Archive for March, 2007
Adakah Anda Seorang Yang Beretika Ketika Berforum?
Adakah Anda Seorang Yang Beretika Ketika Berforum?
oleh Zamri Nanyan
Jika anda menjalankan perniagaan di Internet, anda tidak akan terlepas dengan terma “forum marketing” atau pemasaran di forum.
Terlebih dahulu, saya ingin nyatakan yang forum ialah sebuah komuniti di internet di mana orang ramai dapat berkumpul, berkongsi maklumat, beriklan dan juga menjalankan perniagaan mereka. Jika dilakukan secara betul, forum dapat memberikan kredibiliti yang tinggi kepada anda. Sebaliknya, kredibiliti anda akan jatuh merudum jika tidak dilakukan dengan betul.
Beberapa contoh forum tempatan yang dapat saya senaraikan di sini ialah www.WangCyber.com, www.WebMasterMalaysia.com dan juga www.Melayu.com.
Lawati laman forum di atas dan anda akan berjumpa dengan ribuan pengguna internet yang berinteraksi sesama sendiri.
Namun begitu, masih ramai yang tidak memahami atau mematuhi etika berforum sehingga anda yang secara tidak langsung mengundang masalah kepada diri sendiri dan juga kredibiliti mereka. Jadi di sini, ingin saya senaraikan beberapa etika berforum di internet yang dapat saya kupas daripada pengalaman dan bacaan saya sendiri.
1. Hormati orang lain
Ada sesetengah daripada peserta tidak menghiraukan pendapat orang lain sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta forum lain. Ini terjadi kerana keegoan diri sendiri atau merasakan yang mereka sahaja yang betul dan mempunyai idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Idea atau pendapat orang lain seakan tidak dapat dipakai. Kadang-kadang, ada yang membuat komen yang melampau sehingga menyinggung perasaan orang lain. Jika ditegur, mereka akan cepat melenting dan memberi alasan yang tidak rasional.
Untuk mengatasi masalah ini, saya sarankan yang anda berfikir bagaimanakah anda ingin dilayan jika anda membuat sebarang komen atau paparan di laman forum yang anda sertai. Pastinya anda ingin dihormati dan semestinya anda perlu menghormati orang lain.
2. Berikan maklumat yang berguna
Kelebihan utama forum ialah maklumat yang hendak disampaikan atau dibincangkan adalah pantas. Anda boleh mengutarakan sebarang soalan kepada peserta lain dan kadang-kadang, dalam masa beberapa saat sahaja, sudah ada yang hendak menolong menyelesaikan masalah anda.
Jadi, gunakan kelebihan ini sebaiknya, Jika ingin bertanyakan sebarang soalan, pastikan soalan yang anda tanya itu sudah dijawap sebelum ini dan juga dapat memberikan manfaat kepada peserta forum yang lain. Begitu juga jika anda ingin memberikan pendapat atau jawapan kepada soalan yang diutarakan. Jawab dengan sopan dan pastikan jawapan yang anda berikan tidak lari dari tajuk dan dapat menolong si yang bertanya.
Menyentuh topik ‘lari dari tajuk’, ini merupakan satu contoh di mana perbincangan yang pada asalnya memberikan manfaat kepada orang lain menjadi sesuatu yang kurang atau tidak berguna kepada umum.
Contohnya perbincangan mengenai penyakit kanser bertukar menjadi perlumbaan kereta semata-mata kerana yang menjawap soalan mengenai penyakit kanser tersebut adalah pelumba kereta haram sebelum ini. Walaupun topik lumba kereta haram yang berjela-jela tersebut menarik tetapi ianya tidak sesuai. Pasti ianya memberikan rasa tidak puas hati kepada peserta lain (yang juga merupakan pesakit kanser) yang benar-benar ingin mengetahui maklumat mengenai penyakit kanser.
Jadi, pastikan maklumat yang hendak anda sampaikan berguna kepada orang yang bertanya dan perserta-peserta forum yang lain.
3. Beriklan dengan bijak
Salah satu kelebihan forum yang paling menarik minat orang ramai ialah kebenaran untuk melakukan pengiklanan dengan percuma. Ramai yang menyatakan beriklan di forum adalah amat efektif kerana anda dapat menawarkan perkhidmatan atau produk anda kepada pasaran yang benar-benar mahukannya.
Saya juga bersetuju dengan komen tersebut kerana kejayaan terbesar saya melancarkan ebook Rahsia MLM (www.RahsiaMLM.com) adalah disebabkan pengiklanan dan juga “joint venture” dengan peserta di forum yang saya sertai.
Namun begitu, ada etika beriklan dengan betul. Contohnya, sesebuah forum ada menyediakan ruang khas untuk anda menawarkan perkhidmatan atau produk anda. Jadi gunakan ruang yang berkenaan untuk tujuan pengiklanan dan jangan sekali-kali cuba untuk menggunakan ruangan lain untuk tujuan ini (kecuali di signature file anda).
Walaubagaimanapun, sesetengah forum membenarkan anda meletakkan link ke produk atau produk affiliate anda apabila menjawap sesetengah soalan atau perbincangan. Jadi, pastikan anda baca peraturan berforum dahulu sebelum melakukannya.
Kesimpulannya, tiga kriteria atau etika berforum di atas patut anda aplikasikan sebaik-baiknya. Memang terdapat banyak lagi etika berforum yang tidak dapat saya nyatakan di sini, namun saya harapkan serba sedikit ilmu yang dikongsi bersama di sini dapat digunakan sepenuhnya - untuk kebaikan semua warga internet.
About the Author
============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan yang lumayan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di www.ZamriNanyan.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
============================================================

Satu lagi teknik rahsia bagaimana mendapat ranking yang tinggi di Google dengan percuma
Hari ini saya membeli satu lagi report yang mendedahkan bagaimana untuk mendapatkan ranking yang tinggi di Google dengan percuma. Selepas membaca report ini saya seperti tidak percaya peluang yang selama ini terdapat di depan mata saya tidak gunakan betul-betul.
Kepada yang membeli report saya sebelum ini, ingin saya tekankan bahawa teknik ini langsung tidak sama dengan report yang saya jual sebelum ini malah report ini tidak menggunakan mana-mana social network site seperti digg, youtube dan sebagainya.
Saya menjual report ini dengan harga US$ 5.00 atau RM 15.00 dan anda akan mendapat bonus percuma iaitu satu lagi report tentang bagaimana menjana US$800 hanya dalam masa 3 hari.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan report ini, sila hubungi saya untuk mengetahui cara-cara pembayaran.
p/s - report ini bukan ditulis oleh saya walaupun anda melihat nama dan url blog ini di dalam report tersebut. Ini adalah saranan dari penulis untuk menunjukkan yang saya mempunyai resell right terhadap report ini.

Ulasan Ebook: Malaysia Pal; Alternatif Paypal di Malaysia
Akhirnya, saya telah habis membaca ebook terbaru Malaysia Pal dan ternyata ebook tersebut memang bagus dan banyak pengetahuan yang boleh diperolehi daripadanya.
Di dalam ebook tersebut, diterangkan TIGA kaedah untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda. Mungkin selama ini anda hanya mengetahui satu atau dua kaedah tetapi dengan terdapatnya tiga kaedah, bermakna jika sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap salah satu kaedah, anda masih lagi mempunyai alternatif.
Ebook ini mempunyai 27 muka surat dan selain daripada tiga kaedah pengeluaran paypal, penulisnya juga turut menerangkan cara bagaimana anda dapat memaksimumkan keuntungan anda dengan Malaysia Pal. Selain itu, anda juga berpeluang menjual semula ebook ini dengan harga RM 10.00 atau US$3.00 dan kesemua hasil jualan tersebut diperolehi oleh anda.
Saya tidak meletakkan affiliate link saya di sini selagi pihak Malaysia Pal tidak menukar langkah untuk pengguna mendapatkan ebook selepas membuat bayaran kerana bagi saya, kepuasan pelanggan lebih utama dari keuntungan. Selepas pembeli membuat bayaran, apa yang penting bagi mereka ialah memperolehi barang yang mereka beli secepat mungkin. Mungkin langkah yang lebih wajar bagi pihak Malaysia Pal ialah menggunakan email untuk membuat sesuatu promosi selepas beberapa hari pembeli mendapatkan beliannya. Biasanya ketika ini, pembeli telahpun habis membaca dan mereka dahagakan ilmu baru pula.
Saya bukanlah pakar dalam bidang pemasaran internet tetapi saya memberikan pendapat saya sebagai seorang pembeli.

Malaysiapal edisi kedua dilancarkan?
Jika pembaca semua masih ingat saya ada memberi ulasan yang baik tentang ebook Malaysiapal yang pertama tidak lama dulu. Bagi saya, ia memang banyak memberi penyelesaian kepada masalah untuk pengguna paypal di Malaysia tambahan pula ebook tersebut diberikan secara percuma
Saya memang mengetahui yang saudara Hafiz sedang menyiapkan edisi kedua jadi apabila saya mendapat maklumat daripada sebuah thread di forum WangCyber yang ebook MalaysiaPal edisi kedua sudah dilancarkan, saya pun terus pergi ke laman web tersebut untuk mendapatkannya.
Seperti dijangka, ebook edisi kedua ini tidak percuma lagi di mana harganya adalah US$3 ataupun RM10. Saya pun terus klik pada butang buy now paypal dan terus membuat bayaran tanpa sebarang masalah.
Masalah bermula selepas itu. Dari pengalaman saya sebelum ini, biasanya selepas membuat bayaran, saya akan terus di bawa ke halaman yang membolehkan saya mendownload ebook tersebut. Tetapi, malangnya, saya di bawah ke satu muka surat seperti di bawah yang mengatakan “Purchase Record Not Found”
Walaupun ini adalah kali pertama saya menghadapi masalah seperti ini tetapi berdasarkan pengalaman yang lepas, saya tahu yang saya akan mendapat email yang juga memberikan saya link untuk download ebook tersebut. Dan jangkaan saya tepat apabila memang saya menerima email dari Malaysiapal memberikan url di mana saya boleh mendapatkan ebook tersebut. Saya pun dengan tak sabar klik pada link tersebut dan tahu apa yang saya dapat?
Jika kesilapan pertama saya boleh menerima tetapi saya memang tidak dapat menerima apabila sekali lagi saya gagal untuk mendapatkan ebook yang telah saya BELI. Tetapi harapan saya kembali apabila menerima satu lagi email dari pihak MalaysiaPal
Selepas klik pada link tersebut, saya di bawa ke satu lagi page seperti ini. Saya pun hairan kenapa pihak MalaysiaPal begitu menyusahkan pelangganya untuk mendapatkan ebook yang telah mereka membayar. Kenapa perlu saya memasukkan maklumat diri saya sekali lagi?
Selepas mengisi maklumat, saya fikir akhirnya dapatlah saya mendownload dan membaca ebook tersebut. Tetapi TIDAK!! Saya dipaksa pula membaca satu salesletter yang panjang seperti dibawah
Ini adalah pengalaman terburuk saya membeli satu digital produk. Saya tak kisah banyak langkah yang perlu diambil jika produk tersebut adalah percuma tetapi ini BERBAYAR. Walaupun harganya cukup murah, tetapi perlukah penjual menyusahkan pembeli sebegitu rupa hanya semata-mata itu adalah strategi pemasarannya yang menjual dengan harga yang rendah.
Ebook tersebut akhirnya dapat saya download dan masih belum membacanya. Saya akan membaca dan membuat ulasan yang ikhlas walaupun saya mengalami pengalaman yang buruk.
UPDATE
Saya menerima email dari saudara Hafiz memaklumkan yang beliau telah membetulkan kesilapan sebelum ini. Saya juga menerima maklum balas dari pembeli Malaysia Pal bahawa mereka terus menerima ebook tersebut ke dalam email mereka selepas membuat bayaran. Syabas diucapkan kepada saudara Hafiz kerana membetulkan kesilapan ini secepat mungkin

Cadangan topik dari pembaca
Saya ingin membuka peluang kepada pembaca untuk mencadangkan topik yang perlu saya sentuh disini. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang sesuatu perkara juga boleh dikemukakan dan saya akan cuba menjawabnya dalam bentuk artikel. Semua cadangan topik amat dihargai dan saya akan menyenaraikan mana-mana topik yang terpilih disini.



















