Archive for July, 2006


Laman web artikel

By alang on July 31, 2006, 02:06 AM | 35 Comments »

Pernahkan anda terfikir untuk mempunyai satu laman web yang penuh dengan artikel tanpa anda sendiri perlu menulis artikel tersebut. Apa yang menariknya ialah, laman web anda akan mempunyai artikel baru setiap hari dan apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada button “approve”.

Seperti yang diketahui, adsense amat menggemari laman web artikel kerana ia penuh dengan keywords. Tetapi, tidak semua orang mempunyai bakat dalam bidang penulisan untuk menulis artikel sendiri. Saya sendiri tidak terkecuali dalam masalah ini kerana saya ingin mempunyai laman web artikel tetapi saya tidak mampu untuk menulisnya sendiri. Saya pernah terfikir untuk membina laman web artikel daripada Adsense Ready Sites tetapi apa yang saya lihat, artikel tersebut bukanlah ditulis oleh mereka sebaliknya diambil daripada laman web artikel yang berbentuk ezine atau direktori artikel. Dari situlah saya terfikir untuk mempunyai direktori artikel saya sendiri maka lahirlah Featured Articles

(more…)

Posted in: Artikel



Jual ruang iklan anda di Madhens

By alang on July 27, 2006, 04:42 AM | 5 Comments »

Pertama sekali, saya minta maaf kerana hampir seminggu tidak menulis apa-apa di blog ini kerana saya terlalu sibuk melakukan complete revamp pada website saya osx-e.com. Saya tergerak hati untuk menulis hari ini kerana begitu tertarik dengan konsep laman web ini iaitu Madhens.

(more…)

Posted in: Ulasan



Temuramah saya bersama Gobala Krishnan

By alang on July 19, 2006, 04:17 PM | 10 Comments »

Pada minggu lepas, saya telah ditemuramah oleh Gobala Krishnan untuk dimuatkan di dalam blog beliau. Di dalam temuramah tersebut, saya telah berkongsi sedikit pengalaman bagaimana saya memulakan internet bisnes, apa yang saya buat dan apa perancangan saya untuk masa hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk membaca atau mendengar, anda boleh mendapatkannya disini

Posted in: Artikel



Panduan Ringkas Adsense Siri 3: Smart Pricing

By alang on July 19, 2006, 04:12 PM | 2 Comments »

Apa itu smart pricing?
Smart pricing adalah satu mekanisma yang digunakan oleh google untuk menentukan nilai bagi setiap website yang menggunakan google adsense. Smart pricing diperkenalkan oleh google dengan tujuan untuk melindungi advertiser dan juga pemilik laman web yang memberikan pulangan yang baik kepada pengiklan. Melalui smart pricing, harga bagi sesuatu keyword tersebut adalah berbeza di antara satu laman web dan laman web yang lain dimana, web yang mempunyai conversion rate yang tinggi, akan dibayar lebih tinggi berbanding dengan web yang mempunyai conversion rate yang rendah.

(more…)

Posted in: Artikel



Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda (Bahagian Kedua)

By alang on July 16, 2006, 04:59 AM | 17 Comments »

Ini adalah lanjutan daripada post saya sebelum ini Panduan mudah bagaimana untuk menjual ruang iklan di laman web anda dimana saya mendapat banyak soalan bagaimana untuk kita hendak menentukan nilai text link atau banner space yang akan kita jual di laman web kita. Di bawah ini saya senaraikan semua tool yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

  1. http://www.linkvendor.com/seo-tools/linkvalue.html
  2. http://www.webconfs.com/link-value.php
  3. http://www.linkworth.com/tools/price-quote.php
  4. http://www.text-link-ads.com/link_calculator.php
  5. http://www.seochat.com/seo-tools/link-price/

Kesemua tools diatas boleh digunakan untuk memberikan anggaran sahaja dan anda juga harus bijak dalam menentukan harga kerana jika terlalu tinggi, tidak ada pelanggan yang beli dan kalau terlalu murah, akan merugikan kita. Cara terbaik ialah, tengok berapa competitor kita jual. Selain itu, kita juga janganlah terlebih jual ruang iklan maksudnya tidak meletakkan terlalu banyak iklan kerana ia akan memberi nilai yang rendah kepada pengiklan.

Untuk nak menarik pembeli lagi, kita perlu lebih fleksibel dalam harga seperti memberi diskaun jika pembeli membeli lebih dari satu, ataupun sediakan harga yang lebih rendah bagi pembayaran 3 bulan, 6 bulan ataupun setahun.

Bagi mereka yang mempunyai banyak laman web dan menjual banyak advertisement secara manual, tentulah memerlukan software untuk nak menyimpan semua maklumat berkenaan pelanggan dan urusniaga. Sebelum ini saya hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja tetapi apabila jumlah urusniaga melebihi 100 pelanggan sebulan, tentulah agak sukar. Oleh itu saya telah membayar seseorang untuk develop satu custom script yang memudahkan lagi tugas saya. Demo script tersebut boleh dilihat disini http://drawmedia.com/linktracker/demo/index.php (username :demo / password :demo) dan bagi sesiapa yang berminat untuk nak membeli script ini, boleh lah menghubungi saya

Posted in: Artikel