Sumber pendapatan

By alang on February 19, 2007, 07:30 AM

Ramai yang bertanya apakah sumber pendapatan saya selain dari Google Adsense dan ramai yang tidak percaya apabila saya beritahu yang Google Adsense bukan lagi sumber pendapatan saya yang utama. Di sini saya akan senaraikan sumber pendapatan berdasarkan apa yang saya perolehi pada bulan lepas (January 2007).

1. Direktori -30%
2. Text link (Jual sendiri) - 11%
3. Google Adsense - 15%
4. Feedburner - 15%
5. Co-op Ad Network (Sewa adspace) - 5%
6. Direct Link Ads - 3%
7. Chitika - 1%
8. Kontera - 4%
9. Value Click Media - 5%
10. Pheedo
11. Menulis ulasan (review)
12. Sewa ruang iklan (banner)

Satu ketika dulu, memang saya bergantung sepenuhnya kepada Google Adsense, tetapi saya telah mendapat pengajaran yang bernilai ketika terkena kesan “Smart Pricing”. Jadi, apabila anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual dan bergantung sepenuhnya kepada pengiklanan atau program affiliate sebagai sumber pendapatan, amatlah penting bagi anda mempelbagaikan sumber pendapatan tersebut.

Update - Ada pembaca yang meminta saya memberitahu apakah sumber pendapatan saya yang utama. Oleh itu, saya telah meletakkan peratusan sumber pendapatan saya yang utama berdasarkan bulan Januari 2007. Mana yg saya tidak letakkan apa-apa peratusan bermaksud sumbangannya terlalu kecil.

Posted in: Artikel

Tags: , , , , , ,




Comments Feed | Trackback Url

RSS feed | Trackback URI

23 Comments »

Comment by Zack
2007-02-19 10:27:53

saya dah agak, Adsense bukan sumber pendapatan utama Alang…
sebab saya lihat Alang lebih byk buat pendapatan dari web directory spt 10000 Text Links Directory, 50 Pages Website…
dekat web berkenaan lebih mudah mendapatkan pendapatan berbanding Adsense sendiri…

 
Comment by ramzwatcher
2007-02-19 10:35:02

langkah yang bijak :D

kalau kita terlalu bergantung pada 1 cara je, nahaslah bila 1 cara tu ada problem.

thanks alang for sharing ur revenue info.

 
Comment by SmartZul
2007-02-19 21:40:30

Banyak sumber pendapatan amat penting. Tak boleh tumpu pada satu projek sahaja. Baru income datang dari pelbagai arah.. :)

 
Comment by mirul
2007-02-21 12:31:48

Mempelbagaikan sumber pendapatan adalah elemen penting dalam menjana potensi kewangan yang kukuh.

Syabas Alang!

 
2007-02-25 01:48:35

[...] bila dalam tulisan sebelum ini saya menyenaraikan Feedburner sebagai salah satu sumber pendapatan saya, ramai yang tertanya-tanya [...]

Comment by fid
2008-04-21 13:57:55

cmne jana pendapatan melalui feedburner tu ye ??? explain skit..mekasih :)

 
 
Comment by nizam
2007-02-26 18:30:54

terima kasih alang berkongsi punca pendapatan anda di sini. ianya menjadi sbg sumber rujukan saya.

 
Comment by asikin
2007-02-27 20:34:54

Saya setuju.
nak ikan banyak tahan pancing @ lukah banyak2 dipelbagai lubuk ikan atau udang serta ketam.

Ikan, ketam dan udang boleh pupus jua.begitu sumber pendapatan internet ini.

TQ

 
Comment by wizvax
2007-02-28 00:19:46

alang…bleh list kan yg mane meyumbang kan paling banyak $$$

adakah adsense or mayb jual textlink?

 
Comment by alang
2007-02-28 00:46:11

saya telah update post di atas. Sila lihat yg manakah yang mempunyai peratusan yang tinggi terhadap jumlah pendapatan saya

 
Comment by wizvax
2007-02-28 01:01:49

Feedburner 15% same ngan adsense..interesting n chitika 1 %..quite shock. sy ingt chitika can work well dgn alang nye blog mcm laptop review, pda review, etc

Anyway, thanks for sharing alang

 
Comment by alang
2007-02-28 01:09:49

actually saya baru 3 bulan join FAN. Chitika used to work well for me, tapi lately tak berapa. Mungkin sbb most of visitors outsite US and Europe so dia punya klik tak dikira.

 
Comment by wizvax
2007-02-28 01:55:26

sy setuju ngan alang..mmg tu la sbb utama nye.bile la nak except click outside US and Europe balik..hmm

 
Comment by Noorizam Shah
2007-03-01 15:38:11

saya pun guna altenatif seperti alang.. tidak bergantung kepada satu jenis sumber shaja. :)

tapi feedburner tu baru pertama kali saya tahu…

 
Comment by Teh O Beng
2007-03-27 16:05:34

Saya ada soalan nak tanya, kalau untuk adsense, perlukah saya letak nama penuh berserta “bin” sekali contoh “Mohd Saiful Bin Ibrahim”. Kalau nak clearkan check tiada apa apa masalah ker sama ada saya letak “bin” mahupun tidak.

Sila beri penjelasan sedikit atas kekeliruan yang sedang saya alami ini. Terima kasih

 
Comment by muhamd ikhtiaruddin
2007-06-04 20:50:52

alang boleh tak bg tau saye mcm mane nak dapat pendapatan ngan feed burner dan jual link??

Comment by alang
2007-06-05 04:15:19

utk nak dpt income dari feedburner mesti mempunyai jumlah subscriber melebihi 500.

Utk nak jual text link sudah saya ajar dalam post yg lepas. Sila semak kembali.

 
 
2008-04-19 13:56:19

[...] pendapatan ini pernah saya senaraikan di tulisan saya sebelum ini tetapi saya tidak pernah menerangkannya secara terperinci di mana-mana sama ada di [...]

 
2008-04-19 13:58:31

[...] khas salah satu sumber pendapatan saya Sumber pendapatan ini pernah saya senaraikan di tulisan saya sebelum ini tetapi saya tidak pernah menerangkannya secara terperinci di mana-mana sama ada di [...]

 
Comment by ramzy0
2008-05-11 11:51:31

alang, pasal value click media tu, wajib ade company ker since form dia company name required.

Comment by alang
2008-05-12 21:44:51

masa saya register dulu, saya letak je nama apa2 utk bahagian company name tu. Sebab nanti dia hantar cheque, still guna nama kita. Lagipun, boleh pilih utk terima bayaran melalui paypal

 
 
Comment by Muds
2008-05-12 21:23:51

Alang…saya dah sertai anda di jom seminar pd 11/05/08.Banyak info yang saya dapat.Tak rugi keluar sedikit wang.. dapat bincang face 2 face,ilmu yang Alang curahkan memang betul2 menyedarkan saya bertapa untungnya perniagaan internet nie..saya akan praktikkan segala apa yang dah ditunjukkan oleh Alang.

Rugi anda yang tak dapat hadir jomseminar tu…mana nak dapat jumpa dengan 5 mentor sekali gus…

Thanks Alang.

Comment by alang
2008-05-12 21:48:49

Alhamdulillah, saya rasa lega anda dapat mempelajari sesuatu dari seminar tersebut. Jadi, bila nak start? Nanti boleh tunjukkan saya resultnya ataupun kalau perlukan saya beri ulasan tentang blog yg anda buat, sila maklumkan.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.