Adakah website anda satu aset atau liabiliti - Satu analisa
Saya mendapat idea untuk menulis artikel ini dari satu thread di forum WangCyber yang bertajuk Adakah Website Anda Aset Atau Liabiliti
Bagi menjawab persoalan tersebut, saya menganggap semua laman web / blog saya merupakan aset yang tidak ternilai sekali. Kenapa saya menganggap begitu? Kerana jumlah keuntungan yang saya perolehi dari menjual laman web / blog saya sudah menghampiri RM 200,000. Dan modal yang dikeluarkan hanyalah lebih kurang 1% dari jumlah tersebut.
Mungkin pada peringkat awal laman web / blog anda tidak mendatangkan sebarang hasil dan anda perlu menampung kos seperti hosting, pengiklanan dan sebagainya. Tetapi saya tidak menganggap itu sebagai liabiliti sebaliknya ia dianggap sebagai pelaburan. Liabiliti ini adalah sesuatu yang sudah anda tidak boleh usahakan lagi dan perlu dilepaskan begitu sahaja untuk mengelakkan kerugian yang lebih di masa hadapan.
Jadi pada peringkat permulaan, semua laman web / blog saya anggap sebagai pelaburan, mungkin untuk 3 bulan pertama. Jadi saya tak kisah sama ada ianya mendatangkan hasil atau tidak sebab saya target ia untuk jangka masa panjang. Selepas 6 bulan mungkin anda sudah boleh melihat sama ada laman web / blog anda itu sudah menjadi satu aset atau liabiliti. Jika ia sudah mendatangkan hasil walaupun sedikit, sudah boleh dianggap sebagai aset. Sebaliknya jika ia tidak langsung mendatangkan hasil dan tidak mempunyai pelawat itu boleh dianggap sebagai liabiliti. Ada juga laman web / blog yang pada peringkat permulaannya menjadi aset tetapi kemudiannya bertukar menjadi liabiliti.
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan laman web / blog anda bertukar menjadi liabiliti? Apa yang saya lakukan ialah dengan menjual laman web / blog tersebut. Perkara ini pernah saya tulis sebelum ini dengan tajuk Time to say goodbye di mana saya menyatakan bilakah waktunya anda perlu melepaskan atau menjual laman web / blog anda. Tempoh 6 bulan pertama adalah penting kerana ia menentukan sama ada laman web / blog anda akan menjadi aset atau liabiliti.
Bagaimana untuk menjual laman web / blog dan berapakah harganya?
Sebelum ini saya sudah menulis artikel yang bertajuk Panduan Menjual Laman Web dan di sini saya akan tuliskan beberapa tambahan untuk artikel tersebut. Saya pasti setiap penjual ingin menjual dengan harga yang paling tinggi dan setiap pembeli ingin membeli dengan harga yang paling rendah. Kaedah biasa yang diambil kira dalam menentukan harga sesuatu laman web / blog ialah dengan mengambil kira berapa pendapatan laman web / blog tersebut sebulan dan menggandakannya dengan sepuluh jadi untuk laman web / blog yang mempunyai pendapatan $100 sebulan, harganya adalah $1000.
Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menentukan harga laman web / blog. Ada yang dapat dijual sehingga 24 kali pendapatan dan ada yang dapat dijual dengan harga hanya 6 kali pendapatan. Faktor-faktor tersebut adalah
- Populariti topik laman web / blog tersebut - Untuk laman web / blog yang menyentuh topik yang popular akan lebih mudah mendapat pembeli kerana ramai yang mempunyai pengetahuan di dalam topik tersebut dan kebiasaannya topik yang popular ini tidak susah untuk mendapat pelawat. Untuk laman web / blog yang mempunyai fokus topik yang terlalu kecil, anda mungkin sukar untuk mendapat pembeli kerana tidak semua orang mempunyai pengetahuan dalam topik tersebut dan bakal pembeli terpaksa mengambil masa untuk mendalami dan mempelajari topik itu. Jadi tempoh peralihan itu mengambil sedikit masa di mana ia sudah tentu akan menjejaskan laman web / blog tersebut semasa di dalam tempoh peralihan itu.
- Kos bulanan - Ada laman web / blog yang mempunyai jumlah pelawat dan pendapatan yang tinggi tetapi turut mempunyai kos yang tinggi mungkin kerana pemilik laman web / blog itu membeli iklan untuk mendapatkan pelawat atau mungkin juga laman web / blog tersebut menawarkan file-file untuk dimuat turun. Jadi walaupun hasil pendapatan yang diperolehi tinggi, selepas ditolak kos, pendapatan bersihnya tinggal sedikit. Pendapatan bersih inilah yang sebenarnya menentukan harga laman web / blog bukannya pendapatan kasar
- Masa yang diambil untuk mengemaskini - Perkara ini juga berkait dengan topik laman web / blog. Ada sesetengah topik tidak memerlukan masa yang lama untuk menulis artikel tentangnya tetapi ada sesetengah topik mengambil masa yang agak panjang. Bakal pembeli sebenarnya inginkan laman web / blog yang paling mudah dikemas kini tanpa memerlukan waktu yang lama jadi tempoh masa untuk mengemaskini laman web / blog memang menjadi salah satu faktor yang penting di dalam menentukan harga jualan.
- Dari mana pelawat datang - Perkara ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kos bulanan. Jika kebanyakan pelawat anda datang dari pengiklanan yang anda lakukan ia akan mempengaruhi harga kerana bakal pembeli tahu jika pengiklanan dihentikan, pelawat pun berkurang. Bakal pembeli juga tidak suka jika kebanyakan pelawat datang dari rangkaian laman web / blog anda yang lain kerana mereka tahu jika laman web / blog itu sudah bertukar milik, pasti anda akan membuang link atau banner ke laman web / blog tersebut.
- Dari negara mana pelawat datang - Kebanyakan program pengiklanan memang banyak menumpukan kepada pelawat-pelawat dari US, Canada dan Europe dan juga negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea dan Singapura. Ini adalah kerana pelawat-pelawat dari negara ini mempunyai kuasa beli yang tinggi. Jadi jika kebanyakan pelawat anda datang dari negara-negara ini memang ia akan meningkatkan nilai laman web / blog anda
- Sumber Pendapatan - Mungkin ada yang berpendapat, lagi banyak sumber pendapatan sesuatu laman web / blog lagi bagus. Tetapi bagi bakal pembeli tidak. Ini adalah proses pemindahan akaun-akaun program pengiklanan ini adalah sesuatu yang leceh dan mengambil masa yang agak panjang. Selain itu, mungkin juga ada di antara sumber pendapatan anda itu tidak sesuai untuk bakal pembeli. Jadi lagi kurang sumber pendapatan anda lagi bagus untuk pembeli.
- Usia Laman Web - Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tempoh masa yang saya ambil untuk menentukan sama ada untuk meneruskan atau menjual laman web / blog adalah 6 bulan. Selain itu semua laman web / blog saya yang telah saya jual sebelum ini berusia lebih dari satu tahun. Ini adalah kerana jika laman web / blog itu baru berusia 3 bulan dan anda sudah ingin menjualnya pasti pembeli merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Makin lama usia sesuatu laman web / blog makin tinggi harganya kerana search engine seperti google lebih percayakan laman web / blog yang lama berbanding yang baru.
Selain faktor-faktor di atas, terdapat juga beberapa faktor sampingan yang menentukan sama ada laman web / blog anda boleh dijual atau tidak. Untuk blog yang berbentuk personal yang menggunakan nama anda sebagai domain seperti www.johnchow.com, www.shoemoney.com atau www.liewcf.com pasti sukar dijual kerana blog-blog tersebut berkait rapat dengan pemiliknya. Walaupun blog-blog itu mempunyai pelawat yang banyak dan pendapatan yang tinggi tetapi disebabkan oleh personal brand untuk blog tersebut, sukar bagi pembeli untuk mendapatkan pelawat yang mungkin tertarik dengan personaliti atau cara penulisan pemilik asal blog tersebut.
Website Flipping
Terdapat juga individu yang membina laman web / blog khusus untuk dijual semula. Apa yang mereka lakukan ialah pada peringkat permulaan melakukan pelaburan untuk laman web / blog tersebut dengan melakukan promosi dan sebagainya untuk menjadikan laman web / blog itu sebagai satu aset. Selepas laman web / blog tersebut mendapat pelawat dan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat, mereka terus menjualnya. Ada sesetengah individu yang tidak mahu terlibat dalam peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka menganggapnya sebagai satu proses yang leceh. Ada juga individu termasuk saya yang sukakan peringkat awal pembikinan laman web / blog kerana mereka mungkin mempunyai banyak idea dan juga tahu teknik yang betul untuk menjayakan laman web / blog dalam waktu yang singkat.
Jika anda ingin betul-betul mempelajari kaedah “Website Flipping” ini saudara Syed Ikhwan baru sahaja mengeluarkan laporan khas yang bertajuk “Rahsia Website Flipping” di mana di dalam laporan tersebut beliau berkongsikan kaedah-kaedah bagaimana untuk menjayakan laman web / blog dalam masa yang singkat, meninggikan nilainya dan seterusnya menjual laman web / blog tersebut dengan harga yang tinggi.
Laporan khas ini hanya akan dijual sebanyak 57 sahaja dan anda boleh mendapatkannya di http://jombincang.com/flip/
Kebaikan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Tajuk kali ni lain sikit. Selalunya saya tulis pasal kebaikan / kelebihan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Dan di blog-blog lain pun, mungkin pembaca semua baca tentang kebaikan jer, boleh dikatakan susah nak jumpa orang yang tulis pasal keburukan menjadi usahawan internet ni. Orang yang nampak keburukan usahawan internet ni, mungkin bukan dari kalangan usahawan internet atau orang yang cuba nak jadi usahawan internet tetapi gagal.
Tetapi kali ini saya nak mendedahkan keburukan menjadi usahawan internet sepenuh masa berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Susah Berurusan Dengan Pihak Bank
Atau lebih tepat lagi memohon pinjaman dengan bank. Ini adalah kali pertama saya memohon pinjaman semenjak jadi usahawan internet sepenuh masa. Barulah saya tahu betapa peritnya nak meyakinkan bank yang pendapatan yang kita perolehi adalah sah dan stabil. Walaupun saya menunjukkan 10 bulan penyata bank saya yang mana puratanya melebihi RM 10K, tetapi mereka masih tidak yakin. Apatah lagi apabila saya beritahu yang saya tidak menawarkan sebarang produk atau servis sebaliknya hanya menjual ruang iklan. Bagi mereka kalau dah bisnes mesti ada jual barang atau tawarkan perkhidmatan.
Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung
Kalau dah pegawai bank pun sukar nak faham tentang bisnes internet, apatah lagi orang kampung. Setiap kali balik kampung mesti dapat soalan bertanyakan tentang kerja saya. Apabila saya cakap bisnes, diorang akan tanya bisnes apa, dan apabila saya cakap bisnes internet, masing-masing angguk buat-buat faham walaupun saya tahu semuanya tak faham. Ada juga yang tanya bisnes internet ni macam swisscash ker? Tak haram ker?
Berat Badan Naik
Ok jangan ketawa kalau saya mengatakan berat badan saya naik hampir 10kg selepas saya berhenti bekerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa pada tahun 2005. Puncanya kerana kerja yang dilakukan hanyalah duduk menghadap laptop jer. Walaupun otak penat tapi badan kurang bergerak. Ye la, takkan la nak usung laptop dan menaip sambil berlari pulak kan. Memang logik la kerja macam ni patut kena duduk dan cuma jari / tangan jer yang bergerak.
Dan lagi satu punca berat badan naik ialah bekerja di rumah, bila-bila masa rasa nak makan terus pergi dapur. Kalau kerja pejabat ada waktu makan tertentu, kat rumah asal boring jer makan.
Disiplin Diri
Rasanya masalah ni memang menghantui semua orang yang bekerja sendiri termasuklah usahawan internet. Menjadi bos sendiri memerlukan disiplin diri yang kuat untuk kita menyiapkan sesuatu kerja. Kalau kerja dengan orang, tak siap kerja kena marah. Kalau kerja sendiri siapa nak marah? Selain itu, kadang-kadang saya rasa tidak bermotivasi langsung untuk bekerja. Punca kurang motivasi ni mungkin disebabkan projek yang dibuat tidak menjadi, pendapatan makin merosot, kena kritik dan sebagainya. Ramai orang yang gagal untuk menjadi usahawan internet sepenuh yang berjaya adalah kerana masalah disiplin diri.
Kurang Bersosial
Satu-satunya cara kita bersosial adalah melalui email atau messenger. Kalau kerja di pejabat, masa kerja tu boleh jugak borak-borak dengan rakan sepejabat bila boring dan lepas kerja boleh minum-minum kat kedai mamak. Kadang-kadang bila sesekali pergi ke majlis tertentu, dah berbual dengan orang pun dah rasa kekok sebab dah lama tak berbual kecuali dengan keluarga dan jiran-jiran.
Menimbulkan Syak Wasangka
Kalau anda menjadi jiran saya, dan tak tahu yang saya ni buat bisnes dari rumah, apa tanggapan anda apabila setiap melihat isteri saya keluar bekerja, saya tinggal di rumah, hantar anak pergi sekolah, ambil anak dari sekolah, jemur kain, basuh pinggan, sapu halaman dan sebagainya. Dan yang peliknya, masih pula mampu hidup selesa.
Jadi, adakah anda menghadapi masalah yang saya seperti yang saya hadapi? Atau ada masalah lain? Kongsikan di sini supaya semua orang tahu tidak semuanya indah tentang bisnes internet ni.
Panduan Menjana Pendapatan Dengan ZangoCash
Lupakan Google Adsense, Chitika, Bidvertiser dan sebagainya. Kini satu sumber pendapatan baru yang lebih lumayan yang anda dapat perolehi dalam masa yang singkat. Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri selama lebih kurang 3 minggu. Ya, saya baru sahaja 3 minggu menggunakan program ZangoCash dengan laman web yang baru di bina tidak sampai sebulan tetapi pendapatan yang saya perolehi dapat menyaingi laman web saya yang sudah berusia 4 tahun. Di bawah ini merupakan screenshot pendapatan saya untuk bulan Jun 2008 di mana saya baru menggunakan program ini. Pada hari pertama sahaja saya sudah memperolehi $3.40 dan selepas seminggu pendapatan saya terus mencecah $20. Bagaimana saya melakukannya?
Saya menulis satu panduan yang mudah difahami dan diikuti, langkah demi langkah di mana jika anda mengikutinya anda juga akan memperolehi pendapatan seperti saya mungkin lebih lagi. Pada masa sekarang, pendapatan saya telah mencecah $50 sehari dan ada rakan saya yang memperolehi lebih dari $100 sehari dan ada yang $1000 sehari. Jika dulu pendapatan seperti itu hanya melalui program Google Adsense tetapi dengan kini anda boleh memperolehinya melalui program ZangoCash ini malah saya rasa lebih senang untuk memperolehinya berbanding dengan google Adsense.
Untuk mengetahui apakah program ZangoCash ini dan bagaimana cara yang mudah dan pantas untuk menjana pendapatan dengannya, sila dapatkan panduan lengkap saya dengan harga $10 atau RM30. Harga promosi ini hanya untuk 3 hari sahaja di mana pada hari Selasa pukul 4 petang harganya akan meningkat sekali ganda ke $20 atau RM60. Satu forum khas akan diadakan khusus untuk pembeli panduan ini di mana di situ saya akan berkongsikan tips-tips terkini dan anda juga boleh bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan.
Pembelian boleh dibuat melalui PayPal atau pun akaun Maybank. Jika anda menggunakan PayPal, anda akan secara automatik dapat memuat turun panduan tersebut selepas bayaran di buat. Jika menggunakan akaun Maybank, sila hubungi saya dan sertakan screenshot receipt pembayaran jika anda membuat bayaran secara online atau no transaksi, masa dan tempat jika anda membuat bayaran melalui ATM.
Maklumat lanjut tentang produk dan kaedah pembayaran di Rahsia Zango
Ulasan panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang
Rakan kita saudara Noorizam baru sahaja siap menulis satu panduan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang dan saya antara orang yang terawal diberi peluang untuk membaca panduan ini. Rasanya semua dah tahu apa itu Nuffnang dah hampir kesemua anda sudah mendaftar akaun. Tetapi saya yakin hanya sebahagian dari anda yang benar-benar dapat menjana pendapatan dengannya.
Saya adalah antara orang yang tidak bernasib baik, setakat ini hanya menjana RM 1.20 sahaja pendapatan dari Nuffnang. Sebenarnya saya memang dah berputus asa dan terus membuang iklan Nuffnang dari blog saya. Tetapi selepas membaca tips-tips yang ditulis Noorizam di forum JomBincang, saya mengambil keputusan untuk memberi Nuffnang peluang kedua. Walau bagaimanapun saya masih tidak dapat menjana apa-apa pendapatan malah iklan pun jarang-jarang keluar. Setelah membaca panduan yang ditulis Noorizam barulah saya tahu apa sebabnya.
Di dalam ebook ni Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Ebook ini akan dilancarkan pada hari Selasa 24hb Jun dan yang paling menarik sekali, ianya akan diberikan secara percuma. Ya, PERCUMA, FREE, GRATIS. Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke laman web Noorizam dan masukkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan sebagaimana gambar di bawah

Selamat membaca.
.






















