkaitan dengan keyword anda dan masih belum didaftarkan. Terdapat banyak domain suggestion tool tetapi yang selalu saya guna ialah http://domain-sugge...ons.domaintools.com/

Setelah melihat cadangan nama domain yang masih belum didaftarkan, anda perlu melihat sama ada domain yang ingin didaftarkan itu mempunyai extension .com, .net, .org, .biz, atau .info. Walau apapun tujuan laman web anda, saya nasihatkan lebih baik daftar dengan extension .com kerana ia lebih mudah diingat dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kecualilah, jika domain yang ingin anda daftarkan itu adalah nama syarikat, nama anda sendiri atau sesuatu yang ingin anda jadikan sebagai jenama, anda boleh memilih extension lain. Contoh di sini ialah problogger.net, szab.net, bankislam.biz dan sebagainya. Tetapi pilihan pertama masih lagi .com

Saya rasa penerangan di atas lebih dari menjawab soalan asal Mohd Khaikal dan harap ia juga boleh dijadikan panduan bagi yang ingin mendaftarkan nama domain anda.

Posted in: Artikel



Dua tahun bergelar usahawan internet sepenuh masa

By alang on August 14, 2007, 12:55 PM | 63 Comments »

Hari ini genap 2 tahun saya menjadi usahawan internet sepenuh masa. Saya adalah yang pertama mengambil keputusan ini diikuti dengan LiewCf dan Kidino

Apa yang saya capai dalam tempoh 2 tahun ini?

  • 2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 3 laman web, tetapi sekarang sudah ada 15
  • 2 tahun dulu, sumber pendapatan utama ialah dari Google Adsense, tetapi sekarang Adsense merupakan sumber pendapatan yang ke 4
  • 2 tahun dulu, saya menggunakan shared hosting, sekarang saya menggunakan dedicated server. Dalam tempoh itu, saya menggunakan Virtual Private Server (VPS) selama beberapa bulan.
  • 2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 2 sumber pendapatan iaitu Adsense dan Chitika tetapi kini saya mempunyai 10 sumber pendapatan
  • 2 tahun dulu, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai syarikat sendiri tetapi sekarang saya sudah mempunyai syarikat berdaftar SZAB Network Enterprise
  • 2 tahun dulu saya berpendapatan laman web dalam Bahasa Melayu tidak boleh menjana pendapatan tetapi kini blog ini mendapat pendapatan beberapa ratus sebulan.
  • 2 tahun dulu saya hanya mengenali beberapa orang usahawan internet Malaysia dari forum Webmaster Malaysia tetapi sekarang saya mengenali lebih ramai lagi sama ada dari forum WangCyber ataupun daripada pengunjung blog ini.
  • 2 tahun dulu saya menghubungi banyak syarikat akhbar tempatan untuk menyiarkan kisah mengenai laman web saya www.osx-e.com tetapi kini kisah mengenai saya telah dipaparkan New Strait Times, antara akhbar perdana di Malaysia. Saya juga telah menolak pelawaan sebuah majalah tempatan untuk mewawancara saya atas sebab-sebab tertentu.
  • 2 tahun dulu modal bulanan saya kurang dari RM 1,000 sebulan tetapi kini sudah mencecah RM 5,000 sebulan.
  • 2 tahun dulu, saya design dan coding sendiri laman web saya tetapi kini saya menggunakan profesional designer untuk kesemua laman web saya kerana saya sudah tidak ada masa dan lebih menumpukan kepada kerja-kerja pemasaran dan juga mencari pelanggan.

Ada juga beberapa perkara yang saya masih belum capai iaitu mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan, mempunyai satu lagi laman web yang betul-betul berjaya seperti www.osx-e.com dan juga menulis ebook. Selain itu, saya juga dalam perancangan bagaimana untuk berkongsi ilmu saya dengan lebih berkesan kerana ramai yang meminta saya menjadi sifu, mentor dan sebagainya. Mungkin dengan mengadakan kursus ianya boleh dicapai tetapi banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari sebelum saya mempertimbangkan rancangan tersebut.

Adakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya? Alhamdulillah boleh dikatakan saya lebih dari berpuas hati kerana ada sesetengah perkara yang saya capai tidak pernah saya mimpikan dulu. Tetapi ini bukan bererti saya akan berhenti belajar dan berusaha kerana masih banyak lagi yang saya ketinggalan berbanding usahawan internet luar.

Posted in: Artikel