Archive for June, 2007
Senarai pendapatan usahawan internet
Melalui blog CJCM saya mendapat tahu seorang blogger Paula Mooney telah melakukan kajian dan menyenaraikan senarai usahawan internet di seluruh dunia dan jumlah pendapatan mereka. Saya fikir, tersenarai di antara 120 usahawan internet di seluruh dunia yang mempunyai pendapatan yang tinggi sudah cukup bagus.
Apabila saya melihat sendiri senarai tersebut, saya seperti nak pitam melihat nama saya berada di kedudukan ke 10, lebih tinggi dari usahawan internet antara bangsa yang lebih popular seperti Steve Pavlina, Darren Rowse, John Chow, Shoemoney dan juga Shawn Hogan.
Mereka menganggarkan pendapatan saya adalah sebanyak US$ 35,000 - US$339,000 setahun. Anggaran itu diperolehi daripada petikan artikel di New Strait Times yang telah dipaparkan bulan lepas. Ini adalah kerana di dalam artikel tersebut saya memberitahu yang pendapatan saya adalah lima angka jadi mereka membuat anggapan yang pendapatan saya adalah di antara RM10,000 ke RM 99,000 sebulan
Terus terang saya cakap, saya menjadi malu pada diri sendiri apabila melihat kedudukan saya di senarai itu kerana saya memang tidak layak berada pada kedudukan tersebut. Saya telahpun menghubungi penulis artikel tersebut untuk meminta beliau mengubah kedudukan saya di senarai tersebut. Secara jujurnya, pendapatan saya adalah US$50,000 - US$70,000 setahun dan saya berada di kedudukan yang ke 35 di bawah Gobala Krishnan.

Hulurkan bantuan, ringankan beban
Tajuk di atas merupakan tema untuk rancangan Bersamamu yang disiarkan di TV3. Tapi ini bukan bermaksud yang saya akan muncul di rancangan Bersamamu ataupun muncul di mana-mana rancangan televisyen. Wajah saya tak cukup komersial untuk menaikkan rating mana-mana rancangan televisyen ataupun melariskan jualan akhbar dan majalah.
Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah tentang seorang rakan yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau tidak pernah meminta saya membuat begini tapi saya rasa sedikit terharu apabila membaca tentang beliau. Walaupun sebelum ini saya tahu yang beliau adalah OKU, tetapi saya sangka karier beliau sebagai usahawan internet, beliau tidak mempunyai masalah kewangan. Tambahan pula, laman web yang beliau hasilkan jauh lebih baik dan berkualiti daripada mereka yang bukan OKU. Beliau yang saya maksudkan di sini ialah rakan kita saudara Badruzamani bin Azmi.
Bagi yang belum mengetahui, saudara Badruzamani telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1995 dan akibat daripada kemalangan itu, beliau telah patah tulang belakang dan lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Di bawah ini merupakan petikan daripada blog beliau
Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.
Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.
Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.
Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.
Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.
Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33,akaun Maybank 30 Mei 2007 sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?
Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…
Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.
Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…
Yang benar,
Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Jadi sama samalah kita bantu rakan kita yang dalam kesusahan. Ingatlah yang beliau tidak pernah meminta semua ini terjadi dan beliau juga telah menggunakan seluruh keupayaan beliau untuk tidak menyusahkan sesiapa. Beliau juga tidak pernah menghubungi saya untuk meminta saya menulis mengenainya di sini. Apa yang harus kita renungkan ialah perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa dan mungkin hari ini giliran saudara Badruzamani memerlukan bantuan mana tahu besok mungkin giliran kita pula

Tips submit laman web ke direktori
Sebagai pemilik 7 direktori, saya banyak menerima submission dari pemilik laman web untuk diterima masuk ke direktori saya. Walaupun saya ingin menyenaraikan kesemua laman web tersebut, tetapi saya terpaksa menolaknya kerana ia tidak memenuhi kriteria tertentu yang dipraktiskan di direktori saya dan hampir kesemua direktori lain.
Disini, saya akan senaraikan beberapa kriteria yang menyebabkan laman web anda tidak diterima oleh direktori.
1. Kebanyakan direktori termasuk semua direktori saya tidak menerima blog yang menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti blogger dan wordpress.com. Ini adalah kerana anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap blog tersebut dan bila-bila masa sahaja blog anda akan dipadam oleh penawar perkhidmatan tersebut.
2. Kebanyakan direktori kini menawarkan deep links iaitu tambahan link ke subpage laman web anda. Walaupun direktori anda mungkin tidak akan ditolak jika anda tidak mengisi ruangan ini, tetapi anda telah kerugian kerana deep links memberi peluang untuk menyenaraikan beberapa subpage laman web anda supaya ia dilawati oleh search engine. Contoh direktori yang mempunyai deep links ini ialah apabila anda melihat terdapat tambahan ruang seperi Title 1, Url 1, Title 2, Url 2 di submission page direktori tersebut.
3. Pastikan laman web anda siap sepenuhnya sebelum submit ke direktori. Saya pernah menerima submission di mana hanya muka depan sahaja siap tetapi halaman lain masih lagi kosong.
4. Semua direktori tidak menerima laman web yang dibuat hanya untuk adsense (MFA sites). Untuk mengenal laman web seperti ini ialah apabila ia menggunakan syndicate content, artikel yang terlalu pendek, terdapat lebih banyak iklan adsense di dalam satu muka surat berbanding artikel dan juga laman web yang kesemua isi kandungannya menggunakan artikel dari laman web lain (no unique content).
5. Selain itu anda juga harus berhati-hati apabila menulis tajuk laman web, url dan juga description. Jangan menggunakan huruf besar kesemuanya untuk tajuk. Sebaik-baiknya, tajuk adalah nama rasmi untuk laman web anda, bukanlah menggunakan keyword tertentu. Terlalu banyak kesilapan ejaan juga akan menyebabkan laman web anda ditolak.
6. Laman web yang menjual produk affiliate juga tidak akan diterima. Contoh laman web ini adalah laman web yang menjual ebook yang hanya mempunyai salesletter dan juga testimonial.
Jika saya menolak mana-mana laman web di direktori saya, saya akan memulangkan sepenuhnya wang yang dibayar oleh pelanggan. Tetapi, terdapat direktori lain yang hanya memulangkan 50% sahaja ataupun tidak memberikan sebarang pulangan langsung apabila laman web anda ditolak.
Sungguhpun begitu, diharapkan artikel ini tidak mematahkan semangat anda untuk submit laman web anda ke direktori kerana menyenaraikan laman web anda di direktori merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan ranking yang baik dalam search engine.



















