Jika selama ini, kita hanya bergantung kepada iklan sahaja untuk menjana pendapatan daripada blog, tetapi kini anda juga akan dibayar hanya dengan menulis artikel di blog anda. Jika selama ini, anda bertungkus lumus mencari idea dan bahan untuk ditulis di blog anda dan kemudiannya, mengharapkan pula pelawat mengklik iklan anda untuk mendapatkan pulangan, tetapi kini tidak lagi.
ReviewMe satu servis baru daripada syarikat yang sama dibelakang Text Link Ads akan membayar anda untuk setiap tulisan di blog anda. Anda hanya perlu mendaftar dan kemukakan blog anda (maksimum 6 blog sahaja) dan sekiranya pengiklan memilih anda untuk menulis review tentang produk mereka, anda akan diberi tempoh 48 jam untuk menyiapkan tulisan tersebut dan memberikan url kepada mereka untuk tujuan penyemakan. Jumlah perkataaan ialah 200 patah perkataan minimum dan harga untuk setiap artikel bergantung kepada beberapa faktor seperti Alexa Ranking, Techorati Ranking dan ReviewMe akan memberikan bintang (1 hingga 5) kepada blog anda berdasarkan faktor-faktor tersebut.
Alhamdulillah, kesemua blog saya telah diterima dan sebagai promosi, ReviewMe telah memperuntukkan sebanyak $25,000 USD untuk membayar blogger untuk menulis review tentang servis mereka tetapi saya percaya hanya blog yang mempunyai 5 bintang ke atas sahaja yang akan diterima.
Seperkara lagi, hanya blog dalam Bahasa Inggeris sahaja yang akan diterima dan saya tidak pasti sama ada blog yang dihostkan di Blogger ataupun Wordpress.com akan diterima atau tidak.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URL
interesting.
tapi, saya pun setuju yang hanya website yang punya pagerank tinggi sahaja akan diberi keutamaan. maknanya web yang otai-otai memang senang ler dapat. bagi website yang baru, tunggu la sket.
Menarik jugak ni… tulis blog pun masuk jugak..best2
Alang tulis blog guna apa??
tulis blog guna apa? Semua blog saya guna wordpress, so saya login jer la kat wordpress admin dan tulis. Harap2 menjawab la soalan tu, sbb saya sendiri krg faham dgn soalan.
Hanya dalam tempoh 24 jam mendaftar saya telah pun mendapat $300 USD, jadi saya rasa ReviewMe bakal menjadi punca pendapatan saya yg utama.
Kepada yg lain2, jgn tunggu lama2, sementara benda ni masih panas, baik kita ambil peluang betul2
latest information!
saya dah check, reviewme.com juga ada accept sesetengah blog yang dihostkan di blogger.
Alang ada banyak blog tentang review² ni..satu kelebihan buat alang..buat review..adsense dapat,reviewme dapat, TLA pun dapat… memang menyelam sambil minum air.. nanti makin kembung la poket alang nanti… Tahniah..
dan paling best, blog bm pun accepted, aku baru je dapat $30..bangga…
saya pon ingat nak try..
[...] I don’t know exactly what Gobala is up to, but it must be going to be quite big, just by looking at his name and his new project….all 100% Malaysian. If you are looking for a Malaysia-boleh guy, Gobala certainly fits this stereotype well…in addition to other top Malaysian internet marketers such as Irfan Khairi, Saiful Hisham, Alang (he is a low profile guy but succesful..I learn a lot from him ), LiewCF, Colbert Low …just ton name a few….and the list goes on and on. [...]
Saya pun ingat nak cuba. Tapi blog baru sangat lagi. Lama la nak tunggu nih..
adakah saya yang baru belajar2 nak membuat blog ni sudah terlambat.. jauh sangat tinggal kat belakang ni, nyesal tak buat awal-awal dulu.
saido,
rilek. masih belum terlambat lagi.
cool, step by step. mesti boleh buat punya.
Smalam aku try register pastu try add 2 blog aku (blogspot). Both accepted. Aku wat review utk ReviewMe kt salah satu blog aku dpt la $20. Okla tu..
best… best…!
4 blog saya yang lain diterima akhirnya.
duit…duit…
saya dan di approve oleh reviewme.com
USD$50
apa khabar? moga sehat dan ceria selalu hendaknya. selamat maju jaya dari saya abdfatah. salam ceria dan salam luarbiasa baguzzzzzzzzzz…
wuhuuu dapat duit jugak tulis blog? memang cantik dan menarik laaa
Blog percuma saya x cukup traffic la.Sedih betul
Alang, saya baru je dibayar ke akaun paypal saya oleh reviewme.com
Pagi tadi saya check email saya.. saya dapat lagi satu mesej dari reviewme.com mengatakan ada sebuah syarikat perlancongan (di usa) berminat dengan blog tersebut.
saya akan dibayar lagi selepas ini.
thanks alang sebab kasik satu lagi jalan buat duit kat internet.
[...] to : daniel, saifulsham, eenx, mohdsuhaimy, alang, ideaunik, rajawang, rajaadsense, naem, [...]