Archive for February, 2007


Tips membeli text link

By alang on February 27, 2007, 10:42 AM | 10 Comments »

Jika dalam tulisan sebelum ini saya memberikan panduan bagaimana untuk menjual text link atau ruang iklan di laman web anda, kali ini saya akan memberikan pula tips bagaimana untuk membeli text link dari laman web lain.

  1. Langkah pertama yang perlu anda ambil sebelum membeli text link ialah fikirkan apakah tujuan anda membeli text link tersebut, sama ada untuk tujuan SEO (Pagerank) ataupun trafik.
  2. Jika anda membeli untuk SEO, kriteria yang perlu anda lihat ialah berapakah pagerank laman web tersebut, berapakah jumlah backlink dan juga sudah berapa lama laman web tersebut beroperasi.
  3. Jika anda membeli text link hanya untuk tujuan mendapatkan trafik sahaja, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat statistik laman web tersebut sama ada trafik yang diperolehinya konsisten ataupun tidak dan dari mana trafik tersebut datang.
  4. Tentukan sama ada anda ingin membeli melalui broker ataupun membeli sendiri. Bagi saya yang terbaik adalah membeli sendiri dengan menghubungi pemilik laman web ataupun melalui forum kerana anda mempunyai kuasa penuh terhadap apa yang anda beli. Selain itu, harganya juga lebih murah.
  5. Pastikan kandungan laman web tersebut tidak terlalu berbeza dengan laman web anda. Misalnya, jika laman web anda berkenaan makanan, tentulah anda tidak mendapat manfaat apa-apa jika anda membeli text link daripada laman web berkaitan dengan kereta. Ini adalah kerana search engine akan tahu yang anda membeli text link dan orang yang mengunjungi laman web tersebut juga tidak akan klik pada link anda kerana mereka hanya berminat tentang kereta.
  6. Jumlah text link yang sudah /akan dijual di sesuatu page pada laman web tersebut mestilah tidak melebihi 20. Jika lebih dari jumlah itu, anda tidak akan mendapat manfaat apa-apa baik dari segi SEO atau trafik. Anda juga mestilah meletakkan syarat kepada penjual yang jika di masa hadapan jumlah text link yang dijual melebihi 20, anda berhak untuk membatalkan pembelian dan juga mendapat pulangan.
  7. Periksa pagerank laman web tersebut sama ada ianya benar atau palsu dengan menggunakan tools disini
  8. Jika anda membeli text link untuk jangka panjang seperti setahun ataupun permanent, anda perlu memeriksanya dari masa ke semasa supaya memastikan ianya tidak dibuang. Ada sesetengah pemilik laman web yang menjual text link untuk setahun atau permanent tetapi selepas beberapa bulan, mereka membuang text link tersebut.
  9. Jika harga text link yang dijual terlalu murah, anda harus berhati-hati kerana pemilik laman web tersebut pasti akan menjualnya dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan pulangan yang lebih.
  10. Periksa tarikh domain laman web tersebut expired sebelum membeli text link untuk tempoh masa yang panjang ataupun permanent.

Posted in: Artikel



Peluang untuk menjadi penulis jemputan di Blog Webmaster Malaysia

By alang on February 26, 2007, 11:03 AM | 11 Comments »

Saya akan membuka ruangan baru di sini di mana setiap minggu, saya akan menjemput seorang penulis jemputan untuk menulis artikel berkaitan dengan pembangunan web, blog dan juga perniagaan internet. Faedah yang akan anda perolehi dengan menjadi penulis jemputan ini ialah mengasah bakat anda dalam menulis artikel, memberikan pendedahan kepada anda dan juga laman web / blog anda dan juga mempromosikan laman web / blog / perkhidmatan dan produk anda.Â

Untuk melayakkan anda menjadi penulis jemputan, anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu blog yang aktif, mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan di dalam bidang pembangunan web, blogging atau internet bisnes dan juga boleh menulis di dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Jika anda berminat, sila hubungi saya dan berikan maklumat ringkas diri anda beserta url blog anda sekarang.Â

Posted in: Berita



Aplikasi Web: WriteToMyBlog

By alang on February 26, 2007, 10:03 AM | 3 Comments »

WriteToMyBlog


WriteToMyBlog
merupakan satu perisian “word processing” untuk blog. Perisian ini adalah percuma dan ia mempunyai fungsi yang hampir sama dengan perisian “word processing” seperti Microsoft Word, Google Writely dan sebagainya.

Dengan menggunakan WriteToMyBlog anda mempunyai kuasa penuh bagaimana untuk menyusun text dan gambar di dalam artikel anda yang selama ini hanya boleh dilakukan di dalam perisian Word Processing.

Anda tidak perlu mendaftar untuk menggunakannya kerana apa yang anda tulis akan terus dimasukkan ke dalam blog.Â

Jadi, jika anda ingin satu perisian yang lebih lengkap untuk menulis blog, tetapi tidak mahu menginstall perisian baru ke dalam komputer anda
WriteToMyBlog
adalah satu alternatif yang terbaik.

p/s - artikel ini ditulis menggunakan WriteToMyBlog

Tags: , ,

Posted in: Ulasan



Risiko dan bagaimana untuk menanganinya

By alang on February 26, 2007, 12:40 AM | 11 Comments »

Sejak kebelakangan ini (yang terbaru pagi tadi) saya banyak didatangi oleh beberapa orang kenalan / saudara yang mengajak saya memasuki beberapa skim cepat kaya internet yang berselindung disebalik nama pelaburan. Saya tak akan menyebut nama skim itu di sini dan saya juga tak menyebut nama individu yang menghubungi saya.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah beberapa pengajaran yang saya dapat dari perkara tersebut. Pertama sekali saya amat sedih apabila ada individu yang sanggup menggunakan ikatan persaudaraan / persahabatan untuk kepentingan diri. Ini membuatkan saya hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada mereka dan apa yang lebih buruk lagi apabila saya menolak ajakan mereka saya dikatakan seorang yang penakut dan tidak berani ambil risiko.

Saya akui saya memang penakut dan tidak berani mengambil risiko kerana saya mempunyai prinsip sendiri di dalam menangani risiko. Sudah banyak risiko yang saya ambil sebelum ini tapi sebelum melakukan tindakan tersebut, saya akan mengkaji terlebih dahulu sebesar manakah risiko tersebut, apakah peluang untuk saya menghadapinya dan berapa banyakkah kerugian yang saya akan hadapi.

Bagi saya, sesuatu yang mempunyai risiko 100% seperti skim cepat kaya bukan lagi dinamakan risiko, sebaliknya ia adalah satu perjudian. Kerana anda sendiri tidak tahu dan tidak pasti tentang hasil yang diperolehi. Walaupun apa yang saya lakukan sekarang juga mempunyai risiko, tetapi saya 80% yakin tentang apa yang saya akan perolehi, selebihnya adalah kuasa Tuhan.

Bagi sesiapa yang belajar tentang prinsip perniagaan tentu pernah dengar tentang “RISK MANAGEMENT” dan ianya banyak dipraktikkan di syarikat-syarikat. Apa yang saya tahu tentang risk management ini ialah, bagaimana sesebuah risiko itu dikenal pasti oleh syarikat, sebesar manakah risiko itu, bagaimana menanganinya dan sebesar manakah kerugian yang terlibat. Jadi, saya menggunakan prinsip yang sama di dalam hidup saya. Jika anda ingin menjadi seorang yang berani mengambil risiko ataupun Risk Taker, anda tidak boleh lari dari prinsip Risk Management ini kerana jika tidak, anda hanya mengambil risiko secara membabi buta dan lebih kepada prinsip perjudian.

Jika anda berminat untuk belajar tentang Risk Management ini, saya nasihatkan belilah buku-buku tentang perniagaan dan saya percaya ada sebuah buku khusus tentangnya kerana saya pernah membacanya. Saya bukanlah orang yang layak untuk mengajar tentang perkara tersebut kerana saya hanya mengetahui perkara asas sahaja, tetapi apa yang nak saya tekankan disini ialah, gunakan prinsip tersebut di dalam hidup anda dan juga perniagaan internet anda supaya anda tidak berada dalam kerugian.

Posted in: Artikel



Feedburner sebagai sumber pendapatan

By alang on February 25, 2007, 01:48 AM | 10 Comments »

Apa bila dalam tulisan sebelum ini saya menyenaraikan Feedburner sebagai salah satu sumber pendapatan saya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya melakukannya kerana kebanyakan mereka maklum yang Feedburner merupakan satu tools untuk menguruskan dan melihat statistik RSS Feed anda.

Sebenarnya, Feedburner mempunyai program pengiklanan sendiri dikenali sebagai Feedburner Advertising Network (FAN) di mana hanya sesetengah publisher sahaja yang berpeluang untuk menyertainya. Anda boleh membaca disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini kerana apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah bagaimana untuk anda menyertainya.

Pertama sekali, apa yang harus anda lakukan (jika belum) ialah daftar akaun Feedburner dan menggunakan Feedburner untuk menguruskan RSS feed anda. Untuk membolehkan anda diterima masuk ke FAN, anda mesti mempunyai jumlah pembaca RSS (Subscriber) sekurangnya-kurangnya 500 (berdasarkan pengalaman saya) dan blog anda selalu dikemaskini.

Disini, saya akan kongsi beberapa tips tentang bagaimana untuk meningkat jumlah orang yang membaca RSS Feed anda.

  1. Setkan supaya RSS Feed anda menunjukkan keseluruhan artikel, bukan sebahagian sahaja. Walaupun terdapat risiko yang jumlah pelawat laman web anda menurun, tetapi dari pengalaman saya, ini tidak berlaku kerana anda mempunyai pembaca setia melalui RSS Feed anda.
  2. Pastikan pelawat blog anda mudah untuk subscribe ke RSS Feed dengan meletakkan button RSS di bahagian yang mudah dilihat.
  3. Jika blog anda untuk golongan yang kurang mahir dalam bidang komputer / internet, pastikan anda mengajar mereka bagaimana untuk subscribe, iaitu dengan menulis langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapat maklumat terkini dari blog anda.
  4. Suruh pelawat blog anda untuk subscribe dengan meletakkan ayat sepert “Jika anda suka membaca artikel ini sila subscribe” di akhir setiap artikel.
  5. Selain dari RSS Reader, Feedburner juga mempunyai pilihan subscribe melalui email. Pastikan anda aktifkan pilihan tersebut dan letakkan email form untuk subscribe di blog anda.

Posted in: Artikel