Report khas kedua - Jana pendapatan dengan cara Grey Hat

By alang on April 29, 2008, 02:02 PM | 5 Comments »

Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan untuk report saya yang pertama pada minggu lepas, saya mengambil keputusan untuk menulis satu lagi report khas yang mendedahkan salah satu sumber pendapatan saya. Kaedah yang ditunjukkan di dalam report ini mungkin agak kontroversi sedikit sebab itu saya menamakannya sebagai Grey Hat.

Setakat ini saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan kaedah ini walaupun saya sudah tidak lagi menggunakannya.

Report ini ditulis di dalam Bahasa Melayu dan ia sesuai dipraktikkan oleh semua sama ada beginner ataupun yang dah advance dan ianya memerlukan sedikit modal yang akan diperolehi semula dalam masa yang singkat.

Seperti report sebelum ini, harga report ini adalah $ 5 USD atau RM 15.00 dan bayaran adalah melalui Paypal, Maybank atau CIMB. Jika anda membayar melalui paypal, report ini akan dihantar ke email yang anda gunakan untuk akaun PayPal anda. Jika anda mahu saya menghantar ke email lain, sila maklumkan. Jika anda membayar melalui Maybank atau CIMB, anda perlu menghubungi saya dan menyertakan bukti pembayaran selepas bayaran dibuat dan saya akan memberikan url untuk download report tersebut.

Bayaran melalui PayPal ($ 5 USD)

Bayaran melalui Maybank - 512745207715

Bayaran melalui CIMB - 12160054506523

Popularity: 6% [?]

Posted In: Berita
Tags:


30 Kisah Hero Blog Dunia

By vangardx on April 21, 2008, 10:47 AM | 9 Comments »

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, pada hari ini saya ingin berkongsi senarai bahan bacaan yang bagus untuk dibaca di dalam memberi idea baru, inspirasi dan motivasi buat kita semua di dalam arena blogging. Sebenarnya kejayaan itu ada dimana-mana cuma kita sahaja yang tidak berusaha untuk mengecapinya bak kata Gobala Krishnan ketika ditemuramah oleh Majalah IM Edisi Ke-3 - Janganlah kita menjadi seorang pengemis. Read the rest of this entry »

Popularity: 13% [?]

Posted In: Artikel
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,


Urus akaun anda dengan MoneyDance

By alang on April 21, 2008, 10:39 AM | 3 Comments »

Bagi seorang usahawan, amat penting untuk anda menguruskan akaun pendapatan dan perbelanjaan anda dengan baik untuk mengetahui sama ada anda mengalami keuntungan atau kerugian. Selain itu, ianya juga penting untuk mengetahui dari mana sumber pendapatan anda dan ke mana perbelanjaan anda. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi seorang usawahan internet.

Saya mula membuat akaun pendapatan dan perbelanjaan saya semenjak tahun 2005 apabila saya mula menjadi usahawan internet sepenuh masa. Pada mulanya, saya hanya menggunakan Microsofoft Excel sahaja. Tetapi kemudiannya saya mula mencari satu perisian yang lebih sofistikated di mana saya tidak perlu melakukan segalanya secara manual. Akhirnya, saya menggunakan perisian Quicken Home & Business di mana walaupun harganya agak mahal tetapi ia mempunyai segala fungsi yang saya perlukan.

Apabila saya beralih ke Mac OS X, saya mula menghadapi masalah kerana perisian Quicken untuk Mac amat berbeza dengan Quicken untuk windows di mana banyak fungsi-fungsinya tiada. Setelah beberapa minggu mencari dan beberapa puluh perisian dicuba, akhirnya saya berpuas hati dengan perisian MoneyDance. Walaupun fungsi-fungsinya tidak sebanyak Quicken Home & Business, tetapi semua fungsi yang saya perlukan seperti multiple account, split transaction, multiple currency dan income & expense report terdapat pada perisian ini. Antaramuka (interface) perisian ini juga tidaklah secantik Quicken tetapi apa yang penting ialah fungsinya.

Gambar dibawah menunjukkan bahagian homepage perisian ini di mana anda dapat melihat keseluruhan akaun anda, bil-bil yang perlu dibayar, kalendar dan sebagainya. Anda boleh mengubahsuai bahagian homepage ini mengikut kesesuaian anda.

Edit Splits.jpg

Edit Splits.jpg

Fungsi split transaction yang terdapat pada perisian ini membolehkan anda merekodkan transaksi akaun paypal anda. Sebagai contoh seperti gambarajah di atas, apabila saya menerima bayaran melalui akaun paypal, saya cuma perlu memasukkan maklumat bayaran diterima seperti nama pembayar di ruangan description, untuk apa bayaran tersebut di bahagian kategori, dan berapakah jumlah yang dibayar. Kemudiannya dengan menggunakan split transaction, saya boleh memasukkan jumlah PayPal fee yang dikenakan di mana akhirnya saya terus mendapat jumlah bersih pendapatan saya.

Semua transaksi direkodkan mengikut urutan tarikh secara automatik jadi anda tidak perlu melakukannya secara manual. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengubah tarikh tersebut mengikut bilakah sebenarnya tarikh transaksi berlaku.

Selain itu, fungsi multipe account membolehkan anda menguruskan kesemua akaun anda termasuklah PayPal, Maybank, CIMB, kredit kad dan sebagainya. Fungsi multiple currency membolehkan anda memindahkan wang dari akaun PayPal ke akaun bank tempatan mengikut nilai kadar tukaran semasa. Kadar tukaran ini boleh ditukar pada bila-bila masa melalui setting dan juga semasa anda hendak merekodkan transaksi tersebut. Sebagai contoh apabila saya menjual wang di dalam akaun paypal saya dengan kadar tukaran $1 USD = RM2.95, saya cuma perlu memasukkan kadar tukaran tersebut (2.95( dan secara automatik jumlahnya di dalam RM, akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank saya.

Moneydance_ SZAB Network.md.jpg

Terdapat pelbagai report yang boleh dihasilkan melalui perisian ini sama ada carta, graf ataupun report biasa. Anda boleh menghasilkan report mengikut tahun, bulan, tahun semasa, bulan semasa dan sebagainya. Jika kaedah report sedia ada tidak memenuhi keperluan anda, anda boleh menghasilkan report sendiri dan seterusnya menyimpan format report tersebut untuk digunakan di masa hadapan.

Report_ Income.jpg

Perisian ini bukan hanya terdapat dalam platform Mac OS sahaja tetapi terdapat juga untuk platform Windows dan juga Linux. Walaubagaimanapun, perisian ini bukanlah percuma di mana anda perlu membelinya dengan harga $39.99 USD.

Popularity: 9% [?]

Posted In: Artikel · Ulasan
Tags: , , ,


Report khas salah satu sumber pendapatan saya

By alang on April 19, 2008, 01:56 PM | 12 Comments »

Sumber pendapatan ini pernah saya senaraikan di tulisan saya sebelum ini tetapi saya tidak pernah menerangkannya secara terperinci di mana-mana sama ada di blog, forum, email ataupun IM. Boleh dikatakan, tidak ramai yang mengetahui kaedah ini tetapi ianya menjadi salah satu sumber pendapatan tetap saya semenjak 2 tahun lepas.

Walaupun pada mulanya saya ingin berkongsi kaedah ini secara percuma tetapi memandangkan yang tidak ramai yang mengetahuinya saya mengambil keputusan untuk menjual report ini dengan harga $5 USD ataupun RM 15 setiap satu dan jumlah yang akan dijual juga adalah terhad. Apa yang saya dapat nyatakan ialah kaedah ini tidak memerlukan sebarang kos dan hanya memerlukan anda mempunyai laman web (lebih lama dan lebih besar laman web tersebut, lagi bagus, pagerank dan pelawat tidak penting).

Jadi, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membuat bayaran melalui PayPal ataupun Maybank

Bayaran melalui PayPal ($5 USD) - saya akan menghantar report tersebut ke email paypal anda.

Bayaran melalui Maybank - 512745207715 (SZAB Network Enterprise), sila hubungi saya dan sertakan resit pembayaran.

p/s - Terdapat perbincangan serta ulasan tentang report tersebut disini Report khas salah satu sumber pendapatan saya

Popularity: 12% [?]

Posted In: Berita


Kursus online, adakah anda berminat?

By alang on April 19, 2008, 12:09 PM | 6 Comments »

Saya banyak menerima email daripada pembaca yang ingin belajar tentang perniagaan internet dari saya. Walaupun saya telah bersetuju untuk menjadi salah seorang speaker untuk JomSeminar tetapi ramai yang tidak dapat menghadirinya atas beberapa faktor. Jadi saya bercadang untuk mengadakan kursus secara online di mana saya akan membuka sebuah forum khusus untuk peserta kursus ini dan melalui forum ini saya memberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menjana pendapatan daripada internet. Selain itu, para peserta juga boleh bertanyakan soalan di mana saya akan memberi penerangan yang lebih terperinci untuk setiap soalan tersebut.

Jadi di sini, saya tidak perlu menjawab perkara yang sama setiap kali mendapat soalan dan saya juga boleh tahu siapa yang betul-betul berminat. Apa yang ingin saya tahu dari pembaca sekarang ialah adakah anda berminat dengan kursus ini dan berapakah harga yang sanggup anda bayar sama ada secara bulanan atau tahunan. Saya juga akan menghadkan jumlah peserta untuk memastikan setiap peserta mendapat perhatian sepenuhnya.

Popularity: 10% [?]

Posted In: Berita




Close
E-mail It