Archive for October, 2006


mmmzr.com, unik dan kreatif

By alang on October 31, 2006, 03:56 PM | 9 Comments »

Walaupun konsepnya berasaskan daripada laman web Alex Tew, tetapi ianya lebih menarik kerana pembeli turut mendapat manfaatnya dimana mereka akan mendapat pulangan sekali ganda daripada jumlah harga yang mereka beli. Dan apa yang menarik lagi, tidak ada limit untuk berapakah button yang akan dijual dan saya tidak terperanjat jika dalam sedikit masa lagi, harganya akan mencecah enam angka (pada masa post ini ditulis, harga tertinggi ialah $8192.00)

Pengajaran yang boleh didapati daripada website ini ialah kita hendaklah berfikiran kreatif (think outside the box) dan berani mencuba. Walaupun sudah terdapat banyak laman web yang cuba meniru konsep mmmzr.com ini, tetapi saya percaya seperti milliondollarhomepage.com, yang pertama akan mendapat sambutan yang lebih baik.

Jadikan ini sebagai satu motivasi untuk diri anda (termasuk diri saya sendiri) untuk mencuba sesuatu yang lain dan meletakkan nama Malaysia di antara sejarah internet.

Posted in: Ulasan



Beberapa tips menjual text link

By alang on October 15, 2006, 06:04 AM | 13 Comments »

Ini adalah kesinambungan daripada tulisan saya sebelum ini

Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda
Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda (Bahagian Kedua)

Tips yang diberikan disini adalah khusus untuk menjual text link di forum-forum yang mempunyai marketplace seperti Digital Point Forum, Sitepoint dan Earners Forum berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Jangan sesekali jual permanent link. Walaupun anda dapat menjual text link dengan mudah dan harganya lebih tinggi dengan cara ini tetapi untuk jangka masa panjang, ia akan merugikan anda kerana ruang untuk anda menjual lagi akan menjadi terhad. Jika anda masih ingin menjual permanent link, jangan jual lebih dari 5, dan selebihnya jual secara bulanan/tahunan.

2. Jumlah ideal untuk text link ialah 10 dan jangan jual lebih dari 20 text link kerana ia tidak akan memberikan apa-apa nilai kepada pembeli. Walaupun kita ingin mendapatkan duit dengan apa cara sekali pun dari laman web kita, tetapi kita juga harus memikirkan apakah faedahnya kepada pembeli supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dari urusniaga tersebut.

3. Jika anda mempunyai lebih dari satu laman web, jual secara package untuk lebih menarik perhatian pembeli.

4. Sentiasa fleksibel dalam menentukan harga, kerana anda tidak rugi apa-apa pun jika anda menjualnya dengan harga yang lebih rendah dari apa yang ada tawarkan kerana tiada kos yang terlibat. Sebaliknya, anda akan lebih rugi jika anda langsung tidak dapat menjualnya.

5. Tawarkan beberapa pilihan kepada pembeli seperti harga untuk satu bulan, 3 bulan, 6 bulan ataupun setahun.

6. Jika pembeli yang sama ingin membeli lebih dari satu, tawarkan harga yang lebih rendah dari harga asal tanpa mereka minta. Ini akan membuatkan pembeli tersebut ingin berurusniaga dengan anda lagi di masa hadapan.

7. Berurusan secara profesional, jangan marah jika seseorang tidak jadi membeli dan sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dari bakal pembeli.

8. Sentiasa simpan rekod untuk semua urusniaga anda termasuk pm/email dengan pembeli. Ini akan memudahkan anda membuat rujukan di masa hadapan.

Posted in: Artikel



Perisian percuma dari percuma.net

By alang on October 09, 2006, 07:29 AM | 25 Comments »

Bagi anda yang masih tercari-cari perisian yang bersesuaian untuk komputer anda, sila lawat percuma.net kerana laman web ini menawarkan Perisian Percuma, Sumber Terbuka dan GNU yang hanya berharga RM8.00 untuk satu CD. Perisian yang ditawarkan memang sangat berguna malah boleh menggantikan perisian-perisian yang lebih mahal harganya seperti Microsoft Office, Adobe Photoshop dan sebagainya. Walaupun perisian-perisian ini boleh dimuat turun dari laman webnya, tetapi tidak semua mempunyai talian internet berkelajuan tinggi oleh itu bagi saya apa yang ditawarkan oleh percuma.net ini adalah sangat-sangat bernilai.

Buat masa ini, percuma.net hanya menawarkan 3 CD untuk dijual iaitu CD Perisian Sumber Terbuka, CD Perisian GNU dan CD Ubuntu Linux. Ketiga-tiga CD yang ditawarkan ini sudah cukup untuk pelbagai kegunaan di dalam sistem komputer kita.

Selain itu, percuma.net juga menawarkan penghantaran percuma melalui Pos Ekspress, jadi dengan hanya RM8.00, anda tidak perlu bersusah payah keluar dari rumah untuk membeli CD, sebaliknya hanya membuat pesanan dan menunggu CD tersebut sampai ke rumah anda dengan selamat.

Bagi saya, apa yang ditawarkan oleh percuma.net ini sangat baik untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia celik IT, kerana tidak semua berkemampuan untuk membeli perisian yang mahal harganya. Selain itu, ia juga dapat memerangi perisian cetak rompak yang berleluasa.

Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang saya rasa boleh dipertimbangkan oleh percuma.net iaitu membenarkan pelanggan membuat customize CD, iaitu pelanggan boleh memilih perisian mana yang mereka perlukan untuk dimuatkan di dalam CD. Percuma.net juga perlua menyenaraikan lebih banyak perisian-perisian sumber terbuka dan GNU ini supaya pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan.

Saya yakin, dengan usaha keras dan promosi yang berterusan, percuma.net boleh pergi lebih jauh lagi di dalam mempromosikan produk perisian sumber terbuka ini.

Posted in: Ulasan



Jual/Beli text link melalui Direct Link Ads

By alang on October 03, 2006, 10:52 AM | 20 Comments »

Direct Link Ads merupakan satu program baru untuk menjana pendapatan melalui laman web anda. Melalui program ini, anda boleh menjual text link di laman web anda dan memperolehi 75% daripada jumlah yang dibayar oleh pengiklan.

Bagi saya, konsep program ini merupakan gabungan antara Text Link Ads dan Adbrite kerana link yang dijual melalui Direct Link Ads mempunyai description tetapi tidak seperti Adbrite, url untuk text link tersebut adalah seo friendly. Anda boleh melihat contoh iklan tersebut dibawah dan untuk live version, sila ke laman web saya www.osx-e.com dan perhatikan di ruangan sebelah tepi.direct-link-ads.png

Apa yang menariknya tentang program ini ialah, ia akan mencadangkan harga untuk laman web anda, tetapi anda boleh memilih untuk menggunakan harga yang dicadangkan itu, ataupun menentukan harga anda sendiri.
osx-e.png

Walaupun harganya lebih tinggi daripada Text Link Ads dan Adbrite (melalui perbandingan dengan laman web saya www.osx-e.com) tetapi pengiklan masih berminat untuk membelinya kerana ia mempunyai description dan juga url yang SEO friendly. Selain itu, statistik untuk laman web anda akan dipaparkan di senarai laman web bagi memudahkan pengiklan membuat pilihan

Jadi, bagi saya Direct Link Ads merupakan satu lagi peluang untuk anda menambah pendapatan melalui laman web anda atau untuk mempromosi laman web anda.

Posted in: Ulasan