Perisian percuma dari percuma.net

Bagi anda yang masih tercari-cari perisian yang bersesuaian untuk komputer anda, sila lawat percuma.net kerana laman web ini menawarkan Perisian Percuma, Sumber Terbuka dan GNU yang hanya berharga RM8.00 untuk satu CD. Perisian yang ditawarkan memang sangat berguna malah boleh menggantikan perisian-perisian yang lebih mahal harganya seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya. Walaupun perisian-perisian ini boleh dimuat turun dari laman webnya, tetapi tidak semua mempunyai talian internet berkelajuan tinggi oleh itu bagi saya apa yang ditawarkan oleh percuma.net ini adalah sangat-sangat bernilai.

Buat masa ini, percuma.net hanya menawarkan 3 CD untuk dijual iaitu CD Perisian Sumber Terbuka, CD Perisian GNU dan CD Ubuntu Linux. Ketiga-tiga CD yang ditawarkan ini sudah cukup untuk pelbagai kegunaan di dalam sistem komputer kita.

Selain itu, percuma.net juga menawarkan penghantaran percuma melalui Pos Ekspress, jadi dengan hanya RM8.00, anda tidak perlu bersusah payah keluar dari rumah untuk membeli CD, sebaliknya hanya membuat pesanan dan menunggu CD tersebut sampai ke rumah anda dengan selamat.

Bagi saya, apa yang ditawarkan oleh percuma.net ini sangat baik untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia celik IT, kerana tidak semua berkemampuan untuk membeli perisian yang mahal harganya. Selain itu, ia juga dapat memerangi perisian cetak rompak yang berleluasa.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang saya rasa boleh dipertimbangkan oleh percuma.net iaitu membenarkan pelanggan membuat customize CD, iaitu pelanggan boleh memilih perisian mana yang mereka perlukan untuk dimuatkan di dalam CD. Percuma.net juga perlua menyenaraikan lebih banyak perisian-perisian sumber terbuka dan GNU ini supaya pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan.

Saya yakin, dengan usaha keras dan promosi yang berterusan, percuma.net boleh pergi lebih jauh lagi di dalam mempromosikan produk perisian sumber terbuka ini.


bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark
tabs-top  banner ad


25 Comments »

  1. Satu offer yang baik dari webmaster percuma.net

    Carry on the good effort. kadang-kadang tak terpikir, benda sebegini boleh membantu meringankan beban orang, sambil mempromote open source.

    Hmm.

    comment-bottom
  2. aku Says:

    aku sokong model business begini. idea yang alang kemukakan memang wajar dipertimbangkan. sangat bernas!

    comment-bottom
  3. Robotys Says:

    Owh, menarik nih. Mari lawat mereka!
    Idea Alang pon bagus jugak. Cuma sedikit sulit nak buat sistem nya. Tapi, kalau hendak-seribu daya ; Kalau tak nak - banyak alasan.. ;)

    comment-bottom
  4. cikgubiz Says:

    Idea percuma.net memang bagus, menarik dan unik.. bagus

    comment-bottom
  5. ambsmart Says:

    Hmm.. Dari benda percuma pun boleh buat duit. Saya pun malas nak mendownload ni. Dah ada orang tolong doenloadkan, kita tinggal beli je..

    comment-bottom
  6. cjcm Says:

    Macam macam cara boleh buat bisness kat internet…well done percuma.net

    comment-bottom
  7. Azahari Says:

    Terima kasih Saudara Alang atas ulasan produk saya.Saya pun masih baru dalam perniagaan internet.Terima kasih rakan-rakan yang beri semangat pada saya.Saya akan ambil pertimbangan idea dari rakan semua.Terima kasih

    Salam Usahawan! :) Percuma.net & Krew

    comment-bottom
  8. Galadriel Says:

    Percuma.net memang idea yang sangat bagus! Semoga ia menjadi sumber terbaik (B. Melayu) untuk perisian percuma…

    comment-bottom
  9. Iskandar Says:

    hehe ..alang, nampaknya banyakla hits percuma.net dpt.
    site hang ni dah mcm digg plak :)

    comment-bottom
  10. alang Says:

    @Iskandar - harap2 macam tu la, kalau proven blog ni boleh drive traffic, lepas ni boleh la aku offer service paid to blog :p

    comment-bottom
  11. Robotys Says:

    Alang - memang site alang nih leh drive traffic. Ader ke service paid to blog?? cambest jer..;)

    By the way, sebut pasala bender percuma, saya pon ada kasi benda percuma gak: My First ebook. Percuma jer. dalam pakej ebook saya tuh ader software percuma gak: Blog Submitter. Best jugak saya pakai ;)

    comment-bottom
  12. bagus perisian dari percuma.net saya juga ada menggunakan perisian terbuka seperti yang disyorkan. :)

    comment-bottom
  13. suhaimy Says:

    salam,
    saya memang sudah lama menggunakan perisian sumber terbuka

    comment-bottom
  14. zamri Says:

    Hmm… idea bernas… dan memberi idea kepada saya utk mencari idea sebegini…hehehe thanks webmaster percuma.net

    comment-bottom
  15. moso73 Says:

    Hmmm…mungkin saya pula mempunyai pandangan berbeza. Bagi saya, bukan untuk menghalang, tetapi cara ni sebenarnya kurang baik untuk dilakukan. Saya banyak menggunakan perisian tersebut yang saya download sendiri. Lihat pada agreement perisian tersebut. Perisian tu adalah PERCUMA dan dilarang menjualnya dengan apa cara. Jadi, biarpun kita buat bisnes internet, tetapi kena jugak fikirkan etika dalam perniagaan. Biarlah yang percuma tu tetap percuma…

    comment-bottom
  16. aman Says:

    hmmm…aku donlot je yang opensource…anyway nice project…

    comment-bottom
  17. sofia Says:

    Setahu saya software open source la yang boleh jual.Kalau software macam freeware atau demo ke atau commercial macam windows ke memang la tak boleh.
    Cuba tengok ni saya jumpa di
    http://www.opensource.org/licenses/osl-2.1.php

    2) Grant of Patent License. Licensor hereby grants You a world-wide, royalty-free, non-exclusive, perpetual, sublicenseable license, under patent claims owned or controlled by the Licensor that are embodied in the Original Work as furnished by the Licensor, to make, use, sell and offer for sale the Original Work and Derivative Works.

    Banyak company jual open source..International lagi banyak… apa salahnya orang kita pulak nak ceburi?
    sekadar komen..

    comment-bottom
  18. paid to blog. Idea yang bagus dan saya percaya tak ramai Malaysian Blog yang buat lagi.

    Idea nie dah lama kan alang? kita mtk orang yang popular utk review @ utk promotions ;)
    To Percuma.net, well done!

    Oh ya, mungkin jgk alang bleh tgk website ni utk promote ;p http://ppcimages.blogspot.com

    comment-bottom
  19. moso73 Says:

    Sofia,

    Tak semua open source boleh jual…untuk pengetahuan anda, freeware pun banyak dari open source…be careful. Open source software pun tak semestinya dari opensource.org. Banyak sumber lain kat internet tu…yang you tunjuk tu just satu sumber - dari OSL. Bagaimana pula sumber open source lain yang you all jual tu - contohnya dari GNU, Mozilla, Sourceforge, bla, bla, bla (ada beribu kat internet). Boleh jual ke semuanya? Bacalah satu persatu license yang diberikan, bukannya baca satu dari OSL saja dah anggap semua boleh jual…tu ambik kesempatan namanya…

    comment-bottom
  20. moso73 Says:

    Alang,

    Rasanya baiklah saudara alang berhati-hati bila mempromosikan sesebuah laman web. Kenalah baca dan buat research dulu sebelum promote…bukan apa, saya sendiri kadang tension tengok bila ramai mula ambil kesempatan. Contohnya, kekadang ebook yang diwar-warkan hebat tetapi bila download, ingatkan useful, tapi benda biasa plak yang disembangkan…hampeh! Ada plak bagi FREE aje ebook yang ada resell rights…so yang dah beli dan jual semula tak boleh plak sebab ada orang dah bagi free…tak ke sakit hati? Ada plak kata dah buat duit banyak, tapi satu bukti takde. Tapi suruh kita ikut cara dia - yang sebenarnya suruh jual buku dia! Saya bukan apa, kita dalam bisnes internet ni biarlah telus dan jujur.

    Malaysia ni, telah banyak kena banned kat internet ni. Bukan apa, sebab mereka yang tak beretika ni lah…saya sendiri dah lama bergiat dalam internet ni, sejak tahun 1997 lagi. Banyak juga yang saya tahu dan belajar…

    P/S - teringin nak cari dan berjumpa seorang jutawan senyap internet yang dah 2 tahun saya perhati tapi masih tak dapat jumpa atau pun hubungi. Tapi saya percaya beliau masih bermastatutin di Sabah. Berdasarkan rekod, saya percaya beliau sudah mengumpul belasan mungkin puluhan juta ringgit sebab produk beliau salah satunya bertaraf 5 star! Oleh kerana saya sentiasa outstation merata Malaysia dan pernah beberapa kali outstation di tempat beliau, suatu hari nanti saya harap dapat bersemuka…untuk beliau, teruskan usaha…anda jutawan internet Malaysia sebenar…malangnya anda masih senyap!

    comment-bottom
  21. Azahari Says:

    Terima kasih saudara moso73 atas pandangan anda.Sebenarnya saya tidak anggap menjual software itu sendiri sebenarnya tetapi lebih kepada service yang saya berikan contohnya penghantaran,burn cd,cover dan sebagainya.CD yang saya syorkan tersebut memang telah dijual secara luas di internet cuma tidak di Malaysia kerana kurang hebahan.Pada pendapat saya juga,mereka pun menjual CD tersebut bukan dengan harga perisian tersebut tetapi lebih kepada servis yang saya nyatakan tadi.

    Walaubagaimanapun,terima kasih atas pandangan saudara.

    comment-bottom
  22. wow..mantap rupanya perbincangan disini.

    Pada pendapat saya: sesetengah orang susah nak download software yang besar2 terutama yang pakai dial-up. Ya, walau percuma, tapi kalau dah kena download 5-7 jam, baik beli yang ni aja sebab lagi mahal caj bil (rasanyalah).

    Lagipun ada orang yang tak hargai yang percuma tapi bila bayar, barulah nak tgk software tu macam mana :)

    comment-bottom
  23. affuan Says:

    Tol tu. Dah mmg fitrah manusia cenggitu..:P Kalo dapat ebook percuma pon, 2 3 bulan baru abis baca. heh heh

    comment-bottom
  24. akashah Says:

    Yang mustahak biarlah rezeki yang kita cari ada berkatnya. Walaupun orang lain tidak tahu niat kita, Allah maha mengetahuinya. Walaupun OSS, tidak kesemua dibenarkan di jual. Baca dan hubungi owner terlebih dahulu sebagai tanda hormat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Penat lelah orang membuatnya.

    PS- Berapa ramai orang di sini yang menggunakan perisian Adobe Photoshop cetak rompak untuk merekabentuk grafik?

    comment-bottom

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment