Archive for July, 2007
Blog dalam bahasa Melayu yang saya baca
Tajuk tersebut sudah menerangkan apa yang saya akan tulis. Ya, saya akan menyenaraikan beberapa blog dalam bahasa Melayu yang saya subscribe melalui Google Reader dan saya tidak akan terlepas untuk membaca setiap tulisan yang dibuat. Pasti anda mengingat yang kesemua blog tersebut berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Anda lihat sendiri
Blog Usahawan dan Perniagaan Internet - Blog ini ditulis oleh Mohd Zulfadzli seorang usahawan internet yang terkenal di Malaysia yang hanya dikenali sebagai smartzul. Selain dari bercakap tentang suasana perniagaan internet di Malaysia, smartzul banyak memberikan motivasi dan semangat kepada sesiapa yang ingin atau baru menceburi bidang perniagaan internet.
InfoMalaya Blog - Blog ini dikendalikan oleh beberapa orang blogger dan antara blog dalam bahasa Melayu yang tidak berkaitan dengan perniagaan internet. Malangnya, blog ini seakan masih mencari identiti dan hala tuju kerana saya tak pasti ia blog mengenai teknologi, pembangunan web atau design dan kadang-kadang artikel yang dibuat tidak original. Walau bagaimanapun, saya tetap akan membaca setiap tulisan yang dibuat kerana blog ini mempunyai kelainan dan design yang menarik. Bagi saya, blog ini mempunyai masa depan yang baik jika ia menetapkan konsep tertentu dan diupdate dengan lebih kerap.
Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet - Walaupun nama blog ini Blog Perniagaan Internet, tetapi banyak artikel yang ditulis boleh digunakan untuk perniagaan sebenar atau dalam kehidupan seharian. Apa yang saya suka tentang blog ini ialah ia banyak memberikan tips-tips tentang pengurusan kewangan yang saya rasakan amat berguna untuk semua golongan sama ada anda usahawan internet atau tidak. Blog ini ditulis oleh pemilik forum WangCyber, penulis buku Mas Kahwin yang Hilang dan pemilik Sempoi Hosting. Jadi, Mohd Suhaimy ataupun shuth memang mempunyai kepakaran dalam setiap perkara yang ditulisnya dan banyak memberikan info-info yang berguna kepada saya.
mohdismail.com - Lagi satu blog yang bukan berkisarkan perniagaan internet yang ditulis oleh Mohd Ismail. Saya mula mengenali blog ini melalui forum WangCyber dan selepas membaca satu artikel saya terus subscribe. Apa yang saya suka tentang blog ini ialah gaya penulisan yang cukup bersahaja walaupun kadang-kadang isu yang ditulis adalah serius. Walaupun lebih kepada personal blog, tetapi penulisnya tetap menyentuh isu-isu semasa sama ada berita, hiburan, politik dan lain-lain lagi dalam caranya yang tersendiri. Jadi kepada anda yang tidak ingin memberatkan kepala membaca blog-blog yang serius seperti Blog Webmaster Malaysia, blog ini adalah yang terbaik untuk anda.
Tip Satu Minit - Saya rasa hampir setiap usahawan internet di Malaysia membaca blog ini dan saya juga tidak mahu ketinggalan. Dan penulisnya juga sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Seperti mana tajuknya, blog ini memberikan tips-tips yang ringkas untuk usahawan internet.
Malangnya, hanya itu sahaja blog dalam Bahasa Melayu yang ada dalam senarai saya. Saya tahu ada banyak lagi blog dalam Bahasa Melayu yang mungkin saya tidak pernah tahu, ataupun mungkin saya pernah melawat sebelum ini tetapi tidak memasukkannya dalam senarai. Antara kriteria penting untuk saya membaca sesuatu blog itu adalah tulisan yang dibuat mesti original, iaitu lahir daripada penulis itu sendiri bukanlah diterjemah atau diolah dari artikel yang lain. Selain itu, saya juga tidak suka membaca blog yang menulis perkara yang sama yang ditulis oleh beratus-ratus orang yang lain.
Saya memang suka membaca dan masih banyak ruang untuk saya membaca lebih banyak lagi blog di dalam Bahasa Melayu. Jadi, jika anda salah seorang penulis blog dalam Bahasa Melayu, senaraikan blog anda di sini, saya ingin membaca tulisan anda.

PR 6 dan PR7 backlink; ada cara mudah dan murah untuk mendapatkannya
Sebagai pemilik direktori PR (pagerank) memang penting kerana sukar untuk mendapat submission jika direktori anda tidak mempunyai PR. Jadi oleh sebab itu, saya sentiasa mencari cara baru untuk mendapatkan backlink dari laman web yang mempunyai PR yang tinggi kerana biasanya untuk membeli, harganya agak mahal.
Di sini saya akan kongsikan 2 cara yang memang saya gunakan dan terbukti berkesan.
Memberi sumbangan / donation pada laman web yang mempunyai PR tinggi.
Ada sesetengah laman web bukan komersial atau laman web yang mengeluarkan open source software memang bergantung kepada donation untuk menampung kos penyelenggaraan. Laman web ini biasanya akan menyediakan satu muka surat khas di mana mereka akan menyenaraikan senarai penderma termasuk url ke laman web penderma tersebut jika anda. Oleh kerana biasanya laman sebegini memang mempunyai PR yang tinggi jadi halaman donation tersebut juga biasanya mempunyai PR6 atau PR7. Jumlah donation pula ada yang serendah $5 hinggalah yang paling tinggi $1000 membolehkan laman web anda disenaraikan disitu. Disini saya senaraikan beberapa laman web yang akan menyenaraikan url penderma mereka di muka surat yang mempunyai PR yang tinggi.
http://awstats.so...stats_supporters.php
http://www.openwall.com/donations/
http://openwebmail.org/donation/
http://punbb.org/donations.php
http://forum.snitz.com/donations.asp
http://webdesignbook.net/sponsors/
http://zeo.unic.net.my/donations/
Cara yang kedua pula ialah melalui laman web designer. Ada beberapa laman web designer yang mempunyai PR yang tinggi dan menyediakan muka surat portfolio di mana mereka menyenaraikan semua kerja yang mereka siapkan sebelum ini. Kebiasaannya, designer ini memang berprofil tinggi dan harga yang mereka tetapkan juga tinggi. Jika anda mempunyai budget dan kebetulan ingin mengubahsuai laman web anda, anda boleh menggunakan khidmat designer ini di mana selain daripada mendapat hasil kerja yang benar-benar berkualiti anda juga akan mendapat backlink dari muka surat yang mempunyai PR yang tinggi. Anda tidak semestinya mendapatkan khidmat mereka bentuk seluruh laman web anda, mungkin cuma logo sahaja di mana bayarannya tentu lebih rendah. Anda juga perlu bertanya terlebih dahulu sama ada designer tersebut akan menyenaraikan laman web anda di portfolio beliau jika anda cuma order logo sahaja. Di bawah ini saya senaraikan beberapa laman web portfolio designer yang mempunyai PR yang tinggi.
http://www.studio...ns.com/portfolio.cfm
http://www.miswebde...ompany/case-studies/
http://www.now-desi...design-portfolio.php
http://www.cj-desig...m/portfolio/websites
http://www.cherryon...om/htm/portfolio.htm
http://www.redflyst...ortfolio/web-design/
http://www.352media.com/Clients.aspx
http://www.cabengo....om/html/clients.html
http://www.weblinc.com/Case_Studies/
http://www.gravitat....com/client-list.htm
http://www.perfectb...co.uk/portfolio.html
http://newark1.com/...portfolio/index.html
http://www.headscap...ery/6/portfolio.html
Selamat mencuba.

Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun
Hari ini Blog Webmaster Malaysia genap berusia satu tahun. Dalam tempoh satu tahun ini, saya telah menulis 175 artikel dan menerima 1,715 maklum balas daripada pembaca.
Dalam tempoh ini juga, banyak yang saya telah pelajari mengenai perkembangan perniagaan internet di Malaysia. Saya akan senaraikan di bawah pandangan saya mengenai perniagaan internet di Malaysia
1. Menulis dan menjual ebook merupakan antara perniagaan internet di Malaysia. Boleh dikatakan setiap seorang daripada 3 orang usahawan internet di Malaysia mempunyai ebook yang ditulis sendiri.
2. Tidak ramai yang berjaya mendapat pendapatan yang lumayan daripada adsense. Ini mungkin kerana laman web / blog yang dihasilkan berbahasa Melayu dan mempunyai pengunjung dari Malaysia sahaja.
3. Terlalu mengharapkan tunjuk ajar dan pertolongan untuk melakukan sesuatu. Boleh juga dikatakan kurang inisiatif sendiri.
4. Kurang berminat dengan aspek-aspek teknikal perniagaan internet / pembangunan laman web. Lebih berminat kepada bagaimana memperolehi pendapatan yang lumayan.
5. Topik yang paling popular ialah bagaimana untuk menjana pendapatan di internet. Hampir kebanyakan blog berbahasa Melayu berkaitan dengan ini dan hampir kesemua ebook juga berkaitan dengan perkara ini. Sukar mencari ebook di dalam bahasa Melayu mengenai SEO misalnya.
Apa yang saya senaraikan di atas merupakan pemerhatian saya secara keseluruhan dan tidak melibatkan sesiapa. Tidak semua yang saya senaraikan tersebut berunsur negatif. Setiap seorang mempunyai pendapat sendiri dan saya mengajak anda berbincang secara profesional tentang apa yang saya senaraikan di atas. Anda berhak untuk bersetuju dan tidak bersetuju dan kalau boleh, berikan pandangan anda sendiri



















